♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Saturday, December 11, 2010

Bukan sengaja menduga cinta.

Sesekali tika mata menjeling,

Tika raut wajah ditatap,

Bukan diri sengaja menduga,

Bukan diri mahu menggoda,

Tapi pandangan mata yang tidak terjaga,

Iman didada yang tidak pandai dipelihara.


Maafkan mata yang selalu berdosa,

Maafkan hati yang selalu terleka,

Maafkan jiwa yang tidak suci dijaga,

Maafkan semua yang membuat dikau kecewa.


Ketaatan pada Allah lah sebaek-baek penjaga,

Supaya jiwa dan hati tenang dan tak bergelora,

Jangan disangka wanita besi tidak bergoda dengan keindahan dunia,

Jangan disangka wanita besi tidak goyah sekali-sekala,

Ini wanita berjiwa pejuang tapi tak lari dari fitrah biasa.


Moga kepada Allah hati ini diserahkan,

Kepada Allah jiwa ini dijatuh cintakan,

Kepada Allah hidup ini ditawakkalkan,

Kepada Allah mati ini bermatlamatkan.


Aku bukan wanita biasa, tapi aku tidak dapat larri dari fitrah manusia biasa.

p/s: usah bersangka-sangka dengan luahan jiwa disaat semua orang sedang nak marahkan saya. Bukan sengaja menduga hati atau membuat tersinggung jiwa. Pergi bukan dirancang. Pergi dengan tiba-tiba. Charger tidak dibawa kerana memang permusafiran ini tidak disangka. Nanti bila semua jiwa dah sejuk belaka, bakal saya ceritakan semuanya. Kalau jiwa tengah marah membara, saya terangkan pun tentu tidak bermakna.

p/s to abang : bertenang dulu. Kalau marah, malas nak cerita. Dah sejuk nanti baru call. Tak sengaja. L


:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

7 comments:

caliph said...

tak marah. cuma nak tanya. pergi mana? dengan sapa? buat apa? kenapa tak balik? tido mana?
lain kali dont do this again. atau... tahu akibatnya nanti.

nurulhusna said...

hset takle charge la.. tak masuk bateri. YM virus jugak.

jgn risau, molek2 jah sini. :)

white cloth said...

pi mana??
heheh..
jaga diri leklok na~

Anonymous said...

kak husna mmg, adventure..

nurulhusna said...

bukan adventure, mengajar diri berdikari.. to be strong enough!

Anonymous said...

berdikari jangan sampai membahayakan diri. jangan sampai buat orang lain tensionkan diri. dok risau kat tuan puteri. nak berdikari ada pelbagai cara lagi. bukan buat macam ni.

nurulhusna said...

tapi alhamdulillah sume ok2 saja lagi..

takde la pelik sangat apa yg dibuat malam tadi..

terdesak sebenarnya. sebab lewat malam dan tak sampai UIA lagi..

maksudnya tak sengaja laa ni..

+____+

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.