♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Sunday, December 12, 2010

‘AKAD’ yang tidak menghalalkan (PART 4)

Salam sejahtera pada semua.

Tak habes lagi gaduh dengan orang-orang yg terchenta berkenaan 'sweet escape' semalam. Jangan risau, pengalaman sweet escape bakal diceritakan. Tapi bukan sekarang, sekarang ni waktu nak kena sembur dengan orang-orang tersayang. Teringat slogan, "INGATLAH ORANG YANG TERSAYANG".

Heh, ni bukan pakwe, tunang munang ke ape. Ni ahli keluarga lah.

Saya pernah mendapat satu tazkirah percuma. Nama pentazkirahnya biarlah saya rahsiakan.

Biarlah rahsia, kata Datuk Siti. Hah, betol dah tu!

"Sebagai seorang muslim, kita jangan nak autakan fakta. Kalau dah Quran tu kata macam tu, jangan nak memutar belitkan fakta."

"Fakta macamana tu? ni belit-belit fakta macam kerja media je?" soal saya, polos.

"Kadang-kadang, orang macam kamu ni, jenis yang faham agama, dia cerdik pandai. Buat dosa, tahu dalilnya. Tapi dalil tu dia putar belit ikut suka dia. Pak cik bukan nak kata apa, tapi banyak pakcik jumpa orang macam kamu ni ha. Pakai tudung comel, baju lengkap. Tapi masya allah, bila buat dosa, dia yang paling kuat aota dalil-dalil yang nyata."

"Bertenang pakcik. Saya mai ni nak tumpang solat. Maaf lah kalau saya ni mengganggu pak cik. Saya tadak niat nak buat aota fakta ka apa ka kat sini."kata saya, bersalah.

"Bukan aku kata kat kamu, aku kata golongan yang macam kamu ni. Pakai elok dah. Tapi buat dosa tu biar lah, siap nak back up lagi dosa tu." Pak Cik itu mula berdiri. Saya dah cuak dah.

"Pak CIk ada masalah ka? Cuba habaq mai. Boleh cheq tau ka?" soalku, mengikut loghat yang digunakan oleh Pak CIk tersebut.

"Aku dok marahkan anak aku tu haa. Masa kecik-kecik aku bela dia, hantaq blaja agama tinggi2, hantaq habes duet blajaq jauh2, sekali bila dah besaq dok conteng arang kat muka aku ni ha. Itu yang aku tau, yang aku tatau, banyak mana dah dia dok buat dosa?"

"Dosa apa ni pakcik.. Saya tak faham la.." soal saya, semakin blurr.

"Itu lah, dok kehulur kehilir dengan tunang dia tu haa. Aku ni sakit mata memandang. Malam-malam bergayut. SMS tok sah cerita, dok makan pun SMS lagi. aku ingat dah hantaq sekolah agama, reti tau la menda-menda halal haram ni. Ni sama ja. Bila aku kata itu dosa, ini dosa, dia kata, aku ni kuno, tatau hukum agama dah maju sekarang. Maju kepala hotak hang. Dok belit-belit fakta pulak dah dengan aku. Kata aku tak habes kaji ayat Quran laa.."

"Ooh, masalah keluarga rupanya." Kata saya perlahan, sambil menganggkat kaki melangkah. Risau terkena tempias yang lebih panas.

"Aku bukan apa, aku nak bagi nasihat kat hampa. Kalau hampa dah elok bawak imej agama ni, tok sah la dok nak menggatai tak tentu pasai. Aku malu kat orang. Hampa bawak imej agama, hampa couple tak ingat dunia. Hampa inga orang tatau apa, hampa tatau belakang hampa orang dok cerita, ni haa muka yang malunya muka aku ni haa. Hampa ingat aku ni pekak buta ka? Aku dok Nampak, Allah kat atas nu lagi laa dok mampak hampa buat pa. tak mau malu kat orang pun, malulah kat agama yang ada dalam jiwa tu. malu la kat Allah yang dok tengok sepanjang masa tu. aku bagi nasihat ja, hampa lepas2 ni kalau nak buat maksiat yang tak nyata kononnya ni, hampajangan dok pejam mata. Tak payah aota fakta. Ayat Quran Allah bagi dah nyata. Await dok nak buat hukum sendirinya? Dah jelas tu jelas dan nyata apa Allah kata. Jangan nak selindung dengan tudung labuh dan kopiah hampa."

Pergh! Memang munusuk jiwa raga punya. Saya pun tak paham. Habis orang sekeliling memandang saya. Eeh, jangan salah faham, bukan saya yang pakcik tu marahkan, pakcik tu tension kat anak dia ni. Bukan saya. Bukan saya. Kata saya dalam hati bila tengok sume mata dok pandang ja. Aduiya.

Peristiwa ini memberi impak pada saya. Agaknya apa perasaan ibu saya kalau beliau tahu saya di depan dia Nampak baek, pijak semut pun semut tak terasa. Tapi kat belakang dia, buat dosa tak reti-reti nak jaga. Subhanallah. Kasihan ibu. tentu dia mengharapkan anaknya yang kononnya membawa imej agama ini, boleh tumpang dunia dan akhirat sana. Saya tak mahu kecewakan ibu ayah saya. Anda bagaimana??


Jangan kerana cintakan lelaki pujaan hati, kasih ayah ibu kita tolak ke tepi. Jangan kerana kita mahu kebahagiaan yang kononnya sejati, kita kehilangan kasih sayang yang suci. Ingatlah, kita adalah apa yang kita bawa. Serta ingatlah, jangan berbangga dengan keadaan kita hari ini, kerana kita tidak tahu apa yang bakal berlaku pada kita nanti. Berlapang dada.

Jangan membenci orang yang melakukan maksiat,tapi bencilah maksiat yang dilakukannya. Ini memang susah nak buat, tpai itulah yang perlukan mujahadah yang kuat. Meh kita mujahadah.


:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

4 comments:

farah said...

good point husna! keep up the good work..

" untuk bawak agama pastikan diri anda bersih. jika tidak, bantuan Allah takkan sampai"

thanks husna! jom, kekalkan 'kesucian' kita..hee~

Anonymous said...

betul tu. allah dah sebut menghampiri zina tu haram. tapi ada orang couple, pastuh kua an dalil lain, katanya maksud allah 'menghampiri zina' tu ialah ada keinginan seks dan sebagainya. bila dah ayat quran nak putar belit, mmg sah laa.. hati dah mati sebab cinta lelaki. ramai orang couple hari ni kat luar ni, tapi kata couple bukan dosa. tak paham gue!

nurulhusna said...

farah roomate - jom ajak orang join the club.

anonymous - kasar tu.. tapi betol2.. mmg betol.. +___+

zaleha said...

astaghfirullah.... gitulah hakikat kedegilan nafsu,smpai hukum dlm quran pun bleh diauta..yang sdihnya, pelakunya adlh org2 yg tersematnya alquran didada..jangan sampai kita baca quran tapi quran laknat kita..dalam hadis 40 imam Nawawi ad menyebutkan mafhumnya."alquran itu boleh jadi hujah bagi kamu atau keatas kamu"...jd.fikir2knlah mana satu pilihan kta..wallahua'lam

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.