♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Sunday, December 05, 2010

Doakan dia untuk saya boleh? :((

Dia sakit. Dia demam. Tak boleh bukak mata pun. Dia sakit. Dia tak reply mesej saya pun.

Saya sedih. Saya kecewa bila dapat tahu dia sakit. Takpelah, Allah nak uji tu. Pujuk hati saya.

Tapi saya sedih tengok ibunya juga bersedih. Alahai.

Kasihan ibunya. Sebak saya dengar ibunya bercerita tadi.

Katanya, pergi hospital. Doctor suspek denggi. Dah amik darah.

Saya kata, tolong bawa ke hospital terbaek. Saya rayu.

Tapi katanya, kes denggi kena bawak ke hospital kerajaan.

Ahh. Bosan dengan hospital kerajaan. Saya mafhum sangat.

Saya harap dia.. cepat sembuh. Saya harap ibunya juga tidak susah hati.

Harap harap ibunya bertenang. Kerana ibunya, ibu saya juga.

Ibu, saya tak mampu nak tolong ibu. jadi pemandu. Jadi manager for everything.

Saya tak dapat nak balek, walaupun hati saya rasa nak berada di situ.

Saya nak tolong ibu. sangat. Saya nak ringankan beban ibu.

Kalau UIA ni nenek saya punya, saya bagi cuti khas kat semua budak UIA sebab abang saya demam teruk, suspek denggi.

Allah.. Tenangkan hati ibu. ringankan beban ibu.

Sembuhkan abang tanpa apa-apa komplikasi.

Sembuhkan abang.

Kami boleh menghadirkan doctor yang terbaek, tapi Alllah penyembuh terbaek.

Maka, pada Allah aku mohon segala penyelesaian dan dipermudahkan.

Masya Allah. Ayah pun tak sihat. Kebas-kebas badan. Dah tak larat macam dulu.

Abang pulak demam. Ibu bagaimana agaknya nak uruskan semuanya?

Takpe, saya tahu ibu kuat. Moga ibu tabah. Saya doakan ibu.

Abang,bangunlah. Saya perlukan abang disini, disaat semua orang tengok saya sebegini.

Abang, bangun daan katakana sesuatu pada saya.

Abang, celiklah matamu. Ada nasihat yang saya butuhhkan.

Abang, bangkitlah dari katil itu, aku disini memerlukan penguat darimu.

Abang, sihatlah cepat-cepat, nanti sapa nak jaga saya lagi?

Sebak. While typing this.. the eyes cannot stand the water anymore.

Bab keluarga, mitak maaf, senang nak menangis.

Kerana merekalah orang yang halal untuk saya cinta dan sayang.

Buat masa sekarang. J

Allah. Sembuhkan abang ye. Ringankan beban ibu ye.

Kawan-kawan, doakan juga buat mereka.

Doakan saya juga tenang hati disini.

Kalau mereka di sana gundah gulana, bagaimana saya nak teruskan segalanya disini?

Tentu sukar dan terganggu emosi. Seperti kini.

Allah.. berat jugak ujian kali ini.

Lebih baek aku yang diuji dengan kesaketan, daripada melihat orang yang aku sayang menanggung pedih penderitaan.

Allah.. allahu rabbi.. sembuhkan dia.

Moga di makbulkan tuhan.

Saya sedih kalau dia sakit. Saya sedih kalau dia tiada. Saya sedih kalau abang demam.

Nanti sapa nak belikan saya Mat Kool lagi?

Pernah satu hari, waktu balik Kelantan baru-baru ni, saya mesej nak ice cream Mat Kool. Abang baru balik kerja. Dari Pengkalan Chepa ke Pasir Mas beliau balek dengan motor saja hari ni. Nak jimat minyak kerea kot.

Bila dia sampai, saya Tanya, mana eskrem saya? Dia kata tak beli. Sebab dia tak solat lagi. jadi nak rushing.

Saya diam je. Saya masuk rumah. Diam. Tak kata apa.

Abang Tanya, bila nak pi UIA, saya jawab sepatah.

Bajet merajuk lah ni.

Lepas solat, abang terus keluar dapatkan eskrem Icy Grape kegemaran. 5 batang pulak tu!

Terima kasih abang. Jadi jangan demam-demam, nanti sapa nak belikan saya Icy Grape. Argh!

Sembuhkan abang ya Allah. Tenangkan hati ibu ya Allah.

Tolong doakan juga buat saya, boleh?



:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

2 comments:

Anonymous said...

semoga abang awak cepat sembuh.

husnataqwa said...

trimasss

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.