♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Sunday, December 05, 2010

Aku, pemadam api dan isteri Dr. Danial Zainal Abidin

Kisah seminar dan semua ucapan penghargaan serta segalanya tentang HEAL THE SOUL insya allah bakal saya nukilkan kemudian.

Atas permintaan ramai, saya menulis post ini, tanpa paksaan. Ahhaa. Tidak pasti ini kisah lucu, atau memalukan atau sengal.

Pagi tadi ada seminar Fiqh Perubatan bersama Doktor Danial Zainal Abidin. Sebagai EO mereka, saya menemankan VIP pada pagi itu, EO lagi sorang tak dapat hadir atas musyaqqah yang best. Kebetulan hari ini, banyak pulak eventnya. Sekejap saya kesana, sekejap saya kesini. Biasalah tu, kena seimbang, kat sini perlu, kat sana perlu, dua-dua perlu. Jadi kena ada pengorbanan lah sikit.

Terus pada ceritanya.

Bila dah dekat talk Doktor Danial nak habis tu, saya pun bergegas ke LHA. Terus duduk di sebelah zaujahnya. Kemudian, zaujahnya minta saya temankan beliau ke toilet. Saya seperti biasa, membawa zaujah Doktor ke tandas berhampiran finance. Kebetulan menunggu zaujah Doktor, saya bermain-main dengan pemadam api di sebelah tandas tersebut. disebabkan kreatif sangat, saya cabut picu pemadam api itu. Cabut je. Tade niat laen. Saya tak piker lebih dari tu. tiba-tiba, saya ternampak asap berwarna putih dan rupa-rupanya pemadam api itu mengeluarkan isinya. Picu tertanggal dan pemadam api berfungsi. Kepulan asap memenuhi kawasan finance.

Saya panic. Berfikir untuk lari dari situ. Tapi takkan nak tinggalkan zaujah Doktor di situ? Jadi saya terpaksa hentikan pemadam api tersebut. sewaktu saya berusaha nak hentikan pemadam api tersebut, saya lihat beberapa orang berlari kea rah asap yang berkepul=kepul banyaknya itu. Uwaah. Saya makin gelabah. Saya terus hentikan pemadam api (nasib baek pernah belajar kat sekolah) dan lari masuk ke dalam tandas. Dup. dap. Dup. dap. Berdebar nak mati.

Dari dalam tandas saya dengar suara orang menjerit-jerit. Alamak. Gane ni. Cuak tak tipu seyh. Pastu dengar suara orang bertanya,

"sape buat main ni? Sapa main ni?"

Dalam tandas saya melengahkan masa. Berlama-lama di dalam tandas. Tiba-tiba, tandas menjadi gelap dan berkabus!

Alamak. Asap tu dah masuk dalam tandas! Saya dan zaujah Doktor terbatuk-batuk. Mata jadi merah. Pedih seyh.

Zaujah Doktor tertanya-tanya. Asap apa ni? Pada mulanya zaujah doctor ingatkan ni kepulan putih dari pewangi. Tapi bila dah kepulan tu memenuhi tandas sehingga tak Nampak muka orang dah, ni bukan pewangi dah ni!

Tak boleh lama-lama dah dalam tandas, boleh mati lemas ni. Asap makin penuh dan tebal. Saya tengok zaujah Doktor pun tak selesa dan batuk-batuk.

Kalau ada yang lihat wajah saya waktu itu mungkin terbahak-bahak. Cuak. Saya curi dengar di luar, ada lagi tak suara orang. Nampak macam dah tiada.

Saya mengajak zaujah Doktor keluar. Berlagak selamba. Macam tatau apa-apa. Bila keluar dari tandas tu, uwaah! Asap lagi tebal! Kami terbatuk-batuk lagi.

Zaujah Doktor keep asking, asap apa ni? Pelik sugguh. Saya diam. Tidak menjawab. Takkan saya nak kata, "saya main pemadam api tadi puan!" logic ke jawapan tu? uwaah!

Maka, saya buat muka selamba, terus mengiringi VIP ke tempat seminar. Aduh. Terbatuk-batuk dan pedih mata. Saya lihat cleaner berusaha membersihkan kesan pemadam api yang hebat tuh. Susah jugak macam nak hilang serbuk putih tu.

Bila tiba di lecture hall, saya nak masuk ke dewan, tiba-tiba terlihat kasut saya.

Allahu rabbi! Putih sungguh!!

Mestila kasut tu terkena serbuk pemadam api tadi. Kan corongnya memang atas kasut saya je. Alamak! Tengok-tengok bukan kasut je, jubah pun terkena jugak. Nasib baik tade orang Tanya,

"kenapa jubah akak putih ni?"

Dan saya akan jawab, "pemadam api tadi." Tentu orang fikir ada kebakaran. Ahaa. Lawak ok.

Bila tengok kasut tu, saya gelak sorang-sorang. Tapi tak beriya sangat sebab zaujah Doktor ada kat sebelah waktu tu. saya control macho.

Kat dalam dewan, saya berusaha menghilangkan warna putih kat kasut tu. bila bukak kasut, alamak! Stoking pun putih daaa. Susah nak hilang pulak tu. ruined sungguh.

Sabar je lah husna.

Best ape. Kenangan.

Lain kali jangan maen pemadam api sebarang. Tarik picu pun jangan. Walaupun tak tekan, tapi ia boleh jadi tertekan sendiri. Sebab aspek keselamatan kot. Saya teringin nak tengok pemadam api tu esok. Bagaimana agaknya. Ahaa. Sampai sekarang kasut saya pun masih ada putih-putih sedikit. Walau dah basuk dengan air. Alamak hai. Nasib baek kasut croc pasar malam je.

Sila tolong jangan main pemadam api. Kasihan kat Puan Salmiah, zaujah Doktor Danial. Terbatuk-batuk sebab saya. Beliau pulak tatau pun tu pemadam api yang disembur oleh pengiring VIP yang bertauliah ni. Ahaa.

Memang bettauliah sungguh.

Best apa pengalaman ni. Sampai sekarang kalau ingat, mesti nak gelak. Bila cita kat roommate pun,mereka gelak sakan. Dan mereka cadangkan post ini dikeluarkan. Siap bagi tajuk lagi untuk post kali ni. Ahaa. Bagos dah tu. J

Ok. Jumpa next post ya.

p/s: esok ada pengajian Syeikh Fahmi. Tak dapat pergi lagi.. memang tade rezeki nak p. selalu je ada aral melintang. Memang harap sangat ada majlis ni dalam kedaan hati haru biru. Bila ada, takleh nak p., kuciwasungguh. Moga ade hikmahNya lah kan. Allahu Rabbi. Tenangkan hatiku.

"eh jom jalan2 tenangkan fikiran."

"kat mana? Mid Valley? Time Square?"

"kat situ boleh tenang ke fikiran. Jom pg masjid nak?"

"Masjid DQ?"

"Jauh sangat tu.. Masjid lah mana2 pun. Rasa nak duduk je dalam masjid tu. tenang.."

Kalau berkesempatan, nak cari jugak masa ke masjid. Tapi ada aulawiyyat lain nampaknya esok. Sedih. Tapi takpelah. Adalah tu hikmah Tuhan nak bagi kan. Sabar lah hati. Moga ketemu ketenangan yang jauh lebih baek. Insya allah. Syg Allah. J

p/s: tadi sebab semua orang berada di 'puncak', kami berqasidah di bilik. Serunuk sungguh. Alhamdulillah. Rindu talaqi akan datang. Harap dapat sertai. Beku kekallah beku. Talaqi, I want it. Hati, tenang2. Mohon ketenangan padaNYA. Mohon dengan sangat. J


:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

8 comments:

Muhammad Marzuqi said...

nakalnye..
Hok camni la patot kene tangkap ni..hok duk main2 bende uia..ish3...;-))

husnataqwa said...

bukan sengaja dan kesalahan tanpa niat.

yg patut ditangkap ialah mereka yg melakukan dosa dengan jelas tanpa perasaan malu pada allah dan malu pada manusia. apatah lagi menghormati peraturan uia sekaoligus peraturan islam.

p/s: sebelum tangkap yg nakal ni, p tangkap yg dok buat maksiat. +___+

Anonymous said...

hah! tu dia aih apabila vice pesiden medcy berkata-kata!
bikin panas!

tapi saya mmg pelik tgk kasut kat husna. putih melepak! tapi saya tak berani la nak tanya kenapa. hehe

husnataqwa said...

laaa ... tak berani??? kenapa? akak garang ke? rasa macam tak...

Muhammad Marzuqi said...

tangkap semua...

Anonymous said...

hehe. bukan takut kak. tapi segan sebenaqny. nk tegoq orang hebat nih bukan calang2 kak.

kagum dgn kak husna, setiap kali ade masalah, kami buntu. tapi kak husna dalam masa 2,3 minit dah boleh bagi kami penyelesaian.

m,emang kena berguru dengan akak dan abang ni. :))

Anonymous said...

*abang fahmi

husnataqwa said...

betol2. tangkap je sume. +___+ p hantar kat dean.

yeye je kamu ni. tak banyak ilmu, pengalaman je lebih sikit. +__+

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.