♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Wednesday, December 01, 2010

Fiqh Perubatan. Fiqh Wanita. Anda berminat?


Alhamdulillah. After a long journey. Insya Allah. Harap-harap program yang dirancang adik-adik didikan kami Berjaya mencapai objektif.

Dengan berobjektifkan, memberi kesedaran kepada mahasiswa untuk memanifestasikan Islam sebagai cara hidup. Insya allah.

Atau saya simpulkan, melahirkan professional Islam penggegar dunia. Insya allah.

Seminar ini diadakan terbuka kepada semua, pelajar UIA akan diutamakan, yang bukan UIA dialu-alukan.

Anda boleh mendaftarkan diri di BOOTH MEDCY di depan IRK department, atau menghubungi Daleela Azlan, PC untuk event kali ni, di talian 0132026102.

Insya allah, sebarang perubahan tertakluk pada ahli jawatankuasa.

Seminar ni akan diadakan di Lecture Hall A. Jadi kami tak dapat menampung bilangan yang ramai, maka suka nak kata, tempat adalah terhad.

Bayaran yang pihak kami kenakan hanyalah RM5 bagi satu seminar. Bayaran ini digunakan untuk menampung sedikit bayaran penceramah dan fail serta tea break peserta.

Pihak MEDCY telah menanggung hampir RM1000 untuk seminar ini. Jadi ini memang berbaloi-baloi. Sekiranya anda berminat menyertai kedua-dua seminar, iaitu Fiqh Perubatan dan Fiqh Wanita, kami akan memberi diskaun sebanyak RM2. Jadi, anda hanya perlu membayar RM8 sahaja untuk kedua-dua sesi.

Pihak kami insya allah berusaha melakukan yang terbaek.

Buat maklumat kalian, event ini dihandle penuh oleh adik-adik first year kami. Jadi sebarang kekurangan, harap diterima dengan hati yang tenang. Mereka baru mula nak melangkah, harap faham. J

Inilah barisan pimpinan adik-adik yang bekerja, sedikit penghargaan buat mereka,

HEAL THE SOUL 2010/2011

ORGANISING COMMITTEE

EX-OFFICIO

NURUL HUSNA KAMARUDIN

MOHAMAD FAHMI MAT ZAIN

PROGRAMME MANAGER

AIMAN BIN BASRUN

ASSISTANT PROGRAMME MANAGER

NUR ZAWANI BINTI ZAINON

SECRETARY

MUHAMMAD ANWAR BIN AHMAD

ASSISTANT SECRETARY

NUR AMALINA SYAZWANI BINTI BUKHORI

TREASURER

AHMAD BUKHARI BIN MAT RAHIM

PROGRAMME COORDINATOR

NAIM AZAHARI

NUR DALEELA BINTI MOHD AZLAN

NUR NAJIHAH BINTI MOHD ANUAR


 

SEBARANG MASALAH, ATAU INFORMASI, KALIAN BOLEH MENGHUBUNGI MEREKA.

Selain dari itu,

Pada 2 Disember 2010, akan diadakan satu talk yg bertajuk REJUVENATION OF IBADAH
oleh Ustaz Syaari Abdul Rahman. Datang tau jangan tak datang. J

Pada 3 Disember
pulak, satu forum bertajuk TRAVELOG SEORANG MAHASISWA. Ahli panelnya dirahsiakan. Kejutan buat kalian. Insya allah menarik tentunya.

Jadi jangan lepaskan peluang melibatkan diri dalam aktiviti MEDCY kali ini.

HEAL THE SOUL

. Insyaallah.

Semoga Allah redha dan melimpahkan baraqahNya kepada segala kebaekan yang dikerjakan hambaNYA.

Selamat menyertai HEAL THE SOUL!


:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

No comments:

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.