♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Wednesday, December 01, 2010

Bukan lemah, tapi pinta kekuatan.

Petang ni saya kira tekanan teramat tinggi, meningkat je tekanan semakin hari ke hari, takpe, saya mahu kuat dan bersabar.

Sewaktu meluangkan hujung minggu yg lepas, hilang segala lelah, lepas segala amarah, pergi segala barah. Tapi bila memulakan kembali langkah perjalanan, rupanya tidak mudah macam dalam bayangan. Tekanan belajar pun semakin hari semakin bertimbun. EAP dah kena present, tapi apa pun tak siap lagi. hari tu p jumpa Madam. Agak-agak kena marah sebab buat outline merapu. Dalam masa sejam siapkan outline, dalamkeadaan penat tok sah kata. Roommate punya terkejut outline siap secepat itu. Bila jumpa madam, bajet sediakan telinga nak tadah komen madam, tapi Alhamdulillah, langkah masuk ke bilik Madam dengan bismillah. Tengok muka madam tersenyum, dan dia kata, "bagos! Tak ada masalah!" apa dunia mahu kiamat? Saya sendiri tatau apa yang saya tulis. Serius! Nasrun minallahi wa fathun qarib. Itulah janji Allah kan? Moga-moga Allah sentiasa melindungi semua hambaNya. Sukanya rasa hati.

Tapi ia tidak berakhir di situ. Esok kena presentation dah. Apa pun tadak. Slide tak buat lagi. masya allah. Dugaan sungguh. Ni salah diri sendiri ni, bukan salah persatuan. Salah diri sendiri bila tak reti nak control emosi. Bila emosi tak tercontrol, kepala rasa berat nak buat semua benda. Itu salah siapa? Bukan salah sapa-sapa. Tapi salah saya. Makna kata, saya berada dalam proses improvement untuk bertindak dua alam seperti semester lepas. Tatau kenapa semester ni tak mampu. Ni ada masalah dengan hati ni. Mesti dosa banyak. Maksiat banyak kan. Muhasabah diri sendiri.

Kelas malam pulak berlambak. Kena ganti. Ganti dan ganti. Sabar ye Husna. Baru best mencabar sket. Kalau mencabar, lagi menarik hidup ini diciptakan. J

Petang tadi, bertimpa-timpa masalah yang perlu diselesaikan. Sorang-sorang diri pulak tu. ada rasa nak bunuh diri jugak. Haha. Ini lawak bodoh. Tak de iman ke?

Tetiba rasa murah pulak cairan dari kolam mata nak melimpah. Hek eleh. Sikit2 nak nangis. Manja gila! Kata tanak jadi anak manja dalam perjuangan. Kat rumah boleh la nangis-nangis nak makan eskrem. Nak rumah bole la nangis2 kalo rasa susah. Kat sini, klo nangis, ingat ade orang nak pujuk ke? Ingat ade orang nak layan? Sume orang sebuk dengan langkah perjuangan masing-masing beb. J jadi, sila jangan menangis. Haha.

Tempelak pada diri sendiri. Ok.

Patutlah kita tak boleh kerja sorang-sorang kan? Sebab ada masanya kita akan rasa seperti yang saya rasa hari ini.

Ok. Sila beri saya semangat. Sila beri saya nasihat. Sila beri saya kata penguat. Supaya saya kuat!

Kalau saya rasa penat, dan saya berlari, bukan kerana saya lemah, tapi kerana saya mahu pergi. Seketika. Mencari, dimana, kekuatan diri. Yang mungkin hilang dek kerana lunturnya hubungan dengan ilahi Rabbi. Doakan saya semua.

Walaupun kalian tak sudi menasihati saya, memberi saya semangat, takpelah. Hantarkan saya secebis doa. Moga-moga ada keberkatannya. Moga-moga tenang hati dengan doa yang kalian titipkan. Syukran jazilan. J


:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

6 comments:

najwa hamali said...

Kak Husna, dalam bergerak kerja kita bukan berseorangan. Kita ramai. Jadi kalau ada masalah jangan simpan sorang2. Handphone saya sentiasa mengalukan sms dan panggilan awak....Bilik saya juga sentiasa menunggu kedatangan awak....

Azhar Al-Banna said...

2 faktor seseorang utk thabat dalam jln dakwah tarbiah ini

hubungan dengan Allah-ibadah
hubungan dengan manusia-ukhuwwah

bila mana rasa lemah,kuatkan ibadah dan carilah teman seperjuangan...

serikandi 03 said...

"kadang2 orang selalu mengatakan, carilah orang untuk bantu kamu, jangan buat kerja sorang2, sekarang ni, apa kata kita tukar perkataan itu kepada orang yang mahu membantu, pergilah membantu mereka yang memerlukan bantuan, hulurkan tangan, irngankan beban. kerana orang yang mahu dibantu berlapang dada dengan sebarang pertolongan, tapi orang yang mahu mmbantu kadang2 penuh dengan alasan.berkali saya meminta bantuan, tapi banyak kali ia tidak dihiraukan. katakan pada saya, betul ke saya tak pernah menyuarakan?"

quote dari seseorang.
moga kuat hendaknya husna.
biarlah sesekali air mata itu mengalir, bukan tanda lemah...

athirahariffin said...

kak husna, trah tok reti nok bermadah n buat ayat best2x untuk tenangkan hati kak, tapi tahulah, trah doakan kak agar kak kuat, sebab kak meme kuat. Saat trah jatuh n sedih, kak ado bagi kato2x semangat hok bombastic, tp saat kak jatuh n sedih, trah x reti nok bagi ayat penguat. cuma mampu doa dari jauh. kuat kak, kuat! trah tok suko tgk kak sedih...

caliph said...

if u want to eat ice cream. i gave it to u. because i dont want u kept u sweet face inside ur room. even ice cream not so good for u. if u want to drive, i let u go. because i dont want u feel stress if i kept controlling u, even i worried if anything happen to u. if u want something weird, i always try give the best for u, because i dont want to lost ur smile. i do everything when u're here,with me, because i dont ever want to see ur face without smiling. but when u're far apart from me, i cant make it like before. i know u fell like i dont care about u. nope. its not that. i just want let u learn how life it is. so that even i was not with u, i hope u can make it better. thats why i let u go. i let u make ur own decision. because i know, the time i want to be ur hero is finished. now u must be ur own hero. and i know, my beloved sister can make it well. because she has me, here. look for here. even not with eyes, but with this heart, always. take care my dear sister. i hope u well. very well.
study tu up kan lagi. nak main2 balik dok rumah je lah. nak study buat cara nak study. jangan main lebih. tak dpt buat elok2 midterm nanti, dah warning awal2 ni, no more outside job.

nurulhusna said...

najwa - insya allah.. syukran wa.

azhar - nice word. suka baca. insya allah.. hubungan dengan allah dan manusia..

srikandi 03 - haha. tayah ulang ayat tu disini. +__+

tirah - syukran jazilan tirah. takpe, kak tak harapkan tirah balas dgn bombastic ke ape ke, takot meletup pulak kak dok sini klo tirah nok bagi bombastic2.. hehe. apepun, syukran sangat sebab bagi kata2 semangat. mmg bertuah ada mereka seperti kalian disekelilingku. +___+

caliph - sebab terlalu dimanjakan, adik awak jadi macam ni. +__+ anyway, bertuah sangat adik awak tu ye. terima kasih sebab awak selalu jaga adik awak baek2. tapi adek awak je yg macam ni jugak. dari kecik sampai besar,slalu susahkan hati awak. haha. +___+ u make me smile lah! +___+

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.