♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Friday, December 31, 2010

Hari ini hari Jumaat, malam ni tahun baru?



Barakah sungguh hari Jumaat. Auranya sangat dirasai. Lebih-lebih lagi bila berada di bumi serambi Mekah ini. Memang terasa,indah dan syahdu. Keberkatan!

Kata Al-Fadhil Ustaz Muhadir, bermula pada waktu Maghrib pada hari Khamis lagi, rahmat Allah mencurah-curah buat kita. Maka, perbanyakkanlah doa dan selawat kepada junjungan besar Nabi Muhammad. Tanda hubbunnabi. Hamdalah. Sebab tu talaqi malam Jumaat. Wah, bestnya talaqi. J

Hari Jumaat di Kelantan sinonim dengan cuti. Almaklumlah, di PJ hari Jumaat biasanya disibukkan dengan kelas ganti dan kuiz. Fuh, mencabar, walaupun takde kelas. Takpe, serunuk. Dah namanya pelajar, belajarlah sungguh-sungguh. Jangan hanya cuti bersungguh-sungguh ye!

Hari ini berpeluang melawat pusara nenek. Hamdalah. Masih merah tanah kuburnya. 2minggu pemergiaannya. Tapi masih dirasai kehadirannya. Sungguh, kadang-kadang air mata menitis tanpa disedari apabila teringatkan arwah.

Malam rabu hari tu, Abang Taufiq belanja sate. Maklumlah, engineer baru dapat bonus. J Teringat sungguh pada nenek. Beliau gemar dengan sate. Dulu, bila saya pulang ke kampong, saya pasti belikannya sate untuk meraikannya. Pada hari Ibu pun, kami selalu meraikannya dengan sate. Nenek… Kami selalu meraikan hari Ibu buatnya. Tanda penghargaan dari kami sekeluarga.

Pusara nenek saya lihat hambar. Tidak tergambar perasaannya. Surah Yaasin dan tahlil sama-sama kami alunkan,lembut dan syahdu diiringi tangisan dan sedu sedan. Sungguh, melawat kubur memang mengingatkan kita akan kematian. Kematian yang bakal mendatang bila-bila masa. Kadang-kadang ada signal, kadang-kadang takde signal, datang mengejut! Subhanallah, moga-moga kita mendapat HUSNUL KHATIMAH.

Ibu paling keruh wajahnya. Kasihan ibu. Setiap kali lepas solat Maghrib, pastiku menangkap bunyi esakan dari bilik solat. Kasihan ibu. Beliau paling merasai kehilangan nenek. Kadang-kadang kalau saya menyebut tentang nenek, ibu melarang. Mungkin tidak mahu mengimbau kenangan yang manis tapi pahit dikenang. Takpe, ibu saya tabah orangnya, seperti saya! J

Selepas melawat pusara nenek, kami menziarah pula ke rumah saudara mara berdekatan. Mengaut pahala di hari yang mulia,kata ibu. Ziarah menziarahi ni besar pahalanya. Menghubungkan silah,memang disuruh Allah. Nak harapkan hari bekerja, memang susah nak spend time macam ni. Maka, ibu tidak lepaskan peluang melawat saudara mara. Dan kami bersarapan di kedai makan berhampiran dengan saudara mara. Sesekali berkenduri,bersedeqah di hari Jumaat, pasti balasannya indah. Penuh hikmah. Ibu kata, kalau kita belanja orang, duet kita bukan kurang, tapi bertambah. Jadi selalu-selalulah bersedeqah. J

Kalau waktu kecik-kecik dulu, bila adik beradik sume ada di rumah, hari Jumaat paling menarik. Nanti bila dah pukul 1 tengahari, pasti bising dengan suara abang-abang mencari butang baju melayu, mencari kopiah, mencari kain pelikat yang cantik-cantik. Kemudian mereka berebut motosikal sebab malas nak bawak kereta. Sapa lambat dapat motosikal, terpaksa berjalan kaki. Takpe,pahala lebih. Bila hari Jumaat, kami makan sup. Sodap. Tapi itu dulu, waktu semua orang ada dirumah. Waktu abang kakak belum berhijrah. Sekarang rumah dah sunyi. Kalau saya tak balik, hanya ada ibu ayah. Memang sunyi. Bila dah takde orang, nak masak pun jadi malas. Takde orang nak makan. Tapi yang bagusnya nanti boleh hantar pada jiran-jiran. J

Hujan masih berterusan. Sungguh sejuk tapi sodap. Memang sodap. Hamdalah. Syukur dengan nikmat Allah yang berterusan. Kan?

malam ni malam tahun baru. risau dan berderau darah saya. hari ini hari Jumaat, malam ni entah apa yang bakal terjadi. kenapa tahun baru yang sepatutnya dimulakan dengan azam baru tetapi dijadikan malam untuk membuat maksiat beribu??

saya khuatir selepas ini tiada lagi tahun baru yang diraikan, kerana bala Tuhan bakal datang bila-bila masa. Sejarah ummat terdahulu telah membuktikan dan janji Tuhan tidak pernah dimungkiri. percayalah pada janji Ilahi. Itu sebaek-baek janji.

sapa-sapa yang dok KL sila sertai ekspedisi dakwah GAMIS. saya tak berpeluang. memang niat nak pergi awal ke KL. tapi sayang, tiket habis. ini saja tiket yang ada. itu pun ayah dah bising-bising lambat cari tiket. Ayah kata, ingatkan cuti sebulan, seminggu je? huu. ayah, saya cuti seminggu kata sekejap sangat, nanti saya cuti 7 bulan nanti entah dihalaunya dari rumah sebab bosan tengok muka saya nanti. Hehe. takpe, saya nak jadi anak solehah. Insya allah.

Dengan doa, moga-moga tidak berlaku sebarang maksiat pada malam tahun baru. moga-moga tahun ini lebih baek dari tahun lalu. moga-moga hidayah Allah menjadi milik semua orang. Moga-moga kita semua mendapat keberkatanNya.

Malam ini, kat Kota Bharu, ada konsert Wali Band sempena tahun baru. Seorang sahabat menyoal dalam perjalanan ke HUSM, kenapa Wali Band? kenapa tidak artis nasyid? Jawapannya mudah, kalau jemput artis nasyid, yang datang konsert tentu yang baek-baek saja. Kalau buat konsert Wali Band, sasarannya sedikit meluas. Itu pandangan orang luar. mungkin betul. :)

apapun, moga-moga pendakwah-pendakwah muda berjaya semuanya malam ni dalam ekspedisi dakwah. Jasad tidak menemani, tapi ruh dan doa sentiasa mengiringi, insya allah. Hasbiallahu wani'malwakiil. Insya allah.

p/s: mohon maaf pada semua orang. Saya tak mampu menjadi yang terbaek. Tak mampu memuaskan hati semua orang. Usah mencari kesempurnaan pada diri saya. Nescaya tidak akan ditemui. Saya, hamba dhaif, penuh kekurangan, banyak kelemahan. Insya allah dalam proses penambahbaikan. Mohon sokongan dan tunjuk ajar. Insya allah. Hamdalah. Syukran jazilan atas segala tasji' dan kata-kata yang member inspirasi. Moga Allah membalas segala kebaekan dengan kebaekan. Insya allah. Salam Sayyidil Ayyam buat semua!

Moga khair-khair saja hendaknya!

Sayyidul Ayyam hari Mulia. Mari muhasabah diri dan menjadi lebih baek!


:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

3 comments:

Anonymous said...

kalau maksiat tak ada, pendakwah tak ada kerja

Azhar Al-Banna said...

innalillah...
ana x tahu plak nenek k.husna sudah kembali ke rahmatullah..
ni msti time tu...

husnataqwa said...

naam azhar.. waktu balek emergency dan berjanji unt buat sesuatu yang tak tertunai. asif~
takpe..

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.