Pasir Mas : Farmasi Pakar.
"Kakak nak beli apa lagi nak bawak malam nanti?"
"Takpe lah. Tak payah bawak apa-apa pun takpe."
"Biskut ke taknak beli? Milo? Roti? Tuna ke? Nanti lapar kat sana."
"Alaa. Bukan kakak makan pun. Nanti berkulat jugak. Membazir je. Jom la balik." Senyum di hujung kata.
Kaki diangkat akhirnya memasuki kereta,lantas meluncur laju di jalan raya.
"Kakak beli buah lah, suka buah kan?" kereta diparkir di hadapan kedai buah. Wah, ini tak boleh ditolak,minta maaf.
"Nak! Nak!"
Istana Kubang Batang :
"Dah packing dah semua barang kakak. Nanti printer tu jangan letak kat bawah. Bawak naik atas, takut rosak nanti. Takut jugak hilang macma hari tu."
Menjenguk ke ruang televisyen.
Wah! Banyak sungguh beg. Macam orang dah beranak pinak pulak dah!
"Banyaknya barang.. Macam dah berkeluarga pulak. Hehe." Ketawa sorang-sorang, tidak bersambut.
Ya, ini daerah damai. Daerah tenang. Daerah senang.
Berakhirlah cuti pertengahan semester selama seminggu. Alhamdulillah. Cuti yang tidak sia-sia. Meskipun masih ada beberapa perkara yang tidak selesai, tapi hamper 80% telah disempurnakan dengan jayanya. [sujud syukur].
Hentian Putra : 6.10 pagi.
"Pakcik, UIA PJ?"
"Boleh."
Teksi putih biru itu laju menyelusuri jalan yang masih bisu, tanpa kenderaan yang beribu. Sampai di pintu pagar CFS. Dengan niat, Allah, permudahkan segalanya. Hamba datang kembali ke daerah ini, dengan membawa seamngat perjuangan yang tinggi.
Minggu ni banyak kerja sekolah kena siapkan. Tutor. Tutor. Esaimen EAP. Tentulah ada Quiz bila ada tutor. Wah! Perjuangan akhir semester yang sungguh mengujakan. Tanpa pertolongan dan rahmatNya, entah bagaimana kita bakal melaluinya. Maka, mohonlah pertolongan dengan solat dan sabar. J
Daerah perjuangan, kembalinya aku ke sini berbekalkan semangat yang tinggi, ku kutip bersama keberkatan dari ibu dan ayah. Serta adik beradik.
Daerah perjuangan, dengan izinNya, aku mahu tamatkan larian ini dengan sempurna.
Daerah perjuangan, 2011 menyaksikan peningkatan umur, bermaksud semakin dekat jarakku dengan sebuah 'kerehatan yang abadi'.
Daerah perjuangan, aku mahu tsabat di jalan yang penuh tribulasi, maka dengan asmaMu rabbi, bantulah aku menjalani hari-hari mendatang.
Hari-hari mendatang di daerah perjuangan ini pasti manis dan membahagiakan andai semuanya mengikut syariat Tuhan.
Hari-hari mendatang di daerah perjuangan ini pasti diisi penuh kenangan dan coretan indah andai penuh dengan keberkatan Rabbul 'izzati.
Tuhan yang menjadikan hati ini,
Jadikan hati ini cinta pada daerah perjuangan ini.
Cinta pada segala perjuangan yang ada di daerah perjuangan ini.
Moga-moga rasa cinta ini membuahkan hasil yang elok dan ranum.
Moga-moga rasa cinta ini melahirkan kecintaan yang berkekalan.
Moga-moga rasa cinta ini mampu membuatkan hamba mencari bekalan untuk kehidupan akan datang di Kuantan dan hari kebangkitan.
Mohon redha dan kerahmatan Tuhan. Moga disitu dipermudahkan jalan mencari keredhaan. Allahu yubarik alaina. Insya allah.
Senyum pada daerah perjuangan. Moga suatu hari nanti daerah perjuangan ini juga tersenyum pada kita. Insya Allah. J
4 comments:
waaahhhhhhhh.
teruja saya baca.
terbaaik lah!
+____+
semoga kita semua dapat yg terbaek. =)
seronok baca post-post kat sini.
patutlah anak buah study circle saya suke sangat cerita pasal 'kak husna'. admire sangat dengan tulisan di blog 'kak husna'. tahniah saudari.
salah kot. bukan 'kak husna' yang ni..
bese-bese je..
+__+
Post a Comment