♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Tuesday, December 07, 2010

[HEAL THE SOUL] Congratulation!



Bismillah Alhamdulillah.

Sekalung penghargaan buat adik-adik DnW MEDCY atas keberjayaan event selama 3 hari yang berlangsung pada 1 Disember sehingga 4 Disember. Alhamdulillah. Walaupun, kalian merasakan tak puas hati dengan event dan mampu melakukan yang lebih baek, tapi bagi kami, kalian telah melakukan yang terbaek. Tahniah.

Sebentar tadi saya menghadiri post mortem mereka. Laju diorang buat post mortem. Saya sampai sedikit lewat, angkara bermandi hujan pada waktu maghrib tadi. Memang tak larat nak bangun. Ingat tamau p, tapi ada janji yang ingin ditunaikan. Sedaq-sedaq dah lambat, lupa nak suruh roommate kejutkan. L terlambat pergi meeting. Lambat sangat. Janji tak dapat ditunaikan. Sapa suruh awak tanak tunggu saya. Maaf, saya bukan sengaja lambat. L

Alhamdulillah. Walaupun mungkin tak ramai yg merasai gelombang HEAL THE SOUL, tapi saya yakin, ia memberi kesan, tidak banyak, insyaallah sedikit. Yang penting, inilah kali pertama, MEDCY, persatuan budak-budak medical lines, buat event macam ni. Dihiasi dengan talk dan forum yg menarik. Tahniah MEDCY.

Pada 1 Disember, event dimulakan dengan sebuah talk daripada Ustaz Syaari Abdul Rahman. Menarik. Walaupun Lecture Hall tak penuh, tapi kami berbangga dengan respon yang diterima daripada adik-adik. Dewan tak penuh bukan sebab penceramah tak best, tapi mungkin sebab publisiti kurang. Publisiti kurang bukan sebab unit Pub Pro tak buat kerja. Tapi paper work lambat approve. Paperwork lambat approve bukan sebab SU lambat, tapi STAD yang susah nak approve. STAD susah nak approve bukan sebab paperwork salah, tapi paperwork hantar lambat sangat, paperwork hantar lambat sebab gerak kerja mula lambat. Namun, menjadi ubat buat hati, apabila STAD menyumbang sebanyak RM1,300 buat event kali ni. Walaupun limit untuk satu event hanya RM1000. Kali ni kami pecah sejarah. J tahniah adik-adik.

Pada 2 Disember, Jumaat. Event diteruskan walaupun masing-masing tahu dengan perangai budak UIA yang suka balik. Sebuah forum yang menarik saya kira, bertajuk Travelog Seorang Mahasiswa. Disampaikan oleh Ust Asyraf Syaari dan Ust Zul Amirul. Dimoderatorkan oleh Che Faizal,junior. Alhamdulillah, berjalan lancar. Kedatangan pun ok, walaupun hari cuti. Tahniah kepada adik-adik. Atas gerakkerja yang bagus dan smooth.

Sepanjang event, saya dan Saudara Fahmi sekadar bertindak sebagai Penasihat saja, atau dalam bahasa standardnya dipanggil EO. [ex-officio]. Tahniah buat adik-adik, kami berbangga dengan gerak kerja kalian, walaupun drastic, tapi kalian memang menyenangkan hati. Melayan semua kehendak dan karenah kami yang mungkin macam-macam di mata kalian. Pernah terdengar seorang adik mengeluh,

"Kak Husna dan Abang Fahmi tu macam-macam laa."

Mungkin hari ini, kini, atau akan datang, kalian bakal faham, apa yang kami inginkan bukan untuk kebaekan kami semata, tapi kebaekan bersama. Lagipun kami bukan nak bagi nasihat je, kami berniat mahu train, melatih adik-adik supaya biasa dengan segala bagai gerak kerja yang kami mengakui, kadang-kadang ia memeningkan kepala. Adik-adik, kita pernah berada di tempat yang sama. Suatu masa dulu, Kak Husna dan Saudara Fahmi juga berada di tempat adik-adik. Percayalah, tidak ada apa-apa yang kami dapat dengan menegur adik-adik begitu dan begini, melainkan kebaekan untuk kita bersama. Tertinggi suara, terjeling mata, jadikan ia satu inspirasi untuk kita tidak mengulangi kesilapan yang sama. Dalam bergerak kerja, hati mesti lapang, bersedia menerima segala teguran. Kan Saudara?

Pada hari Sabtu, saya yakin kalian gembira menunggu hari Sabtu. Dengan kehadiran Doktor Danial Zainal Abidin membawa tajuk FIqh Perubatan. Saya tahu kalian teruja. Waktu kami dapat tahu kalian nak jemput Doktor Danial. Memang kami deny, pada awalnya. Tapi bila fikirkan keterujaan kalian, kami dengan senang hati membenarkan kalian. Alhamdulillah, kaian Berjaya buat yang terbaek. Bangga kami dengan pencapaian kalian. Mungkin saya tidak sepenuhnya di seminar, kerana ada banyak event pada hari tersebut. saya diminta menemani Doktor. Segan juga,sorang-sorang pulak tu. teman doctor Danial kot. Tapi Alhamdulillah, dengan pengalamanlah semuanya berjalan dengan baek. Semput jugak. Tapi tahniah adik-adik. Akak tahu kalian bahagia dengan kehadiran Doktor Danial. Akak tahu kalian rasa bangga dapat persembahkan Doktor Danial pada student. Moga terubat segala kepenatan kalian. Tahniah ya!

Diteruskan dengan Seminar Fiqh Wanita. oleh Ustaz Wan Noor dari DQ. Alhamdulillah, sambutan menarik. Saya tidak ceritakan segala masalah dalaman disini, kerana hampir semuanya telah saya konklusikan dalam ucap akhir saya dalam post mortem tadi. Alhamdulillah. Ustaz Wan memang menarik. Beliau pensyarah kami di DQ. Kami rapat. Jadi kalian tok sah pelik naa. Syukur kepada Allah memberi peluang kepada kami sekelas Attaaibat untuk ketemu UStaz Wan yang memang dirindui semua. Subhanallah, cantik aturan Allah ni. Dengan gerak kerja kalian, adik-adik muslimin dan muslimat, saya berbangga dapat persembahkan sebuah seminar yan g menarik. Adik-adik memang hebat lah. J

Saya thau kalian penat dan mungkin sakit, tapi percayalah, kita tidak punya apa-apa yang menarik, melainkan pengalaman yg boleh mendewasakan kita. Percaya kata saya, pengalaman banyak mengajar saya untuk menjadi seperti hari ini. Pengalaman banyak mendewasakan saya, menjadikan kita berfikir panjang dalam banyak hal. Adik-adik, kalian memang terbaek lah! Gembira rasa hati tengok kalian bergerak kerja. Moga kalian sentiasa gembira walau penat dan sakit. Kami Cuma berhasrat, apabila kami tinggalkan kalian di bumi UIA, kalian mampu melakukan sesuatu yang lebih baek dari kami hari ini. Dan semua perjalanan selepas ini bergantung pada pengalaman yang kalian kutip sementara keberadaan kami di sini. Kutiplah sebanyak mungkin mutiara-mutiara yang ada, supaya kelak kalian mampu menggegar UIA dengan lebih bermakna, dengan sesuatu yang kami tidak mampu lakukan pada hari ini. Kalian terbaek adik-adik.

Akhirnya, moga pesanan akak, kalian semat di dada. Setiap kali bekerja lepas ni, ingatlah pesan-pesan tersebut. seperti mana saya mengingati pesan-pesan itu daripada senior-senior saya jua. Inilah warisan. Pesanan yang diwariskan. Sungguh berguna dan boleh dimanfaatkan. Akak, Afiqah Zulkifli, Hafizuddin Abbas dan Saudara Fahmi sendiri tentunya, memohon jutaan kemaafan seandainya kami tidak membantu kalian dan tidak memberi tunjuk ajar yang sepatutnya. Kami berusaha memberi yang terbaek dan itu yang mampu kami lakukan. Moga kalian mengerti, kami juga manusia biasa yang tentunya melakukan kesilapan. Mari berlapang dada. J kak Husna mengakui, kadang-kadang terpaksa berkasar dengan kalian, kerana tarbiyyah tak boleh dengan satu cara saja, ia mesti pelbagai dan mengikut keadaan. Ada masanya kita perlu berlembut, ada masanya, kena jugak tengking-tengking, desak-desak, marah-marah. Kalau tak nanti, kerja tak jalan pula. Semoga segala tunjuk ajar memberi manfaat buat kalian dan maaf atas segala kekurangan dan hak yang tidak tertunai. Kami sayang adik-adik kami. Kami mahu kalian berharga, kaya dengan pengalaman yang mungkin menduga.

baju batik hanya untuk committee. saya bukan committee. :)

Tahniah. Tahniah dan tahniah buat adik-adik DnW dan adik-adik LG yang terlibat. Semoga Allah membalas jasa baik kalian. Ada hak yang mahu dituntut, kami sedia. Moga adik-adik tidak serik dengan semua rintangan dan tribulasi. Tahniah buat Daleela Azlan, Najihah Abu Bakar, Aiman Basrun dan Afiq Hassan. Serta Secretary DnW, Anuar dan Amalina. Moga terus istiqamah bergerak kerja. Tahniah!



:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

1 comment:

Anonymous said...

terima kasih atas tunjuk ajar kak husna dan abang fahmi.

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.