♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Tuesday, December 07, 2010

Jadi dimana kita?


Dalil utama Negara Islam

"Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan."

(Surah Al Hajj : 41)

Politik atau siasah Islam meletakkan beberapa asas yang berbeza dengan asas politik lain. Sebenarnya politik itu adalah fitrah dan rutin manusia walaupun tidak didisiplinkan ilmunya. Akan tetapi di celah pengamalan politik manusia sejagat itu, disiplin nilai politik Islam mula mengisi ruang apabila munculnya pelbagai ulama' 'celik' seperti Al-Mawardi, Imam Hanafi, Ibnu Taimiyyah, Al-Ghazali serta tokoh falsafah seperti Ibnu Khaldun dan Al-Farabi. Secara umumnya politik Islam adalah berteraskan;


Al Uluhiyyah iaitu menjadikan tuhan sebagai matlamat politik. Sayyid Qutb berkata " politik adalah tasawwur rabbani datang daripada Allah. Ia mempunyai pelbagai keistimewaan yang tersendiri".


Al-Risalah iaitu politik kita adalah berkesinambungan kepda praktikal para nabi-nabi sebelum ini. Setiap para nabi adalah juga bertindak selaku pemerintah dan pengiat sosial dalam usaha membawa risalah mereka. Namun kerencaman politik kini mengkehendaki kita mengeluarkan teori politik yang lebih tersusun dan semestinya tidak melupakan Al-Quran dan Al-Hadis sebagai rujukan.


Al-Khilafah iaitu pundak tanggungjawab politik terletak pada manusia yang bergelar khalifah. Bermula daripada Nabi Adam AS sehinggalah zaman ini, manusia tidak boleh terlepas daripada tanggungjawab memakmurkan alam dengan nilai Islam. Politik adalah jalan untuk mencapai nilai tersebut.


Daripada ayat dalil utama di atas, kita dapat mengambil beberapa ciri yang perlu dilaksanakan apabila kuasa berada pada tangan kita selaku khalifah.

Mendirikan solat

Memberi zakat

Menyuruh perkara kebaikan

Melarang perkara buruk

Berserah segala urusan kepada Allah


DEFINISI NEGARA ISLAM

Beberapa definisi Negara Islam yang dirumuskan oleh ulama dan cerdikpandai Islam adalah seperti berikut;

i. Muhammad bin Hasan As Syaibani:

"Negara yang dikuasai dan diperintah oleh umat Islam dan orang-orang Islam menikmati keamanan dan keselesaan di dalamnya".

ii. Muhammad Abu Zuhrah:

"Negara Islam ialah negara yang berada di bawah kuasa pemerintahan orang Islam. Kekuatan dan pertahananya dikuasai orang Islam. Negara sedemikian wajib dipertahankan oleh setiap individu muslim".

Berpandukan kepada definisi di atas, jelaslah Malaysia adalah sebuah negara Islam. Keraguan dan pertikaian mengenai Malaysia sebagai sebuah negara Islam adalah tidak berasaskan fakta dan ianya tertolak.

Malaysia sebagai negara Islam telah diperkuatkan lagi dengan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan bahawa Islam adalah agama bagi Persekutuan. Peruntukan ini tidak diadakan oleh penjajah, tatapi diusaha oleh pejuang dan pemimpin negara seiring perjuangan mencapai kemerdekaan.


ASAS-ASAS NEGARA ISLAM

Asas-asas utama sesebuah negara itu diiktiraf sebagai negara Islam antaranya ialah;

· Sesebuah negara yang tunduk akur di bawah kuasa Islam dan orang Islam sebagai ketua pemerintah.

· Tanahair orang Islam adalah sah sebagai negara Islam.

· Sesebuah negara yang aman dan bebas didirikan syiar Islam di dalamnya.

MALAYSIA ADALAH NEGARA ISLAM

Hasil dari definisi dan pandangan ulama mengenai negara Islam, jelaslah Malaysia sebagai negara Islam kerana ciri-ciri berikut;

· Malaysia adalah tanahair orang Islam sejak turun temurun.

· Ketua pemerintahan negara dipegang oleh orang Islam.

· Malaysia masih didiami oleh orang-orang Islam sebagai pemunya.

· Umat Islam bebas menunaikan amalan syariat Islam malah dibantu oleh Kerajaan.

· Sistem mempertingkatkan ibadah, munakahat dan muamalat dilaksanakan di serata negara.

· Pendidikan Islam diajar dari peringkat sekolah rendah hingga ke peringkat institusi pengajian tinggi dan sentiasa ditingkatkan mutunya.

· Mahkamah syariah ditubuh dengan rasmi dan hasil keputusannya tidak boleh diganggu oleh mahkamah sivil.


Jadi dimana kita?

Siapa kita? Negara apakah kita?

FIkir FIkir kan lah!


Jerry : OMG, I live in a country full of troubles, riots and hatred.
OMG! what shud I do?
Jack : are you watching the news again?
Jerry : yeah why?
Jack : Turn it off! don't watch tv from 8pm to 8.45pm
Jerry : Why?

Jack : So that they can't hypnotize you




:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

No comments:

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.