♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Tuesday, December 07, 2010

Sweet Escape.

Sla\\

Salam Maal Hijrah. Semoga segala kebaekan berpanjangan. Insya allah.

Salam Maal Hijrah. Bila maal hijrah, jangan fikir cuti je. Fikir nak tido sampai tengahari. Fikir nak tonton movie sampai pagi. Hari ini tahun baru hijrah. Lakukan sesuatu pada iman dan taqwa. Moga ia tahu, ia perlu perubahan kearah kebaekan.

Yeah. Its holiday. After a sharing moment session with my heart's flower, im going out. Three-gather. Gi SOGO saja pun.

Pada awalnya rancang nak pi Taman Tasik Titiwangsa. Bila fikir-fikir balik, mungkin perlu pada perancangan rapi. Tak suka sangat gi shopping, tapi teringat ibu pesan tengok-tengokkan handbag baru buat ibu. gagahkan jugak kaki. Bila sampai SOGO, seperti yang disangka-sangkakan, sungguh ramai orang. Kat setiap tempat ada orang. Biasalah, YEAR END SALE. Penuh poster-poster, replica-replica KRISMAS. Mencari secebis poster MAAL HIJRAH, memang takkan ketemu. Tak Nampak langsung. Yang penuhnya, SALES FOR CHISRTMAS! Kan best kalo ada SALES FOR HIJRAH. Ahhaa.

CIk Wirdah dan CIk Nadiah dah agak apa yang akan berlaku. Kasihan diorang shopping dengan saya, mmg mengecewakan.

Allah! sungguh teruja melihat SYURGA BUAH. Kalaulah boleh dibeli semuanya!

Orang ramai, saket kepala dari semalam tak stop2, memang buat kepala rasa susah nak senyum. L

Akhirnya dapat jugak 'berlari'. Cik Wirdah Nampak tension di awal permulaan perjalanan. Tapi Alhamdulillah, selepas 'berlari', semua pulih kembali.

Ini je yang dibeli. Berjimat cermat untuk tabungan akan datang. Beli makanan sikit saja.
(makanan ni macam makanan budak-budak pulak.)

SOGO mengimbau banyak kenangan. Terutama kenangan DQ. Kenangan dengan Ateh Qurrotu. Fadiah. Dan Saadiah. Masya Allah. Kenangan terindah sungguh. J

Hujung minggu ni nak balik Seremban. RIndu sungguh nak jumpa dengan Munir. Sebab rindu pada Munir, semua budak-budak comel tepi jalan rasa nak tarik, peluk dan dukung. Ooh, sungguh aku rindu pada Munir. Cepatlah pulang Munir. LLL

Dapat mesej dari Cik Muna. Allah. Ada tugasan baru nampaknya. Maka, tersenyum dan bersyukurlah kerana ibu kata, "hidup manusia yang berkat ialah hidup yang tidak duduk diam, diisi dengan kerja-kerja Islam." Bila ibu kata macam tu, segan sket nak berehat. Segan dah nak manja-manja. Maksudnya kalau hidup tu asyik tidur je, tade kerja, tak berkat lah eh ibu? Ibu kata, "kan hari tu dah baca Solusi kan?" ahhaa. Tu dia bila satu keluarga menjadi peminat setia Solusi. J Ibu, kalau wanita kawen awal pun barakah jugak, macamana tu ye? Hehe. JJJ

Kepada semua orang yang mesejnya tak berbalas, minta maaf. Hari ini saya SWEET ESCAPE. Jadi mood untuk membalas mesej bertukar menjadi SOUR. Ahaa..


:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

2 comments:

Anonymous said...

dah tahu dah kita tu tak boleh kena hujan, tak payah laa dok main hujan.tak berbaloi, sakit kepala dua tiga hari sebab kena hujan.

husnataqwa said...

+_________+

bukan semua tempat kat uia ni ada susur gajah. takkan hujan je nk lepak kat bilik?

insya allah cuba elak kena hujan. trima kaseh atas perigatan. :))

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.