Kalaulah semuanya sama seperti apa yang kita mahu, tentu keindahan hidup itu tiada.
Kalaulah kehendak kita semua ditunaikan, tentu rasa kebergantungan pada Tuhan berkurang.
Kalaulah tidak diuji dengan kesedihan dan kekecewaan, tentu perasaan mengharap pada Ilahi menghilang.
Kerana itu dikurniakan rasa kesedihan, supaya insan lebih dekat dengan Tuhan, kerana orang yang gembira itu lebih berpotensi melupakan Tuhan.
Bergembiralah saat diuji dengan kekecewaan atau kedukaan. Sesekali Tuhan menarik kita untuk terjun ke lombong ibadahNya.
Berlapang dadalah saat kesusahan melanda hari yang dilalui, tanda Tuhan masih mengingati kita dan tidak mahu kita jauh berlari dari fitrah insani.
Tak mengapalah sesekali terjatuh, terduduk, tergolek dan terpelanting,
Kerana..
Kalau dikira rahmat Tuhan pada kita, sudah lebih dari segalanya.
Allah memberi sesuatu, pasti diubatkan kembali.
Allah menguji, pasti ada yang mahu Dia beri.
Sebagai hamba, besarkan hatimu menerima semua kebaekan dariNya.
Mari berlari menuju Ilahi.. Mahu?
No comments:
Post a Comment