♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Tuesday, December 14, 2010

Khabar kurang enak dari kampung.

Alhamdulillah.


 

Tadi ibu call. Mendengar berita dari kampung, memang hati rasa tak keruan. Subhanallah. Semoga Allah memudahkan segala urusan di sana.


 

Kalau ikutkan hati, mahu pulang. Tapi peperiksaan memang menghalang. Terlalu banyak yang perlu difikirkan.


 

Kalau perlu, saya tetap akan pulang. Tapi buat masa sekarang, belum lagi. doa saya terus menerus panjatkan, moga ibu dan keluarga dilapangkan segala urusan.


 

Semoga mereka di sana sihat-sihat semuanya. Ya Allah, sembuhkan mereka. Berikanlah kesihatan yang baik buat mereka. Ampunilah dosa-dosa mereka.


 

Saya sangat berdoa, memohon dengan sangat, moga ibu dan keluarga sihat-sihat di sana. Huh.


 

Dugaan sungguh pada jiwa. Tak tenang dibuatnya. Katakana pada hati, sereahkan semuanya pada Allah untuk dijaga.

Maka, saya bertawakkal semuanya. Mengapa masih perlu ada resah di hati andai telah ditawakkalkan kepada Tuhan segalanya?

Husna, bertenanglah. Utus doa jangan henti moga semuanya baik-baik saja disana.

Insya allah.

Mohon doa kalian jua. Moga mereka di sana kembali sihat dan moga saya disini mampu bertenang dan tidak berserabut.

Ibu, maaf. Bakalku pulang jua nanti. Namun doaku berterusan moga diringankan segala beban disana. Ya Allah, aku mohon dengan sangat. L


 

Husna, jangan mudah lemah semangat. Tawakkalkan semua pada Allah. L


 

p/s: terasa mahu terbang ke sana. Mahu melihat dan membantu apa yang patut. Mahu meringankan beban mereka. Mahu meriangkan hati mereka. Mahu memberi sokongan moral buat mereka. Tabahlah keluargaku, Allah menguji kerana kita mampu. Allah tidak menzalimi kerana Dia maha Tahu. Insya allah, ada hikmahnya yang tertentu. Sabarlah hati. Tabahlah hati. Tenanglah hati.


:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

4 comments:

detective said...

semoga ibu,nenek dan ayah sihat2 belaka.. tadi tanya jugak khabar di kampung.. bersabar ye my dear. ujian allah ni..

nurulhusna said...

:((

detective said...

jangan risau pasti allah jaga. sedih jugak, tapi tak mengapa. allah uji ada hikmahnya kan? bersabarlah. ikhlaslah. semua baik2 saja. insya allah. jangan sedih2, nt orang kat kampung jadi makin sedih. ok dear? nati malam D call. :)

sepupu said...

semoga allah ringankan beban kamu sayang.takpe, kalau dia pergi, dia ketemu ilahi. jangan risau dia sayangkan kamu.

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.