♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Tuesday, December 14, 2010

Apapun, saya tetap doakan kamu.


Ada orang kata, eh lama tak jumpa. Awak ni sombong. Susah nak borak-borak macam dulu.

Itu memang diakui. Saya tak dapat nak spend masa macam dulu. Lepak kat bilik orang sampai pagi. Nope. No more lepaking session.

Tapi tak semestinya kita tak jumpa, kita tak borak, kita tak makan sama-sama, saya lupakan awak. Tidak sama sekali.

Kawan-kawan, awak selalu dalam doa saya. Kalau boleh saya nak spend masa dengan awak, seperti dulu. Macam kat DQ dulu. Lepas balik masjid, kita lepak, borak-borak. Kongsi masalah dan sebagainya. saya pun rindu. Nak makan sama-sama dengan awak. Tapi saya mohon maaf, saya tidak sehebat orang lain yang mungkin hebat dalam pengurusan masanya. Saya mohon maaf.

Sahabat, tak mengapalah jarang berjabat tangan, asalkan hati berpaut berpanjangan.

Tak mengapalah jarang bertentang mata, asalkan jiwa saling merindui saat bersama.

Tak mengapa andai tak berpeluk erat, asalkan simpulan ukhwah tetap mantap.

Saya juga merindui saat-saat persahabatan, seperti kamu merinduinya.

Saya juga mendambakan masa untuk bersama kamu.

Percayalah, apapun keadaannya, saya tetap kenang kamu dalam doa, kerana kamu sahabat, kamu pernah membantu saya susah dan senang.

Kamu pernah menjadi penyejuk jiwa di waktu keadaan tegang.

Kamu pernah menjadi perungkai masalah di waktu hati dirundum pelbagai mehnah.

Kamu sahabat. Kamu teman sejati.

Diamnya saya bukan kerana melukai, bukan kerana mahu menjauhi,

Kerana kadang-kadang saya terpaksa meninggalkan sesuatu demi sesuatu yang lain.

Dan kadang-kadang saya tak mampu buat banyak perkara dalam satu masa.

Itu kekurangan saya.

Mohon ampun dan maaf. Sahabat!


Hari ini pun Abang merajuk. Katanya, saya tak pulang walau dia demam teruk.

Abang, walaupun saya tak bersama denganmu, jiwa saya memang berada di kampung. Tanyalah mereka yang mengetahui keadaan saya apabila mengetahui abang demam teruk. Disahkan denggi. Saya tak keruan. Menitis air mata kesedihan. Saya mahu pulang, tapi keadaan tak mengizinkan. Maka, hanya doa yang mampu saya titipkan. Moga-moga Tuhan memberi kesembuhan. Siapa kata saya tak risaukan keadaanmu? Tak mungkin.. itu mustahil. Saya risau. Saya terlalu risau. Tapi abang juga pernah kata, "adik abang bukan milik abang sorang, tapi milik semua orang..". maka, disaat abang demam, saya terpaksa menunaikan amanah pada orang lain, walaupun roh dan jiwa saya mahu terbang menjenguk abang. Maafkan saya, andai saya tak mampu menjadi adik yang baek. Tapi percayalah. Saya sentiasa doakan kalian, semua.


:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

9 comments:

sahabat yg melukaimu. said...

husna.... mitak maaf sgt. tak berniat nk buat husna terasa hati..tak kisah pun husna kalau kita tak dapat selalu bersama, tapi yg penting husna mmg sahabat yg baik. tahu husna sibuk, medcy n semua benda. husna org kuat, husna busy, husna tak boleh macam dulu.. tahu.. mitak maaf husna, husna sahabat yg baik.. bukan sebaliknya..mengenali seorang husna sudah cukup membuat hati rasa senang. bersama dengan seorang husna sudah mampu membuat hati mengingati tuhan.. lalu apakah yg dicari lagi oleh seorang sahabat dan teman? mitak maaf kalau gurauan tadi buat husna sedih... mitak maaf sgt2... husna terbaik. tak pernah cakap 'sayang husna' sebab husna tak suka, tapi dalam hati, mmg saaaaaayang husna sangat.. mitak maaf husna.......

Anonymous said...

sudah tiba masanya husna bagi peluang orang cakap, 'sayang husna'. ahaks.

cahaya said...

orang cakap je, dia yang susah nk cakap.. susah nk dengar perkataan sayang dari mulut dia..
sayang husna. sayang husna. :))

sah said...

jgn la buli husna. kita bersahabat hingga syurga ye husna?
saaayang husna. memang sayang.

+)http://www.everstrike.com/download.htm said...

saya juga doakan kamu. :))
semua kata, saaayang husna.
selamat bekerja ye husna. kuat2kan semangat yg sedia ada kuat!

ZC said...

saya pun cayang husna jugak. walau susah nk jumpa, tapi bila jumpa,husna memang menenangkan jiwa. saaayang husna.

Mohamadazhan hjDesa said...

kalau ada masa balik la..:) hargai kita masih ada

nurulhusna said...

terima kasih kawan. +_______+

syukran encik azhan. +____+

sahabat yg melukaimu. said...

tengok.. semua orang cakap sayang, dia diam je. hailaa.. husna tetap husna. :))

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.