♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Sunday, December 05, 2010

Muslimin tak suka muslimat ligat?

Alhamdulillah. Pagi tadi walaupun tak berpeluang ke pengajian dengan Sheikh Fahmi Zamzam, dapat juga pengisian dari sudut lain. syukur pada Allah atas segala kurniaNya. Tak perlu pergi jauh untuk dapatkan ilmu, yang penting kita berusaha faham dengan apa yang kita mahu dan kalau kita menuntut ilmu tetapi tidak diamalkan pun tak bererti jugak.

Alhamdulillah. Syukur sgt. Walaupun pada awalnya dalam hati memang rasa berat, sebab badan dah penat, asyik program je manjang. Otak dah jadi macam abang kata, "otak program".

Tapi Alhamdulillah, hati rasa berkobar-kobar. Semangat tu rasa memuncak.

Muslimat sayap kiri perjuangan, bukan sayap sembarangan.

Alhamdulillah. Memang rasa bagai keluar dari satu pertandingan, naik semangat. Tapi badan penat. Exhausted. Rasa macam memang penat.

Walaupun hati berkobar-kobar, tapi badan penat, rasa nak rehat sekejap, bukan lama, sekejap..

Lepas ni kalau nak bagi kerja, ada kerja, insya allah, sedia berkhidmat. Sebab semangat dah berkobar-kobar dah, tapi badan rasa tak larat, bimbang kesihatan bawak mudarat. Saya tidak sempurna seperti kalian yang Alhamdulillah sihat-sihat. J

Saya tahu semangat bukan segalanya untuk kekal thabat. Tapi dengan semangat, thabat menjadi semakin hebat. Allahu rabbi.

Jagalah diri, jangan cepat putus asa dan kecewa.

Kita muslimat bukan calang-calang muslimat. Kita muslimat yang sedia berkhidmat.

Ada yang berkata, muslimat yg ligat dan cergas di medan perjuangan ni, kasar. Bila kasar, lemah lembut tadak dah. Buat kerja cepat dan tak sesuai dengan personality seorang muslimat.

Bila macam tu, muslimin nak pilih pun tamau (sekarang baru tau, patutlah.. L)

Tamau buat bini, tamau buat pilihan hati, tamau buat suri hati. Ya ke muslimin?

Makna kata, muslimat yg ligat di medan perjuangan, bukan pilihan hati lelaki?

Betul ka?

Matilah kalau sume muslimat jadi lemah lembut, pendiam, lambat, ayu..

Sapa nak jadi tulang belakang? Kita kan tulang belakang. J

Bukan sebagai sayap saja. J

Jadi, muslimat, jangan takut kalau tidak ada seornag pun lelaki yg menyukaimu kerana ke'kasar'anmu di mata mereka, kerana nilainya engkau disisi Allah insya allah lebih bermakna.

Muslimin, cari muslimat bukan nak buat pakai untuk diri sendiri je, tapi cari muslimat yg mampu digunapakai untuk ummat. Ok?


:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

17 comments:

Muhammad Hamidi Zamri said...

tertarik utk komen.. agak x bersetuju dgn tajuk.. sbb yg x suka muslimat ligat ni adalah muslimin yg tidak faham perjuangan.. kalau muslimat x ligat skrg, bagaimana nak aktif di cawangan dan kawasan nanti.. x kan nk duduk d dapur je kn..skdr pndpt.

ss said...

ini fitnah kepada muslimin yg berjuang... spekulasi muslimat sendiri yang salah... setuju dgn abg midi... sangat tidak bersetuju dgn tajuk...

Srikandi Al-Quds said...

rasanya siapa yang berada di tempat kejadian faham akan apa sebenarnya yang dimaksudkan.. xkisahlah siapa.. namun kita perlu sama2 berjuang untuk sama2 ke syurga Allah.. i like it!! thanks to them!! mgkn resolusi "dlmn"(hnya kpd mrka2 yg tahu shj) yg diambil td perlu diteruskan kot.. hehe..

Izzati Nur said...

suka post ini..5stars kak :)

jnji igt taklifat sbg daie,
xkesah nk ligat,sopan-santun
asal dpt mnyumbang kpd Islam
itulah matlamat utama

p/s:kak,berilah rehat kpd dirimu
brg skejap krna kmu msih diperlukan,dan sntiasa dprlukan
jg ksihatan baik2 yer kak

husnataqwa said...

akh hamidi- masakan ada muslimat di tegur dek kerana kasar, tak menjaga sopan santun dan sebagainya. persepsi muslimin terhadap muslimat menyebabkan ada muslimat yg memilih untuk lembut-lembut di medan, sehingga membantut gerak kerja. (ini luahan muslimat lain,bukan ana)

ss - ada yg berkata, muslimat yg cergas ni, yg lantang ni, nanti tade sape nk jadikan bini. statement ini membuatkan muslimat membuat spekulasi bahawa muslimin suka yang lembut2. mungkin ini persepsi salah dari pihak muslimat yg perlu penjelasan segera. moga2 tade yg segan bergiat aktif di medan kerana risau dirinya tak laku.

illeya - nampaknya kita kena bagi pencerahan pada mereka dengan resolusi yg kita dapat tadi. :))

ety - selangkah menuju muslimat yg menjadi 'otak kiri' perjuangan. tulang belakang perjuangan. jom! :))

p/s : tajuk dan post ini dikeluarkan selepas perbincangan sebentar tadi, bukan pendapat peribadi. ini antara idea yang terlontar dari perbincangan tadi. hidup muslimat!

Anonymous said...

kak husna ayat last tu saya suka.
pilih muslimat bukan unt dipakai diri sendiri, tapi dipakai ummat.
ada sahabat saya, pernah ditegur, oleh muslimin. katanya buat macam tu tak sesuai dengan gaya seorang muslimat la.. macam2.. mungkin ada sesetengah muslimin suka muslimat duduk dalam kotak, balut dengan kain, simpan bawah katil. bila dia nak pakai, dia ambik. (kasar sikit)
tapi bukan sume muslimin la kan resolusi tadi. sebahagiannya. :))
macam akh hamidi tu, insya allah tak. tapi gol yang tak ni, kena laa beri penjelasan pada muslimin lain, supaya tak cepat melatah dengan muslimat yang aktif di medan, kan kak husna? sian kaum kita, dianggap lemah

serikandi7. said...

rugi sapa tak mai tadi.

statement, ada muslimat yg 'tenggelam' kerana sesetengah muslimin yg menjadi 'pemberat', menyebabkan muslimat susah nak timbul.

ke gane kak husna?

murabbi said...

huuh...
entry best...
"ape ni...kasar2..jaln cepat2..buat krja laju2..mane lmah lmbut gdis mlayu trakhir???mana...mana??"

mungkin sgelintir je yg kate bgini..
krn..
muslimin tak suka muslimat ligat..
hkikatnya..
mungkin dri muslimin tu pun x suke ligat ke sana ke sini..
hum..
beza kan...
lmbut vs lmbik..
kasar vs tegas..

bila diingat blik..
anak Baginda Rasulullah saw sendiri kisar gandum..uli roti...guna tangan..

owh...
muslimin kata muslimat sayap kiri mereka..
jadi..boleh ker sayap lemah..sdangkan sayap prlu juga kuat utk..
analoginya...burung...burung helang trkenal dgn ktangkasannya..tp, klu saypnya cacat, mampukah brgerak dgn tngkas???hum...

pdgn sy...
muslimin mhu mslimat ligat jika diri mslimin ligat dn fham kprluan dn tntutan mslimat itu..
x smua mslimin bgitu..
dn x smua mslimin bgini..
wallahu'alam
;)

Anonymous said...

perbincangan yang menarik husna. :)
keep it up.
nak bagi pendapat jugalah.

ini bukan salah muslimin jugak. kadang-kadang muslimat pun saja je buat fakta sendiri. kata mmuslimin tak suka diorang buat kerja laju-laju. buat kerja kuat-kuat. buat kerja ligat-ligat.
padahal muslimin tak kata apapun. muslimat yg perasan lebih.

ada muslimin yang suka tengok muslimat aktif. pergi sana, pergi sini.uruskan itu,uruskan ini. muslimin suka muslimat yg cepat bertindak, cepat keluarkan idea, pantas bekerja. tapi kadang-kadang muslimat yg lemahkan diri sendiri.
katanya nanti muslimin tak suka. adalah tu lelaki yang terkenan kat hati. pastu nak jaga ayu. pakai baju lawa-lawa, tapi buat kerja langsung tak lawa. katanya, nak jaga status muslimat ayu, takut nanti tak dipilih muslimin untuk dijadikan sayap kiri.

panggil seorang muslimin, atau sesiapa yang ada disini, (muslimin),
katakan pada semua muslimat disini,
apa yang kamu lihat pada sayap kiri? yang bagaiman kamu mahu ambil membantu pergerakan selepas ini? adakah yang duduk saje2 goyang kaki, kontrol lawa setiap hari? atau yang pantas, yang tak dok diam, yang pintar?
berdiskusilah dengan hikmah. sya yakin muslimin yang baik ada jawapan untuk menguatkan muslimat. saya yakin, ada jawapan untuk menyedarkan muslimat yang selalu dok control ayu kat belakang tu. saya cukup yakin.
muslimat macam ni kena sembut kat muslimin, baru tahu.
muslimin, mari buktikan kita tak pandang muslimat pada kecantikan wajah dan penampilan semata. kita juga melihat pelbagai aspek lain.

kami nak sayap kiri. bukan nak bini je. kami nak sayap kiri. boleh bantu kami terbang tinggi. bukan lawa tapi membantut pergerakan kami.

post disini juga, pernah baca, tajuk 'buat mujahid.." ape tah. lupe2.. silalah baca.

-mkaa

Anonymous said...

jadi SS, kita sependapat. persepsi muslimat yan g salah. :)

ss said...

saya stuju dengan anonymous...

..muslimat harapan agama.. said...

kak husna, back up balik muslimat tuu..

bukan kami yg tak nak ke depan, tapi bila kami ke depan, muslimin muka tak puas hati. muslimin sindir-sindir. tak bagi kerjasama dengan baik. kami bukan tak mahu kedepan,tapi kami segan dengan muslimin yg merendah-rendahkan kami.

mungkin saya tak setanding kak husna. dalam hal ini, ia merujuk saya sendiri. bukan blog owner.

husnataqwa said...

subhanallah. hebat2nya pendapat disini..

bukan tanak back up, tapi akak setuju dgn pendapat tersebut. muslimat suka control ayu tak tentu pasal. tak kena tempat.
pasni kita kena ligat dah. tak boleh nak jadi macam orang laen. kita kan bukan calang2 muslimat.
malu kat muslimin. diorang rilek je, kita yg lebih2 nak terasa, nak heart feeling dan segala bagai..
kita ni kena jadi penguat mereka. ape orang kata,
di sebalek kejayaan seorang lelaki, pasti ada perempuan di sebelahnya (edited version)
contoh jelas dengan rosmah laa kan. haa..

apa yg nak kata kat sini,
jangan risau, muslimin ni kadang2 kalau dia senyum2 kita rasa dia sindir kita, padahal dia senyum je pun. kadang2 kita yg terlebih2. ni muslimat mmg suke bab2 perasan lebih ni. kalau muslimin tego bab thaqafah kita kurang ke, kita kena jadikan tu motivasi unt pertingkatkan kualiti, bukan jadikan satu faktor unt lemahkan diri.

jangan risau tentang tak laku, tade sape nak ke ape sume. (tapi mesti risau jugak kan)
allah dah janji, orang yang baek unt orang yang baek. muslimat yg hebat, untuk muslimin yg hebat. define this well.
insya allah, tenang bila ingat janji allah ni.

kadang2 kalo muslimat control sangat, muslimin pun menyampah. (ye ke. yg ni kena tanya muslimin).

tapi disini tidak bermaksud, hilanglah rasa malu pada diri muslimat. malu tu tetap kena ada. tapi biar mal bertempat. kalo nk buat keje malu, nak bincang malu, nak gerak keje malu, itu tak kena tempat.

kalo malu sebab tak buat keje, dok goyang kaki, takreti bahasa, itu baru betol kena rasa malu. jangan nak kejar hebat, jangan nak kejar ligat, MALU tu jatuh entah kemana pulak.

siti aisyah dulu hebat. siti khadijah lagi laa hebat. (teringat huraian abang pasal siti khadijah, mmg menarik). pesannya, jadilah siti khadijah. dia mempunyai satu potensi unt memajukan diri. dia berjaya. dia yang ada potensi. dia tidak bergantung pada orang lain. (panjang lagi huraiannya) apa nk kata, bercitacitalah menjadi siti khadijah. membantu dakwah nabi dengan segala kelebihan yang ada padanya. insya allah. mari semat impian. +___+

serikandi7. said...

tu dia. memang jelas dan bernas.

Anonymous said...

jangan terlalu pesimis sehingga mengambil langkah untuk befikiran negatif.

kami muslimin bukan cari isteri untuk dijadikan perhiasan. kami mencari isteri sayap kiri yang mampu turut sama meberi sumbangan. tidak kami nafikan masing2 ade peranan. mungkin dalam beberapa perkara muslimat tak mampu menandingi kami. tapi muslimat ada bidangnya yang kami tak mampu buat. terbukti, muslimat lagi rajin dari muslimin, muslimat ada kepakaran yg muslimin takde. maka, di bidang itu, kalian bergiat dengan ligat. ada padang untuk kalian bergiat. jangan risau. kalian ada tempat yg sesuai untuk ligat. jangan kerana sedikit kecaman, kalian mengambil langkah untuk berehat.

setuju dengan pendapat ustazah husna tu.

anyway ss, terima kasih sokong.
kita muslimin bukan nak demand, tapi nak kalian jadi teman dunia akhirat..
jgn risau soal jodoh. tulang rusuk takkan tertukar.
bab ni boleh bagi ustazah husna syarah la ni.. :))
teruskan memberi peringatan kepada muslimat kita,ustazah. moga ada keberkatannya.
mka

..muslimat harapan agama.. said...

kak, mitak izin copy semua pendapat disini boleh? syukran kak.

husnataqwa said...

tafadhal.. moga ada manfaat bersama. +__+

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.