♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Sunday, December 05, 2010

Tak perlu susah-susah.

Datang lambat ke kelas.

Berfikir alasan terbaek untuk diberikan pada lecturer.

Eh, tayah susah-susah. Kalau dah lambat tu, jangan nak aota lagi.


Orang mintak tolong.

Pelbagai alasan dikeluarkan. Kecik, besar, relevan tak relevan, macam-macam ada.

Eh, tayah susah-susah. Bagi alasan yg bodoh, boleh meyebabkan kita dipandang rendah.


Orang bagi kerja banyak sikit.

Macam-macam nak pertikai. Aku dah ada tugas aku. Kenapa bagi kerja lagi?

Eh, tayah susah-susah buat kalau tak ikhlas. Siap ungkit-ungkit lagi.

Apa yang dapat? Orang lain buat kerja banyak, tak bising pun?

Kita ni nak rehat je ke? Nak rehat tunggu mati nanti. Itu kerehatan abadi.

Kalau dah nama pejuang, istilah rehat tu letak belakang sekali.

Orang sibuk kerja, kita sibuk tidur,

Bila orang tambah kerja, kita bising tak cukup telinga.

Manja sangat kita ni haa.


Eh, tayah susah-susah nak jadi orang lain.

Jadi je diri sendiri. Kalau nak berubah, jangan sebab tempat dan keadaan.

Berubah sebab kita adalah kita.

Orang geram tengok kita tak buat kerja.

Orang tak puas hati.

Bila orang tak puas hati, kita nak nangis-nangis minta simpati.

Bila orang tegur, kita mula nak balas setiap perkataan teguran.

Bila orang tak tegur, kata kita ni sorang diri, buat salah tade sapa nak tegur.

Susah betul jadi manusia ni.


Nak berjuang buat cara nak berjuang.

Tayah bagi alasan. Tayah demand-demand nak buat kerja.

Tak payah memilih buat kerja.

Buat saja apa-apa yang boleh menyumbang.

Biarlah kecik. Biarlah orang tak Nampak.

Yang penting, kita usaha buat kerja. Bukan dok saja.

Jangan ajar diri goyang kaki.

Nanti hati pun jadi senang hati.

Lepas ni susah nak nak bangun lagi.

Teringat kata-kata seorang teman,

"kita datang untuk bekerja, maka bekerjalah, jangan henti, jangan nak mengeluh, jangan nak goyang kaki."

Suntikan semangat yang sungguh memberi motivasi.


Masya allah. hambaMu ini memang pelik.

Bila tade kerja, kata orang tak bagi kerja.

Bila bagi kerja, kata pulak orang asyik bebankan dia dengan kerja.

Manusia memang diciptakan dengan penuh sense of refutation ke?

Sungguh. Manusia memang mudah lupa.

Hari ini ikrar,esok lupa.

Kalau dah ikrar tu bulan Januari, ini dah bulan Disember,

Agak-agak ingat lagi tak ikrar dulu kala?

Mungkin kena repeat ikrar, agar segar sentiasa di jiwa.


Ikrar yang pernah dilafazkan itu bukan saja-saja.

Jadikan ia ubat buat jiwa,

Semoga sentiasa bersemangat dan istiqamah dengan agama.

Siapa kita ditentukan oleh apa yang kita buat.

Kalau kita dok berehat,

Tandanya kita pemalas.

Kalau kita buat kerja tapi merungut,

Kita pembantut.

Kalau kita buat kerja sikit dah komplen2,

Kita tak layak dipanggil pejuang.


Hah, dengar tu Husna. Sila muhasabah diri. J jangan asyik manjakan diri. Nanti mati,berehatlah. Itu abadi. J


:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

No comments:

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.