Selepas mendapat berita pemergian nenda, doctor pun sudah mengeluarkan surat mati. Kami menunggu urusan untuk bawa pulang jenazah. Abang Qi bakal menemani jenazah dari hospital ke rumah. Abang Yu mengajak saya pulang, memandangkan di rumah, tentu khidmat saya diperlukan. Ibu kurang sihat, takkan nak biarkan kakak kemas dan sediakan rumah sorang-sorang. Maka saya pulang. Dalam kereta, Abang Yu banyak cerita kisah nenek sebelum nenek masuk wad. Abang Yu kata nenek nak sangat dengar video zikir munajat Akhil Hayy malam tu. tapi tak dapat tunaikan. Abang Yu rasa sangat sedih tak dapat tunaikan kemahuan nenek malam tersebut. saya hanya diam sepanjang perjalanan. Membuka mesej-mesej ucapan takziah yang bertandang di telefon. Sesekali sekadar membaca, tatau sapa yang menghantar. Mata dah tak larat. Badan rasa penat. Semuanya kerana jiwa yang mula rasa sedih dan kehilangan. Erti sebuah kehilangan. Entah bagaimana orang yang kehilangan ibu atau ayah. Rasanya tentu jauh lebih perit. Mohon Allah menguatkan semuanya.
Setibanya di rumah, sudah ada orang menunggu. Ramai yang bertanya itu dan ini. Saya menceritakan dengan ringkas. Tak larat saya nak cerita, hati pun masih berduka. Saya lihat Kak Elly dan Ibu Nampak khair saja. Mula menolong menyediakan rumah untuk urusan pengebumian. Semua pintu dibuka, tikar dihampar,tetamu dilayan seadanya. Hanya dengan teh panas dan biskut kering. Sesuai dengan suasananya.
Jam 9.45 pagi tadi nenek pergi. Dan jam 12.30 tengahari jenazahnya tiba di istana kami. Waktu itu, air mata tidak dapat ditahan lagi. melihat mayat nenek berbungkus elok, hati dibalut rasa hiba. Menangislah seluruh isi rumah. Ibu paling keruh wajahnya, mungkin menahan tangis. Hamdalah, ramai yang sudi menolong. Saudara mara banyak membantu. Segala urusan terasa mudah. Maklumlah, ahli keluarga terdekat semuanya tidak keruan, maka saudara mara yang banyak membantu.
Jenazah mula disediakan untuk dimandikan. Sewaktu menatap jenazah nenek, pandangan kosong. Terbayang semua kenangan dengannya. Terasa dia masih dekat di hati. Terasa baru semalam berbicara pelbagai topic dengannya. Tapi kini dia kaku di pembaringan. Allah.
Saya sekadar membantu apa yang patut. Menghidupkan bara api untuk kemenyan dan mencari kelengkapan yang diperlukan. Itu pun orang mula suruh saya berehat, melihat wajah saya yang mula pucat. Itu normal, saya sedang berpuasa, jangan takut. Itu biasa.
Pukul 5 petang, jenazah disolatkan. Subhanallah, cepat rasanya. Sebelum disolatkan, kami mengucup nenek buat kali terakhirnya. Paling kuat menangis, ibu dan ayah. Ya,mereka yang menjaga nenek, full time. Sakit sihat nenek, mereka uruskan. Makan pakai nenek, mereka mbil berat. Memang patut ibu dan ayah yang paling tak keruan. Badan nenek sejuk, saya mengucupnya syahdu,, bersilih ganti dengan abang dan kakak kemudian sepupu-sepapat. Selepas solat jenazah, Ayah Long membaca doa menyentuh hati. Benar,tersentuh jiwa. Disitu sekali lagi tangisan dilepaskan. Allah.
Jenazah mula dibawa ke tanah perkuburan. Saya mengikut dengan motosikal ke sana. Jalan sesak nak keluar dengan kereta. Penuh dengan kereta diparkir di sekitar kawasan rumah. Sepanjang perjalanan, saya dan kakak semuanya membisu. Tiada perkataan sesuai untuk dibicarakan. Kami mengekori van jenazah, sekali lagi abang Qi didalamnya. Cemburu sungguh. Urusan diteruskan seperti biasa. Ayah Cik dan Ayah Long memasukkan nenek ke liang lahad. Tidak kira siapa pun memandang saya, saya dan kakak mengalirkan air mata tanpa segan silu. Bukan tidak redha dengan pemergiannya, Cuma terasa terlalu bnyak kenangan dengannya. Terlalu dekat dirinya.
Selepas selesai urusan di kubur, saya serta kakak dan abang meluangkan masa sejenak di pondok kubur. Memandang persekitaran. Saya kata pada nenek, 'kami pergi dulu, selamat bertemu tuhan, nanti kita jumpa di syurga ya Mak. Kami balik dulu ke rumah, Mak dok sini, bahagia jumpa tuhan..' ABang dan kakak terharu dengan perkataan saya. Semakin laju mutiara jernih mengalir. Saya mula menceriakan suasana. Tak mahu mereka terus bermuram durja. ' Dah la tu, Bu perlukan kita. Kita kena kuat. Jangan dok tunjuk mata bengkak je..' nampaknya ia diterima.semua mula mengukir senyum. Tambah kakak, 'lagipun mak dah bahagia. Itu yang dia nak, berjumpa tuhan. Dia dah selesai hidup kat dunia, kita ni tatau apa perhitungannya…' selepas bicara dari hati ke hati, kami menunggang motosikal. Dua motosikal membawa kami berlima. Wajah tersenyum pulang berjumpa ibunda. Tetamu masih ramai. Tapi tak terlayan sudah. Penat dan sungguh hiba.
Setibanya di rumah, azan maghrib berkumandang, saya terus berbuka puasa dengan sedikit nasi yang masih bersisa. Ditemani Abang Qi dan sedikit kek pisang, ihsan orang sekeliling. Hamdalah. Kembali bertenaga. Lepas maghrib, kami bertahlil bersama-sama. Ahli keluarga. Kemudian kelihatan semuanya tersandar penat di tepi dinding. Ada yang berdengkur, ada yang tersengguk-sengguk. Saya menjenguk ibu. ibu yang tidak sihat dari tadi. Saya mula risau. Entah kenapa semua ubat yang saya berikan tidak berkesan. Saya berbincang dengan abang dan kakak. Setuju membawa ibu ke hospital. Tapi ibu tetap berkeras. Saya kata pada ibu, esok ibu mesti pergi kalau masih sakit. Akhirnya ibu setuju.
Malamnya, tahlil hanya dihadiri beberapa orang. Sebenarnya tidak menjemput orang datang, sebab tu jadi macam tu. memandangkan tetamu mula bersurai maghrib tadi, tuan rumah pun tak larat untuk mengadakan majlis tahlil. Memandangkan ada yang datang, kami meraikan. Mengeluarkan apa saja makanan yang ada. Hamdalah. Selesai.
Jumaatnya, saya dan abang Qi membawa ibu ke hospital. Seperti yang dirasakan, saya terduduk. Tak mengapa. Saya kuat. Alhamdulillah segala urusan dipermudahkan.
Demikianlah pengalaman yang saya lalui. Bermakna. Banyak yang saya belajar dari ini. Lepas ni, dah ada pengalaman, mahir lah saya untuk menguruskan hal-hal seperti ini lagi. insya allah.
Selepas sepakat, tahlil hanya dibuat selama 3 malam, meraikan adat orang sekeliling. Selebihnya, mungkin kami menghantar makanan ke masjid atau bersedeqah ke rumah anak yatim. Itu lebih comel.
Sabtu, saya berangkat ke UIA. Meninggalkan ibu yang masih tidak sihat, abang serta kakak yang masih di kampung halaman. Berat rasa hati, tapi ada perjuangan yang perlu diteruskan di sana nanti. Maka, saya gagahkan kaki. Sepanjang dalam bas, saya mengenangkan nenek. Tadi, sewaktu bertolak ke stesen bas, tiada lagi kucupan nenek dan pesanan mesranya. Tiada lagi lambaiannya. Saya bakal merasai kehilangan. Ibu pun sangat tidak sihat. Saya kirim doa selepas berpesan macam-macam pada ibu.
Memandangkan saya dilantik menjadi bendahari pengurusan nenek, saya juga terpaksa mewasiatkan banyak hal kepada kakak. Begitu dan begini. Kelakar pula bila difikirkan menjadi bendahari. Bila mereka perlukan wang, mereka menjerit, 'bendahari!!!" dan saya bakal datang membawa seberkas wang. Lawak, tapi menarik. Menarik kerana mendapat kepercayaan menguruskan wang ribuan ringgit di genggaman. Tentulah professional!
Apapun, saya bersyukur, pemergian nenek dipermudahkan Allah. Saya bersyukur segala urusan dipermudahkan Allah. Walaupun hati saya masih terkenangkan arwah nenda, tapi kami masing-masing redha. Nenek, pergimu berjumpa tuhan, pasti bahagia. Kerana kau bukan calang-calang hamba. Sampai umurmu 80 tahun, kau masih setia membelek Quran dan mengalunkannya. Nenek, umurmu 80 tahun, kau tak pernah jemu menuntut ilmu dan meningkatkan amal.
Selepas ini nenek, siapa lagi yang bakal mengejutkanku untuk qiam? Beberapa hari di kampung, membuat saya rasa saya sangat kehilangan. Pesan nenek, "dulu, sebelum Na hafizah Quran, qiam boleh la buat main=main,3,4 kali seminggu. Dah jadi hafizah ni kena ada beza dengan orang lain. kena qiam setiap hari."
Pesan nenek saya pegang. Beliau sentiasa menghidupkan malam. Itu paling saya kagum. Sungguh merindui saat itu.
Nenek, selepas ini siapa lagi yang sanggup mendengar bacaan Al Quran saya dan sanggup mengajarkan saya untuk membacanya dengan tajwid yang betul? Selama ini nenek sabar melayan karenah saya dalam menyebut makhraj huruf dengan tidak sempurna. nenek membuat saya prihain dan peka dengan kesempurnaan dalam membaca Al Quran. Saya bakal merindui orang yang sentiasa memperingatkan saya.
Nenek, selepas ini tak ada dah sapa nak buli saya membeli sayur dan ikan. Kalau tak, mana saya nak kenal semua jenis sayur dan ikan kat kedai. Sesekali pulang ke kampung, biasanya saya dimanjakan. Tidak disuruh itu dan ini. Tapi nenek tak segan menyuruh saya. Nenek menyuruh saya itu dan ini. Nenek kata nak melatih saya, nak harapkan ayah saya suruh saya buat kerja, sungguh lambat. Ayah dan ibu jarang benar menyuruh saya itu dan ini. Selalunya, saya yang kena menawarkan diri. Ayah ibu masih trauma mungkin dengan penyakit saya dankisah lalu yang menyeramkan. Tapi nenek banyak ajar saya menjadi anak yang baik. Anak yang solehah. Nenek… selepas ini kalau ibu ayah keluar bekerja, meninggalkan saya, siapa lagi yang nak temankan saya? Sungguh saya akan merasai kehilangan.
Nenek. Lepas ni sapa nak marah saya kalau saya asyik main computer sampai tengah malam? Sapa nak marah kalau saya bergurau dengan kakak berlebihan? Saya bnakal merinduimu nenek.
Palking saya terasa, nenek… lepas ni sapa nak urut kepala saya bila sakit kepala datang menggoda saya? Siapa yang sudi bacakan doa istimewa buat saya setiap kali saya mengaduh kesakitan? Nenek, saya terlalu banyak terhutang budi denganmu. Moga apa yang saya mampu buat, telah mampu membahagiakanmu. Kini, hanya doa dan pahala saya kirimkan buatmu nenek. Terima kasih mengajar saya untuk hidup di pondok. Tanpa nenek,mungkin saya tidak merasai kehidupan itu. Pengalaman buat saya. Tanpa nenek, tentu saya tiada sejarah yang boleh diukir di Pondok Lubuk Tapah. Kini, saya rasa takut untuk ke Pondok itu, saya risau saya tak tahan dengan segala kenangan bersama nenek di situ.
Terima kasih nenek atas segalanya. Saya akan terus mendoakan nenek. Nenek banyak menjadikan saya seperti saya yang hari ini. Saya bersyukur.
Nenek, harapan nenek untuk melihat saya bersuamikan suami yang soleh, moga dikabulkan tuhan. Harapan nenek untuk melihat kakak dan saya naik pelamin,mungkin tidak kesampaian. Tapi, nenek jagan risau, saya bakal hadiahkan menantu terbaek buat nenek, dengan izinNya. Tapi sebelum tu saya kena jadi yang terbaek dululah kan nenek? Senyumlah pada saya dan anggukkan kepalamu, moga saya tahu,kamu sedang gembira dengan apa yang saya lakukan. Nenek……
5 comments:
moga nenek bahagia di sana...
tahnks Na atas perkongsian..
tahniah juga buat Na sebab tabah melalui semuany dalam keadaan bu pun sakit-sakit. teruskan menjadi permata yang menggembirakan ibu ayah.
rindu sangat nak jumpa semua keluarga, tapi belum ada rezeki. harap2 nanti pulang ke sana, masih ada sesi kenangan yang boleh dipungut untuk bekalan perjalanan...
subhanallah...
terlalu rindu rasanya dengan apa yang ada disana..
Na bertuah dpat melalui semuanya..
selamat mencari yang terbaik Na..
selamat menggembirakan hati nenda..
selamat mendapat suami yang soleh..
selamat mendapat segala yg dihajati..
salam rindu dari bumi pohon tiin...
syukran atas doanya...
pulanglah, masih banyak kenangan disini..
rumah nenda satu pun belum diusik. masih kekal begitu. setiap pagi,menjenguk dulu ke biliknya. ya, tak dapat lari dari merinduinya memandangkan kami serumah. terlalu merinduinya.
semoga allah cucuri ruhnya disana. dan semoga kita yang masih di perjalanan yang entah bagaimana, berusaha untuk mendapat mati yang sempurna. nenek banyak pesan pada kita, moga kita amal apa yang kita dapat. nenek pasti gembirakan.
tape, orang sedang berjuang di tempat yang jauh, tentu nenek suka. menuntut di bumi anbiya' dah buat nenek gembira. teruskan perjuangan di sana. jangan cepat goyah iman dengan blog post yang nampak menarik. tapi entah bagaimana hakikat sebenar. hehe.
D, rasanya D yang kena cepat2 tamatkan zaman bujang. dengar cerita dah tak lama. la ba'sa, cakap awal2 tak cemburu ok! nak dapat yg baek kena sabar la sket kan D... doakan saya disini..
ikatan kekeluargaan takkan putus. takkan. takkan. insya allah.
al fatihah buat nenda. semoga kita menjadi cucu kebanggaannya. nenda dah bahagia bertemu enpat suaminya disana.
pandai adik buat cerita, macam orang lain yang kuat menangis, padahal sapa yang paling bengkak mata ye?
tepuk telinga tanya mata.
apapun, adik mmg kuat.
our multitasker.
beloved multitasker.
hari last kena tonsil. kasihan...
teruskan menjadi penceria suasana.
rindu adik.
saje je panggil orang adik..
yelah, multitasker yg selalu kena buli..
semoga allah merahmati kita semua.
memang rindu nak berkumpul lagi.
moga akan tiba masanya. +___+
salam wbt...
al-fatihah buat arwah nenek ukhti...
sgt menyentuh perasaan baca cerita ni...
krn ana pn prnah merasai kehilangan org trsayang...
Post a Comment