♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Saturday, December 25, 2010

Pemergianmu.

10 Muharram – Alhamdulillah. Jasadnya selamat dikebumikan. Nenda Hajjah Hasanah Hj Ismail.

14/12/2010 (Selasa)

Ibu menelefon. Khabar nenek tidak sedarkan diri ibu sampaikan. Jiwa mula tidak tenang. Tak mampu rasanya masih di UIA sedangkan ibu berperang dengan perasaan disana. Panggilan telefon dari abang memberi sedikit keyakinan. Terpaksa meninggalkan semua tanggungjawab di UIA dan melangkah kaki pulang secara emergency ke Kelantan. Dengan bantuan abang ipar, semuanya smooth. Hamdalah.

15/12/2010 (Rabu)

Selamat tiba di Pasir Mas jam 5 pagi. Ibu mengambil. Muka ibu pucat. Ah, ibu pun tidak sihat. Pada Allah tempat memohon segalanya. Berikan kebaekan semuanya buat kami sekeluarga Ya Rabbil Izzati.

"Nenek canne?"soalku.

"Mungkin menunggu hari Jumaat. Nenek dah tak sedar. Doctor angkat bendera putih. Doktor dah usaha." Ibu tahu, saya sensitive dengan bab doctor-doktor ni. Sensitive sungguh.

"Mungkin nenek tunggu 10 Muharram kot.." Kata saya. Perjalanan dari Bandar ke istana sunyi. Tiada kata, melainkan asma' Allah menjadi peneman bibir yang mulus.

Selepas subuh, bacaan Yasin disedeqahkan pada nenek. Kemudian, saya menuju ke hospital. Saya melarang ibu mengikut bersama. Saya mahu ibu berehat. Saya berkeras. Muka ibu pucat. Maka, ibu menyerahkan kunci kereta buat saya, mengalah. Saya bersama Munir menuju ke hospital.

Di hospital, abang dan kakak menunggu semalaman di sana. Abang Yu dan Kak Elly. Bagus sungguh cucu-cucu nenek. Saya masuk sekejap menjenguk nenek. Itu pun dihalau oleh doctor. Sebab waktu tu waktu doctor nak cek nenek di CCU. Tapi saya masuk jugak. Tak kira lah. Nak masuk punya susah, kena dapat kebenaran dulu. Kena tekan loceng dan segalanya. Tak boleh ramai-ramai. Dua orang je boleh masuk. Part ni PR dengan doctor kena la tinggi. Saya terror bab ni. Mengungtungkan. J

Menjenguk saja nenek, air mata mengalir laju. Di lehernya ada tiub. Di hidungnya ada tiub. Badannya penuh dengan tiub. Saya tak mampu bertahan. Nenek tidak bermaya. Langsung tidak. saya bisik pada nenek, "bangunlah sekejap, lihatlah Na. Na balik nak tengok nenek." Tapi nenek tetap diam. Tiada respon. Nenek.. Kakak dan Abang minta saya pulang terlebih dahulu. Bawa ibu ke hospital. Saya terpaksa. Memandu pulang selepas beberapa minit melawat nenek. Pulang ke rumah. Ibu berkeras tidak mahu ke klinik. Tak dapat di paksa. Patutlah anak dia pun liat nak pergi hospital. Saya tidak terlalu memaksa. Saya ke farmasi. Membeli ubat yang sesuai. (Ni dah layak jadi doctor ni, cari ubat sendiri). Saya beli susu segar dan air zam-zam. Ubat pil pun saya beli. Painkiller pun saya beli. Kasihan melihat ibu menahan sakit. Saya tidak membeli ubat sebarangan. Pendapat doctor saya aulakan. Saya menelefon mana-mana doctor untuk meminta pendapat. Diagnosis by phone, dunia dah maju. J

Petangnya, sekali lagi kami ke hospital. Semua adik beradik saya sudah berada di Kelantan. Sayang sungguh pada nenek. Abang dari Johor turut pulang. Meninggalkan semua kerja di sana. Kalau nenek tahu, tentu nenek gembira. Nenek suka anak cucunya berkumpul. Saya yakin, nenek bahagia. Mak Cik dan sepupu dari Johor dan Gombak juga pulang bersama. Pakcik dari Port Dickson pun pulang. Ramai. Penuh dengan kami di hospital. Saya tidak berpeluang melawat nenek. Tetamu yang datang berpusu-pusu. Ibu minta saya aulakan tetamu. Kami adik beradik berkumpul di balkoni wad. Berbincang ibu dan ini. 6 adik beradik lengkap, Cuma kakak di Indon yang tidak dapat pulang. Sedang exam dan ibu ayah tak benarkan pulang. Berbincang pelbagai perkara. Nenek sudah dalam vegetative state. Allahu yusahhil. Kami berpendapat, malam ini membuat solat hajat, doakan nenek pulang ke sana dengan mudah. Moga-moga pemergian nenek dalam rahmah. Setiap orang wajib solat hajat secara individu. Kami sepakat.

Ibu semakin pucat. Saya mula berang. Saya paksa ibu pulang. Adik beradik lain pun mula menggesa. Ibu jangan paksa diri. Ibu kena rehat. Sebagainya. semua kepenatan. Perjalanan pulang ke rumah mata semuanya membengkak. Saya kata, "Nenek sedih tengok kita macam ni.." tapi makin laju pulak air mata semua orang mengalir. Sayang sungguh pada nenek. Mana tidaknya, dah bertahun-tahun nenek di rumah kami. Kami adik beradik memang sungguh rapat dengan beliau. Kami adik beradik semuanya ade pengalaman di 'paksa' menadah kitab dengan beliau. Kami adik beradik yang selalu di' buli' menghantar nenek ke rumah tuan gurunya dan ke pondok Lubuk Tapah. Kami yang meraikannya setiap kali malam Jumaat beliau meminta kami mengalunkan bacaan Yasin. Dengan bulatan di tengah ruang tamu, air satu jag besar di tengah-tengah, kami mengalunkan Yasin, tartil. Menjadi agenda keluarga apabila pulang ke kampung. Selepas itu, menggunakan satu gelas, kami minum air Yasin. Mohon dicerahkan hati, dikuatkan iman, dikekalkan dalam keadaan taqwa. Dan segala hajat di hati mohon ditunaikan. Nenek… Beliau mendidik kami dengan sabar. Walau kami liat, tapi nenek tidak jemu mengajak. Dan mengajak. Sekarang, nenek kaku di pembaringan. Semuanya buntu.

Saya cadangkan dua tin sardine di beli. Erk,perut dah lapar. Tapi takut nak bagitau lapar. Kasihan pulak. Semua orang sedih, kita pulak lapar. Cadangan diterima sebulat suara. Rupanya semua lapar. J baik sungguh! Pulang ke rumah, ayah memasak sardine. Sedap, walau hanya sardine. Kakak menggoreng telur. Itu lauk malam ini. Cukup buat mengalas perut. Selepas makan, semua di ruang tamu. Mendengar cerita sebelum nenek koma. Pelbagai cerita diungkit. Kisah nenek itu dan ini. Air mata semua orang menjadi murah. Terkenang pada nenek. Rumah nenek diintai. Rumahnya bersambung dengan rumah kami. Teringat nenek itu dan ini. Subhanallah. Perit sungguh rasa hati. Akhirnya semua tertidur dalam keletihan sementara yang lelaki masih enak melayan bola. Haih, tak boleh dipisahkan mereka dengan bola. Sabar sajelah cik Husna.

16/12/2010 (Khamis bersamaan 10 Muharram)

Pagi sebelum Subuh saya muntah-muntah. Adik beradik yang lain mula risau. Disuruh saya berehat. Pantang sungguh dalam keadaan macam ni saya mahu berehat. Muntah-muntah boleh tahan hebatnya. Tidak mampu dipastikan kenapa. Rasanya tak makan,gastric.

Lepas subuh, ibu mendapat panggilan telefon dari Ayah Chik yang sedang menunggu nenek di hospital. Kata Ayah Chik, doctor kata, 'no more I can do. Baca Yasin sajalah.' Ibu memaklumkan kepada kami. Lantas, saya dan abang-abang menuju ke hospital. Ibu disuruh berehat di rumah. Sementara kakak meng'counter' sebarang urusan di rumah. Maka, semua bersetuju. Saya ke hospital dengan abang Yu dan Abang Qi. Abang Taufiq ke hospital dari Pengkalan Chepa. Semuanya mengambil cuti kecemasan. Dalam perjalanan, kami diam membisu. Tidak ada gurau senda seperti biasa. Abang tidak mengusik seperti sebelumnya. Semuanya diam dan membasahi bibir dengan alunan-alunan yang dihafal. Apa saja, dikeluarkan semuanya. Setibanya di hospital, doctor diam melihat kami ramai-ramai masuk bilik CCU. Oh, Doktor, please don't say something. Dalam keadaan macam ni muka semua orang dah macam zombie. Doctor pun dah takut nak tegur. Biar je tengok kami ramai-ramai masuk. Mak cik dan pakcik dah ada dalam bilik nenek. Saya dan abang menapak masuk. Abang Fiq menunggu di dalam. Melihat Abang Fiq menangis, saya dan Abang Qi tak dapat menahan air mata. Kami turut menangis. Mesin bantuan disebelah nenek saya kaji. Allah. Semakin teruk dan parah. Nasib baik saya pernah belajar membaca mesin dengan doctor dulu-dulu. Terror la jugak nak baca. Kebetulan, saya satu-satunya cucu yang mengambil jurusan sains kesihatan. Maka, saya menjadi tempat rujukan. Boleh buat fatwa pulak! Memandangkan abang-abang semuanya engineer, maka, saya bebas mengeluarkan apa yang saya tahu. Sepupu pula kebanyakannya mengambil jurusan dalam bidang agama. Kalau kakak saya ada, saya mungkin tenggelam. J

Sejak 8 pagi saya menunggu di situ bersama sepupu, mak cik pakcik dan abang-abang. Bacaan Yasin diulang berkali-kali. Kami juga bergilir-gilir membisikkan kalimah Tauhid di telinga nenek. Kalimah tauhid diulang. Surah Al-Ikhlas juga diulang. La Ilaaha Illa Allah. Setiap kali kalimah tauhid dibisikkan, degupan nenek mula tidak serata. Abang Taufiq tak lepaskan tangan nenek yang kesejukan. Sedih sungguh melihat abang-abang dengan air matanya. Saya juga tidak terkecuali. Seorang demi seorang mengucup dahi nenek. Saya mula tidak kuat. Saya keluar. Kebetulan, pada 10 Muharram saya berpuasa. Mereka semua pergi bersarapan. Tinggal saya sendiri di balkoni wad tersebut sambil membelek-belek akhbar. 9.30 pagi, abang menelefon, minta saya menjenguk nenek. Saya katakan, pak cik sudah ada di dalam. Saya tidak patuh pada arahan abang, kepala saya pening-pening. saya abaikan arahan abang. 9.40;saya melangkah ke wad nenek. Yes, dapat melepaskan diri melalui pintunya. Kalau tak,memang susah nak masuk.

Kebetulan, sewaktu saya masuk, saya dengar mesin bantuan pernafasan nenek mengeluarkan bunyi yang pelik. Saya panic. Ayah Cik minta saya memanggilkan abang-abang diluar.

Saya berlari keluar. Rasional hilang. Tiada lagi rasional. Saya berlari sehingga saya terlupa, pintu itu belum tentu boleh dibuka selepas ini. Saya keluar,memanggil abang-abang dan sepupu. Mereka berlari ke arah bilik nenek. Muka mereka mempamerkan pelbagai reaksi. Saya tidak memberi apa-apa jawapan. Kami menuju ke pintu. Dan memang, pintu itu tidak dibuka. Kami menekan loceng pintu. Tidak dibuka. Lama kami disitu. Pelbagai cara kami buat. Ya, pintu tidak dibuka. Saya tahu, abang menyalahkan saya kerana tidak menunggu di dalam sambil menelefon mereka supaya masuk. Tapi abang tidak menyuarakannya. Lama kami menunggu. Akhirnya pintu dibuka. Apabila kami masuk, saya Nampak Ayah Long berjalan menuju ke pintu. Muka ayah Long tak dapat dibaca. Saya menaikkan kening, reaksi bertanya keadaan nenek. Ayah Long hanya memberi isyarat tangan. Nenek tiada lagi. no more beat. Ayah Long menangis dan keluar dari Wad tersebut.

Kami adik beradik berlari ke bilik nenek. Seolah tidak percaya. Dari pukul 8 pagi kami menunggu. Hanya keluar sebentar pada pukul 9.15pagi untuk makan. Bila datang, nenek sudah tiada. Sebak sungguh. Pada mulanya saya bertenang. Saya menyuruh semua bertenang. Tapi tidak selepas beberapa minit kemudian. Air mata saya menderu laju akhirnya. Abang-abang juga demikian. Mak CIk dan Pak cik juga sama. Saya memberitahu ibu di rumah. Ibu tenang menerima berita pemergian nenek. Kata ibu, 'betul kata kakna, 10 Muharram yang ditunggu nenek. Hari kemuliaan. Hari kebesaran.' Kata-kata ibu memaksa saya menangis semakin laju. Saya pergi pada abang, saya pegnag erat tangannya. Meminta sedikit kekuatan. Kami mengucup dahi nenek bergilir-gilir. Seperti drama, mesin bantuan itu hanya menunjukkan garisan datar. Tiada lagi peak yang muncul.

Saya dan abang berurusan dengan doctor kemudian di ambil alih oleh Ayah Cik. Memandang jasad nenek kaku.

Nenek, akhirnya kau pergi tanpa sempat melihat aku. Nenek, akhirnya kau pergi tanpa sempat meninggalkan pesanan terakhir buatku. Aku tidak sempat meminta doa yang terakhir darimu. Namun, pesanmu beribu-ribu sewaktu hidupmu buatku takkan ku lupa,bakalku kenang selalu. Satu perkara yang saya selalu ingat, setiap kali saya pulang bercuti, dan bakal bertolak semula ke UIA, saya melawat nenek di biliknya. Saya kata pada nenek, saya nak pergi UIA, nenek jaga diri, makan ubat, pantang makan dan jangan lupa baca Riyadhussolihin 4 jilid yang saya hadiahkan. Nenek senyum dan beliau bakal berkata,

"Mak ni tatau laa sempat ke tak nak jumpa Na lagi lepas ni. Mak dah nak mati dah. Tak sempat tengok Na kawen."

Dan saya dengan selambanya berkata walau dalam hati rasa perit,

"Takpe, bulan depan Na balik lagi. Lagipun mak kena tengok Na kawen. Mak kena tengok suami Na dulu. Bakal suami kakak Mak dah kenal. Tak aci kalau Mak tak kenal suami Na."

"Mak rasa dah tak sempat.. Kalau tak sempat, Mak tunggu Na kat syurga. Kita jumpa di syurga nanti. Na kena datang syurga, jumpa Mak, dengan suami nanti.."

Uwaaaaaaaaaa… waktu pesanan nenek yang itu, saya menangis laju. Kemudian saya berlalu ke ruang tamu. Tidak sanggup. Nenek keluar menghantar saya ke UIA. Nenek menunggu di balkoni rumah saya. Nenek mengirimkan saya sedikit duet. Saya kata tak perlu, nenek kata, ini je yang nenek mampu bagi. Saya ambil. Nenek pesan jaga diri. Saya kata jangan risau. Bulan depan saya balik lagi. saya kata pada nenek, doakan saya, saya bakal exam mid sem. Nenek angguk. Saya salam nenek. Nenek cium saya. Ya, kami rapat. Memang rapat. Saya terus masuk ke kereta. Tingkap kereta saya buka. Saya lambai nenek. Nenek lambai sampai kereta tak kelihatan. Saya Nampak nenek tunggu di balkoni sampai saya di jalan raya. Nenek.. Nenek.. Rupanya itu kali terakhir nenek melambai saya pergi. Dengan pesanan nenek yang memang banyak sebelum ini, saya sangat sayang pada nenek. Teramat sayang. Subhanallah.

Saya pulang selepas 3 minggu di UIA kerana pemergian nenek.


Dan cerita pengebumian nenek bakal bersambung.


Dedikasi buat kakak di perantauan dan sepupu-sepupu yang berkenaan. Moga kalian yang tidak berada di sini, mampu merasai apa yang telah kami rasai di sini.

Alfatihah buat nenda kita. Moga dipelihara Allah. J


:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

6 comments:

Anonymous said...

takziah ya ukhti.

husnataqwa said...

syukran ya anonymousi. :)

detective said...

D sedih sangat baca post ni. D tak dapat bersama korang. sambung yerk citenya. D tunggu. anyway, selamat bercuti una. +___+

husnataqwa said...

erk, tanak la panggil nama tuh lagi.
insya allah. nak sambung kena tunggu tade orang. tak larat nk nangis bila tulis kisah ni. tadi sampai kat umah pun, terus p jenguk bilik nenek. allah.. teringat sangat kat dia.. tade sape dah nak suro kita ttengok rancangan tanyalah ustaz kat tv. kalau tak pagi2 dia mesti tak bagi kita tido pas subuh.. haih.. rindu sungguh. tadi dengan ibu nangis2. nenek...nenek.. D balek nanti kita p kubur nenek ye. petang ni pun nak p jugak insya allah.. D, kita golongan yg nenek tak sempat tengok bakal suami kita. kan.. hem...

detective said...

subhanallah.. D paling lama tak jumpa nenek. masya allah... D rindu kat nenek. D pun nangis una. D tengok kitab sifat 20 yg dia bagi kat kita tu.. D teringat sangat kat dia. takpelah, na mesti lagi rindu kat dia. na lagi rapat dengan dia. dok serumah dgn dia. dia pun syg na. dia bagi na hadiah kan? rantai tangan emas lagi kan? hem... betuah sangat tu...
anyway, D paling rugi. takpe, nenek yakin bakal suami na mesti soleh. nenek dah tenang dah tu dengan na.. sambung la cite pengebumiannya. D nk baca sangat. pengubat rindu.

husnataqwa said...

Ameen.. harap2ny macam tu laa D..

ooh, rantai tangan ni dia bagi dah lama. waktu nenek pernah saket dulu. bukan la emas penuh. kristal tapi diikat dgn emas je.. huhu

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.