♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Thursday, December 09, 2010

Seindah nukilan 2

Kalau kebaekan itu ada pada keadaan seperti hari ini,

Maka aku relakan hari ini berterusan.

Kerana untukmu teman,

Aku hanya inginkan kebaekan.

Moga Tuhan memberi keampunan dan kasih sayang berpanjangan.


Kalau cinta itu membinasakan,

Akan aku kuburkan walau indah di pandangan,

Tapi andai ia memusnahkan,

Cinta itu tiada nilai ketuhanan,

Buat apa ia disimpan jika ia merosakkan?

Maka jangan marah andai aku mendiamkan cinta.

Kerana untukmu aku hanya inginkan kebahagiaan.

Bukan saja di dunia, malah di negeri yang berkekalan.


Selamat berjalan teman,

Di bumi yang penuh dengan rintangan,

Moga senyum manis di wajahmu berkekalan.

Dan aku sendiri pasti cekal melihat senyuman,

Mari bersaing merebut tempat disisi Tuhan.

Kalau aku menang, aku mahu bawamu bersama.

Kalau kau menang, kita melangkah kesana bersama.


Teman, percayalah ungkapan teman itu sungguh cantik dan penuh keindahan,

Mari bersama bajai taman persahabatan,

Moga berkekalan berpanjangan.

Kerana mengenalimu satu anugerah dalam kehidupan,

Nasihatilah aku jika aku keterlaluan.

Moga kita bersabahat hingga ke syurga idaman.

Buatmu aku titip sekalung penghargaan,

Kerana telah menjadi hamba Tuhan yang beriman.

Teruskan usaha pertingkat iman dan ketaqwaan.

Jangan risau, aku belakangmu.

Seperti mana aku tidak mahu ditinggalkan,

Seperti itulah aku tidak akan meninggalkan.


Mari berganding tangan ke syurga idaman.

Disitu istirehat yang kekal.

Mari, saya temankan.

J


:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

2 comments:

Anonymous said...

mendalam maksudnya..
berkait dengan seindah nukilan yang pertama ke?
indah memang indah..
mendalam ertinya, bertuah buat yang didedikasikan buatnya.

-mkaa

nurulhusna said...

+_____________+

dedikasi buat sang teman.

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.