♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Wednesday, December 08, 2010

‘Akad’ yang tidak menghalalkan. (Part 2)


Ada pulak yang bertanya di email,

"adakah bermaksud langsung tak boleh contact?"

Persoalan di sini, untuk apa kita contact si dia? Cuba bagi alasan. Satu alasan kukuh, saya tidak minta dua.

Nak tahu keadaannya? Untuk apa? Untuk lebih senang nak terbayang-bayangkan dia? Atau apa?

Katakan apa saja alasan, tiada alasan yang boleh menghalalkan. Melainkan?

Melainkan anda berurusan atas dasar kerja. COntoh?

Katakanlah, si dia merupakan ketua anda, manakala anda pula anak buahnya. Apabila ada sesuatu kerja, atas urusan yang perlu di'contact',

Maka, silalah lakukan demikian dengan bijaksana. Anda setuju dengan saya? Atau anda kata macamana?

Bukan saya men'syadid'kan semuanya. Kalau urusan kerja, silalah. Tapi kalau diberi kelonggaran begini, ada pula jenis yang suka mencari-cari kerja.

Takde kerja tapi saja cari alasan untuk contact. Pun ada. Tapi takpe, masing-masing tahu niat masing-masing. Betul kan?

Suka saya katakan di sini, apalah nilainya cinta kalau ia disertakan dengan nafsu dan noda?

Oh! Ada yang mungkin melenting. Nafsu itu kedengaran kasar di telinga. Kan? Tapi nafsulah yang menjadi penggodanya.

Dari ber'sms', mungkin lepas ni menjadi YM. Dari YM mungkin membawa kepada calling-calling. Dari calling-calling, boleh bawa pada giving-giving. Dari giving-giving, boleh bawa kepada dating-dating. Lepas tu apa pulak? Tade sapa yang tahu. Jangan katakan, "aku budak agama, aku tidak ada nafsu untuk itu semua." Siapa tahu?

"Budak agama" lah sepatutnya yang lebih menjaga, sebab syaitan yang menggoda lebih tinggi pangkatnya. Biasa dengarkan perumpamaan ini?

Saya tidak syadid. saya sendiri entah bagaimana di kemudian hari. Saya Cuma memohon, dikekalkan dengan prinsip sebegini. (Ameen.)

Bila saya menulis begini, ramai yang memandang saya pelik. Katanya saya syadid dan menakutkan. Tidaklah begitu. Saya Cuma menyuarakan pendapat.

Terpulang kalian menilainya.

Berikan saya alasan kenapa kita mesti berterusan sms si dia, call si dia ? satu alasan yang iman anda tidak menolaknya. Berikan. Saya juga ingin mengetahuinya.

Kan lagi bagus kalau duet yang dihabiskan untuk SMS, call, giving something to 'si dia' tu kita simpan. Menabunglah untuk masa depan. Simpan duet untuk bertunang. Sekarang ni saya berhasrat menyimpan wang untuk majlis pertunangan. (tidak bermaksud dah ada bakal tunang!) ini masa depan,saya Cuma merancang. Saya lihat kakak saya bertunang. Tak ada RM1000, tak lepas bertunang. Bukan nak melebihkan adat, tapi nak meraikan adat. Yelah, takkan nak tunang dalam telefon. Saya ada keluarga, si dia pun ada keluarga. Raikanlah keluarga dan orang sekeliling. Raikan adat, bak kata Ustaz Muhadir. Takkira lah kita ni perempuan pun. Jadi perempuan, jangan impikan semuanya ditanggung jejaka idaman. Kita kawen dengan si dia bukan untuk jadi beban. Tapi untuk meringankan beban, untuk melengkapkan kehidupan. Kalau nak semua benda si dia tanggung, hisab kembali diri, kita ni nak jadi beban atau nak menggembirakan dengan iman? Raikanlah adat. Tak salah. Tapi dengan syarat tidak berlebihanlah. RM1000 untuk meraikan tetamu yang datang dan sedikit hantaran. Takkan nak pakai duet mak ayah? Sejak kecik sampai tua mak ayah bela, nak kawen pun suruh mak ayah tanggung? Walaupun mak ayah mungkin mampu, tapi kita kena ada prinsip sendiri. Betol? Simpanlah duet. Untuk masa depan. Kalau nak bertunang nanti pun sonang. Biar berala-kadar, tapi meraikan adat. Kalau tetamu tu dari jauh, kenalah diraikan. Perlulah dimuliakan. Takkan nak jamu air teh dengan roti kering? Paling kurang nasik beriani. Tu tak pakai duet?

Jadi, daripada berhabis duet untuk sesuatu yang tidak pasti, lebih baek menyimpan untuk masa depan. Menyimpanlah. Ada manfaatnya.

Lepas ni kalau nak bertunang, mak ayah Tanya, 'ada duet tak?' Tak de lah segan nak jawab. Tak ada lah mak ayah malu nak bagi bertunang.

Kawan-kawan, hidup di jalanan dunia ini masih panjang dan tak tahu apa yang bakal berlaku di depan. Jangan kerana cinta, semuanya terkorban. Jangan kerana sayang, maruah diri melayang.

Kita, wanita, ada harganya. Ada maruahnya. Jagalah apa yang perlu dijaga. J

Kalau ada soalan, post ini tentu ada 'PART 3' pulak. Jangan bosan ye wahai pembaca. J


:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

6 comments:

sarah said...

nak PART 3 pulak!
tak sabar menanti ni. :)

Anonymous said...

sokong sarah.


mantaplah kak husna. bertuah sapa dapat.

cepat-cepat ada siri tiga.

nurulhusna said...

wah korang ni. +__+

tunggu idea datang lah kalau nk buat siri tiga. +___+

korang jadiklah penyumbang idea.

sarah said...

hehe. sarah tak pandai kak. sarah tak hebat macam akak. sarah biasa-biasa je.

"kita jangan jadi beban buat si jejaka idaman. kita jadi peringan beban dan pelengkap kehidupan."
like soooo much this statement.

Anonymous said...

ce jawab sungguh2, dah ada ke belum?

nurulhusna said...

amboiii sarah.. puji lebih2 pulak.. usrah jangan lupe datang ye. nt dalam usrah akak cite panjaaaang lagi. lagi best dapat dengar real, live lagi. susah tu nk dapat. haa, sape suro ponteng usrah?

anonymous - ade ke tak mende nih? sugguhku tak mengerti. +___+

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.