♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Tuesday, December 14, 2010

Subhanallah – Lihatlah penguin itu!

Penguin hidup di bahagian kutub planet kita. Keadaan unik kawan

kutub ini ialah ia amat sejuk dan sentiasa ditutupi dengan salji dan

ais. Cuacanya terlalu sejuk hingga membentuk glasier di bawah laut.

Sekarang, fikirkan kesejukan yang orang-orang alami ketika

bermain bola salji di musim sejuk.

Mereka merasa sejuk walaupun mereka memakai baju bulu, kot,

topi, sepasang kasut dan skaf. Ketika mereka bermain bola salji,

suhunya hanya sekitar 10 darjah selsius bawah paras beku. Penguin

pula hidup di tempat yang suhunya rendah sehingga 400 C bawah

paras beku.

Tambahan pula, penguin tidak mempunyai kot, baju bulu

atau sarung tangan, dan mereka tinggal di tempat yang

jauh lebih sejuk daripada tempat kita. Mereka berjalan

di atas ais tanpa kasut dan mereka tidak pula jatuh

sakit.

Mereka tidak mempunyai rumah. Mereka tidur di atas

ais. Jika kamu berbaring di atas ais selama beberapa minit, kamu

pasti akan jatuh sakit. Tetapi, tiada apa-apa yang berlaku kepada

penguin, mengapa?

Kerana Allah telah menjadikan mereka

sedemikian rupa sehingga membolehkan

mereka hidup di sebuah persekitaran yang

sejuk. Badan penguin dan sifat-sifatnya amat

berbeza daripda tubuh kita. Kerana itu, ia

dapat hidup di dalam cuaca paling sejuk tanpa sebarang kesukaran.

Allah telah membaluti tubuh penguin dengan sekeping lapisan lemak

yang tebal, supaya ia tidak merasa sejuk. Lapisan lemak ini

melindunginya daripada merasa sejuk, dan bertindak sebagai kulit.

Sedangkan, lapisan lemak di sekeliling tubuh kita amat nipis dan

kerana itulah kita mudah merasa sejuk. Sebab itu juga kita perlu

memakai pakaian tebal ketika cuaca sejuk.

Penguin mempamerkan

kesetiaan yang hebat kepada

telur dan anak-anaknya.

Penguin mengeram telurnya

ketika cuaca sangat sejuk.

Tidak seperti makhluk lain,

bukan penguin betina yang

mengeramkannya tetapi si

jantan. Penguin betina hanya bertelur sebiji dan kemudian

meninggalkannya kepada penguin jantan. Ia berjalan jauh untuk

mendapatkan makanan kepada suami dan anaknya. Kerana mereka

dikelilingi ais dan salji, ia perlu berjalan jauh untuk mendapatkan

makanan.

Penguin jantan mengeram telurnya selama empat bulan penuh. Ia

membawa telur ini di antara kedua kakinya dan sepanjang empat

bulan ini, ia sekali pun tidak pernah meninggalkan telur ini. Jika ia

melakukannya, telur tersebut akan membeku

dan mati di dalam beberapa minit sahaja.

Penguin jantan ini begitu sabar,

sehinggakan sepanjang empat bulan ini ia

bergerak dengan telur berada di antara kedua

kakinya. Kerana itulah ia tidak dapat berburu

dan dan sentiasa lapar. Cuaca sangat sejuk.

Jika cuaca menjadi terlalu sejuk, penguinpenguin

jantan akan berkumpul bersama walaupun mereka mambawa

telur di kaki mereka.

Mereka menghampiri satu sama lain, membentuk bulatan, dan

dengan cara ini, dapat memanaskan diri mereka. Mereka bertukar

kedudukan supaya penguin yang berada di luar bulatan akan merasa

panas juga. Apabila telur tersebut amper menetas, ibu penguin

pulang daripada berburu. Ia memberi makan kepada anak kecilnya

dengan makanan yang disimpan di dalam temboloknya.

Untuk mencegah bayi tersebut daripada kesejukan, ibu bapanya

membawanya di antara kaki mereka dan memanaskan badannya

dengan tubuh mereka.

Seperti yang kamu lihat, Allah telah mengurniakan makhluk hebat

ini beberapa sifat yang mengkagumkan. Allah menjadikan penguin

badan yang dapat melindungi dirinya daripada kesejukan, dan

menjadikannya begitu taat setia. Kerana mereka amat dedikasi,

mereka memelihara anak-anak mereka. Sifat-sifat ini telah

diberikan kepada penguin berjuta-juta tahun dahulu. Penguin yang

hidup dahulu dan kini tidak berubah walaupun sedikit dari segi

kesetiaannya.


 

p/s: sambil meneliti fail-fail aktiviti yang menarik untuk dipilih, rasa tertarik pula untuk dipostkan di sini. Menarik cerita penguin ni. Hebat sungguh percaturan Allah. Jom kita maen catur jgk lah! Fening juga mencari modul yang terbaek. Yang mampu memberi kesan. Dan yang tidak membosankan. Moga Allah memberi petunjuk serta pencerahan. Ameen. J


:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

No comments:

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.