♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Friday, January 28, 2011

Adab : Pergaulan, Persaudaraan, Persahabatan.


Adab Pergaulan, Persaudaraan Dan Persahabatan

 

 

Keutamaan pergaulan dan persaudaraan

 

    Ketahuilah, bahwasanya pergaulan baik itu adalah buah daripada kemurniaan budi pekerti, manakala perpecahan pula merupakan buah daripada kejelekan budi pekerti. Maka kebaikan dan kemurniaan budi pekerti itu menelurkan sikap saling cinta mencintai, bersatu-padu antara satu sama dengan yang lain dan berhaluan satu, manakala kejelekan budi pekerti membuahkan sikap saling benci-membenci, dengki antara satu dengan yang lain dan bermusuh-musuhan.

    Mengenai kebaikan budi pekerti ini, sudah tidak sepi lagi keutamaannya dalam agama sebab dengan sifat inilah Allah s.w.t. telah memuji NabiNya alaihis-salam dalam firmanNya.

 

    "Dan sesungguhnya engkau memiliki budi perkerti yang luhur."(al-Qalam: 4)

 

    Rasulullah s.a.w telah bersabda:

 

    "Kebanyakan sebab yang memasukkan manusia ke dalam syurga ialah

taqwa kepada Allah dan kebaikan budi pekerti."

 

    Sabdanya lagi:

 

    "Aku telah diutus untuk menyempurnakan kebaikan-kebaikan budi pekerti."

 

    Dengan itu sudah jelaslah, bahwa buahnya budi pekerti yang baik menimbulkan rasa perpaduan dan menghalang rasa kesepian jiwa. Dalam hal ini terdapat banyak huraian yang menyimpulkan berbagai-bagai kepujian terhadap sikap perpaduan itu, terutama sekali bila yang menyebabkan ikatan itu, ialah taqwa atau agama ataupun cinta kepada Allah. Kepujian-kepujian itu ada yang terdiri dari ayat-ayat al-Quran, Hadis-hadis Rasulullah s.a.w., atau atsar para sahabat dan tabi'in, semuanya cukup dan lengkap.

   

Allah s.w.t. telah berfirman untuk memperlihatkan kebesaran kurniaNya ke atas kaum Mu'minin, katanya:

 

    "Maka kamu sekalian, dengan sebab kurniaNya itu menjadi saudara."   


(ali-Imran: 103)


 

    Maksud dari ayat tersebut ialah kurnia perpaduan antara satu dengan yang lain.

 

    Allah s.w.t. mencela perpecahan dan menegah dengan keras sikap itu dalam firmanNya:

 

    "Berpegang teguhlah dengan tali Allah bersama-sama, dan janganlah

berpecah-belah"    (ali-Imran: 102)

 

    Rasulullah s.a.w. pula telah bersabda:



    "Sesungguhnya orang yang paling hampir kedudukannya kepadaKu, ialah orang

yang paling terbaik budi pekertinya. Mereka yang bersikap merendah diri

senang bermesra dan dimesrai."                   

     

   





Sabdanya lagi:

 

    "Seorang Mu'min ialah orang yang senang bermesra dan dimesrai dan tiada gunanya pada orang yang tidak tahu bemersra dan tidak suka dimesrai.

 

    Sabdanya lagi:

 

 

    "Sesiapa yang dikehendaki oleh Allah kebaikan baginya, dikurniakannya seorang teman yang saleh. Apabila terlupa diingatkan dan apabila teringat ditolong oleh teman itu."

 

    Lagi sabdanya:

 

    "Tiadalah dua orang yang saling cinta-mencintai kerana Allah itu, melainkan yang lebih dicintai oleh Allah itu, ialah orang yang lebih banyak cintanya kepada rakannya."

 

    Sabdanya lagi:

 

    "Sesungguhnya Allah s.w.t. telah berkata: Sudah pastilah kecintaanKu itu terhadap orang-orang yang ziarah-menziarahi keranaKu: Sudah pastilah kecintaanKu itu terhadap orang-orang yang cinta-mencintai keranaKu. Sudah pastilah kecintaanKu itu terhadap orang-orang yang bersusah payah keranaKu. Dan sudah pastilah kecintaanKu itu terhadap orang-orang yang tolong-menolong keranaKu."

 

    Lagi sabdanya:

 

    "Sesungguhnya orang yang amat dicintai oleh Allah, ialah orang yang senang bermesra-mesra dan senang dimesrai. Dan sesungguhnya orang yang amat dibenci oleh Allah, ialah orang yang suka menaburkan kata-kata nista dan suka memecah-belahkan antara sesama saudara."

 

    Dari atsar pula, apa yang diriwayatkan dari al-Fudhail rahimahullah Ta'ala, katanya: Ah! Engkau ingin menetap dalam Syurga Firdhaus, serta harap bertetangga dengan Allah di dalam rumahNya (Syurga) bersama-sama para Nabi dan Siddiqin, Syuhada dan Salihin! Amalan apakah yang telah anda kerjakan? Syahwat manakah yang telah anda tinggalkan? Kemarahan yang mana satukah telah anda manahan diri? Keluarga yang mana satu telah anda perhubungkan? Kikhilafan saudaramu, sudahkah anda maafkan? Orang dekat yang mana telah anda jauhkan kerana mencari keredhaan Allah? Dan dengan orang jauh yang mana telah anda dekatkan kerana mencari keredhaan Allah!

    Dia berkata lagi: Seseorang yang mengamat-amati wajah saudaranya kerana cinta dan rahmat adalah melakukan suatu ibadat.

 


:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

No comments:

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.