♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Sunday, January 23, 2011

‘Akad’ yang tidak menghalalkan (Part 6)


"Awak bukan saya tidak berusaha untuk meninggalkan segala maksiat ini. Saya berusaha."

Soal kembali, bagaimana awak berusaha?

Kalau inginkan kejayaan yang cemerlang di dalam pelajaran,

Anda sanggup tidak tidur malam, sanggup tidak makan. Sanggup korbankan banyak benda. Mahupun duit dan tenaga.

Tapi dalam berusaha untuk meninggalkan maksiat, anda tidak sanggup untuk bekorban.

Setuju dengan saya?

Kisah benar seorang sahabat yang suka menonton movie Korea.

Sehingga sanggup menontoh hingga larut malam. Dan tergila-gila untuk mendapatkan semua jenis cerita.

Saya menasihatinya. Dan dia kata dia berusaha untuk berubah.

Masalahnya, dia masih mengumpul movie-movie yang menarik untuk ditonton.

Dia masih menyimpan gambar-gambar Korea dalam laptopnya.

Bagi saya, itu bukan satu usaha untuk berhenti dari menonotn movie.

Mulut kata nak usaha, tapi hati tidak.

Kalau benar nak usaha. Ok.

Mula-mula buang semua cerita korea dalam laptop anda.

Menjauhi orang-orang yang 'gila' dengan Korean.

Berhenti mencari movie untuk dijadikan simpanan.

Ok. Anda ada nafsu. Saya juga. Mereka juga.

Tapi kalau anda masih menghampiri movie korea, memang nafsu anda tidak dapat ditahan.

Maka, sila jauhi. Itu benar2 usaha untuk berhenti.


Aplikasi pada yang couple pulak. J

Anda kata anda berusaha untuk berhenti couple.

Fine.

Tapi apakah usaha yang anda lakukan?

Usahakah jika anda masih bercalling, texting and sharing everyhthing dengan 'kekasih gelap' anda?

Apakah usaha yang anda lakukan untuk menjauhi perkara-perkara seperti ini?

Antara yang saya pernah dapat dari Ustaz saya,

Pertama sekali buang semua mesej dari 'kekasih gelap' anda.

Kurangkan berhubung dengannya. Melainkan hal yang PENTING saja.

Hentikan perbualana telefon yang sia-sia dan tiada point.

Elakkan mengingatinya. Berhenti dari 'bermimpi' tentangnya.

Lagi satu, sibukkan diri dengan kerja-kerja lain.


Hah itu baru usaha.

Kalo anda kata anda usaha, tapi tak henti-henti calling,texting, YMing, itu bukan namanya usaha.

Itu adalah bisikan syaitan supaya anda rasa anda tidak berdosa melakukannya.


Pesanan ini untuk diri sendiri terutamanya. J

Buleh nak bercinta, tapi sila ikut cara yang Islam dah tetapkannya.

Takperlu buat fatwa sendiri dan sebagainya.

Berhenti menghalalkan sesuatu yang kita suka.

Dan berusaha dengan sebenar-benar usaha untuk meninggalkannya.

Ok?

Set.


Lagi satu.

Tak perlu susah-susah,

Kalau dah suka sama suka. Family redha. Kawen sajalah kalau tak mahu usaha. Habis cerita. Tapi ingat,kawen bukan sehari dua. Tapi sampai bila-bila. Dan kawen tak semudah yang disangka-sangka. Kawen bukan saja soal cinta.

(kata kawan saya)


See you guys. J


:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

6 comments:

Anonymous said...

saya cukup gembira bila kak husna sudah menyiapkan eap nya dan sungguh energetik mengupdate blog dan status fb nya! teruja dengan hikmah kata2nya. :))
sayang akak. Much2...

Syitah said...

ok set!!
:DD

husnataqwa said...

set!!

Anonymous said...

nk jadi kekasih cerah awak,boleh?

husnataqwa said...

hah,jawab syitah.
ade orang tanya tu..

Anonymous said...

saya tanya cik puan husna. =)

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.