♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Friday, January 07, 2011

Bertuahnya dirindui~


Bertuahnya rasa andai diri kita dirindui.

Orang yang mabuk bercinta, perkataan 'sayang' dan 'rindu' memang ubat buat hati.

Tapi berhati-hati, ubat buat hati yang mengundang murka Tuhan pun tiada gunanya.

Orang yang mabuk bercinta, sehari tak jumpa tak rindu-rindu.

Bertuah orang yang dirindui.

Tapi lagi bertuah andai setiap kerinduan itu mendapat pahala dan rahmat dari Ilahi.


Bertuah sungguh rasa hati.

Panggilan dari kakanda di siang hari.

"Aik.. Bakpo tepon maghrib-maghrib ni??"

"Tah.. Tibo-tibo rasa teringat jah. Buat lawok sket dik. Rindu lah.."

Mendengarnya saja mengundang bahagia.


Panggilan dari ibunda selepas Maghrib.

"Lama tak kecek, beraso teringat pulak ko kakna."

Bahagia. Menyemi rasa dijiwa.

Semakin semangat untuk berjuang dan berjuang.


Itulah kekuatan kasih sayang. Yang penting kasih sayang yang halal.

Kalau yang tak halal tu.. hem.. bahagia mungkin. Tapi pahala entah terbang kemana.

Jangan! Kita cari dua-dua. Bahagia dan pahala.

Sesungguhnya kasih sayang itu indah tapi ramai yang menghiasi keindahannya dengan dosa dan maksiat.


Sungguh, ketahuilah keluargaku,

Aku lebih dari rindu terhadap kalian. Gambar dan bingkisanbingkisan yang ada yang menjadi pengubat di perjalanan ini.

Sungguh, aku bertuah mempunyai keluarga seperti kalian yang tidak pernah menyekat jalan ini, di daerah perjuangan.

Terima kasih kerana member peluang. Pasti aku gunakan sebaeknya.

Rindu dan sayang kuutus buat keluarga yang jauh di mata, tapi dihati sentiasa sayang.

p/s: tentang sambung belajar tu, nanti kita bincang laen. J


:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

No comments:

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.