♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Friday, January 07, 2011

Apalah sangat….

Apalah sangat nak dibandingkan susahnya jalan yang kita lalui berbanding rapa pejuang dahulu kala.

Maka, berlapang dada dan bersiap-siagalah kita melalui segalanya.

Allah itu ada. Dan DIA tahu hambaNya sedang berhempas pulas bekerja untuk agama.

Maka, tak perlu rasa sedih dan kecewa. Andai betul itu ketentuanNya, terimalah dengan terbuka.


Apalah sangat nak dibandingkan nikmat yang bakal kita dapat atas apa yang kita usahakan.

Kita usaha susah sedikit. Tapi nikmat Tuhan buat kita melimpah ruah. Sungguh, melimpah ruah.

Dari bangun tidur, sampai kembali tidur, tak terhitung nikmatNya.

Sungguh, nikmat yang manakah lagi yang kamu dustakan?


Apalah sangat nak dibandingkan dengan Rasulullah.

Dugaannya jauh lebih parah.

Tapi baginda cukup tabah.

Bukan senang untuk melangkah.

Tapi segalanya mudah dengan bantuan Allah.

Syaratnya, dekatlah dengan Allah.

Dekatlah dengan Allah. Jauhlah dengan musuh Allah.


Apalah sangat nak dibandingkan kesusahan hari ini dengan syurga balasan Allah.

Tak terasa nikmatnya syurga hari ini kerana dunia sudah terasa indah.

Sebenarnya, keindahan syurga jauh lebih indah berganda-ganda berbanding dunia.

Tapi kita sudah leka dengan sedikit indahnya dunia yang fana.

Allahu…hinanya hamba yang mencintai dunia melebihi akhiratNya.


Wahai orang yang kuat jiwanya,

Wahai orang yang hebat semangatnya,

Jangan berasa lemah dan jangan sesekali rebah.

Kita; berjuang memang bermatlamatkan kejayaan.

Tapi kejayaan itu ada pada DIA.

Meskipun kejayaan tidak kita capai,

Tapi ketahuilah,

Usaha kita telah dinilai.

Pasti diberi balasan yang setimpal.

Ubatilah hati.

Katakan pada hati,

Jiwa ini jiwa tarbiyyah, tidak boleh kalah!


:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

No comments:

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.