♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Monday, January 17, 2011

[[briefing]]


Malam ni briefing ALLHS. Lecture Hall B. 8-10.30 PM. Huh.

Bro Azmi minta carikan Master of Ceremony. Erk..


Briefing.. harap-harap lepas briefing nanti, saya lebih jelas dengan apa yang saya mahu.

Alhamdulillah. Ibu ayah tidak lagi bertegas dengan harapannya.

Bila saya jelaskan semuanya, ibu Nampak memahami. Walaupun ayah tunjuk muka tak puas hati.

Tapi abang kakak penyokong setia di belakang.

Mana mungkin saya melupakan jasa-jasa kekasih hati saya. J yang tak pernah henti menyokong saya. J


Briefing.. Oh.. Briefing…

Am looking forward for my way to go through..

May Allah bless me. And the way that I will choose.

Oh, Allah. Hanya Kau yang tahu apa yang terbaek.

Pasakkan hati pada Allah, kerana aku disini kerana Allah. Dan bakal kembali pada Allah.



Mode : rendu rumah. Rendu kucing kat rumah. Rendu bilik. Rendu angin kampong. Rendu motosikal. Rendu kereta. Rendu untuk bersama-sama ibu ayah. [waktu set up printer yang ayah bagi, basah tubir mataku dek kerana terlalu rendu pada kasih sayang mereka. Terlalu rendu bermanja dengan mereka. Terlalu rendu dimanjakan mereka. Sungguh, kasih ibu hingga ke syurga, kasih ayah tiada tandingannya. Rendu sangat!


:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

No comments:

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.