♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Tuesday, January 18, 2011

[penjara]

Biarlah dipenjarakan Tuhan dalam penjara ketaatan. Kerana dengan ketaatan, aku merasa tenang. Kebahagiaan itu ada pada mencintai Tuhan.

Ayat di atas mengingatkan aku pada sebuah kehidupan lampau. Aaah.. kenangan silam. Pahit untuk dikenang. Siapa aku dahulu kala, tentu tidak dapat dilihat pada aku hari ini.

Semalaman berteleku,mencari makna diri. Muhasabah diri. Tak lari kemana gunung dikejar, potensi diri perlu dilihat, direnung, untuk diperbetulkan.

Ramai orang tidak mahu mengenang masa silam, kerana menganggap sejarah kelam adalah satu kegagalan. Maka, ramai yang berjalan ke hadapan, tanpa memandang belakang, menyebabkan kesilapan yang sama berulang-ulang. Sejarah lampau adalah satu pengajaran. Untuk dikenang, untuk di ambil tauladan. Maka, mengapa takut untuk melihat sejarah silam?

Biarlah kita otai, samseng, dan sebagainya. Kerana itu adalah kita. Itu adalah salah satu acuan kita. Berbanggalah kita menjadi seperti hari ini atas didikan kenangan silam. Tanpa kenangan yang lepas, mungkin kita tidak seperti hari ini.


 

Usai mendengar briefing di LHB, kaki longlai ke bilik. Entah kemana semangat menghilang. Sungguh, terasa tak bermaya. Kalau dulu, badan rasa lemah, tapi semangat masih menggagah. Hari ini, badan memang selalunya lemah, semangat juga seperti mahu rebah. Maka, kecintaan pada Tuhanlah satu-satunya sumber kekuatan.


 

Sudah lama rasanya tidak menulis dengan baek di laman sesawang. Bukan tidak berkesempatan. Bukan malas. Bukan tiada idea. Tapi sedang mencari dimana dia HUSNA yang berjiwa hamba.

Tuhan. Apa lagi yang mampu aku pohon, melainkan keberkatan dan keampunan dariMu berterusan. Sungguh, aku perlukan Tuhan kerana hidupku adalah untuk Tuhan dan bakal kembali pada Tuhan.

Yaa thoybah, yaa thoybah
yaa dawal ayaana
isytaqnaalik
wal hawa nadaana
wal hawa nadaana

Yaa Ali ya bna Abi Thalib
minkumu mashdarul mawaahib
Yaa turo hal uro lii haajib
indakum
afdholul ghilmaana
afdholul ghilmaana

Asyaadil Hasan wal Husaini
ilannaibiyyi qurrot-'aini

Yaa syabaabal jannataini
jaddukum
shoohibul qur'ana
shoohibul qur'ana

(sila dendangkan dengan sedap..)


:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

10 comments:

~nadiah~ said...

ehem ehem..apekah motif mu meletakkan qasidah itu..:)

murabbi said...

hum..entry yg mnyedarkan..
trasa bila kate2 akak...
"Tapi sedang mencari dimana dia HUSNA yang berjiwa hamba."
huh..

Anonymous said...

dat qasidah. sure it wud b soo nice if posted wif transalation ^^
br paham kami2 yg lmbap ckt arabic ni, biar terase getarnya.

sisIzzati said...

kak thnx 4 da lirik,sy sdg cari

mncari diri itu juga :(

nurulhusna said...

nadiah - i know that u know.

murabbi - ya, kita same2 husna kan? name dah same. mari menjadi manusia berjiwa hamba..

anonymous - ok2. nanti another post kita tulis maksud dia. okai..?

ety - insya allah ety... kita berlari mencapai matlamat yang satu..

Anonymous said...

kak. syg kak husna. akak tak sayang kami dalam medcy lagi ke? akak tak rindu kami? tak nak dah bimbing kami? smapai hati kak husna...

srikandi3 said...

oloooo.. sedih pulak dengar adik medcy kat atas tu..

kak husna bukan tak sayang kamu tu.. kalu kamu nak tunggu kak husna cakap, dia sayang kamu, baik laaa tak yah tunggu. dia takkan cakap punya.. dia rindu kamu, itu saya tahu.. selalu sebut medcy..medcy... dan saya yakin dia akan tetap bimbing kamu.

kak husna merajuk kot. korang try la pujuk. bagi dia aiskrim mat cool. :)

Anonymous said...

kami yang kena dipujuk.. kak husna tinggal kami lame sangat... abang fahmi pun... :(

nurulhusna said...

adik-adik medcy LG;
tak pernah terdetik dihati akak pun nak tinggalkan kalian. insya allah. kita akan berjumpa. akak dengan abang fahmi sedang merangcang pertemuan yang baek antara kita.

akak tak kejam. tak perlu pujuk dgn mat cool pun takpe.. korang buat yg terbaek ye. semua tunjuk ajar yg pernah akak beri, jangan lupe ye. apply.. :))

Anonymous said...

suara saya tak sesedap suara si dia.. jadi tak boleh menyanyi dengan sedap..

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.