♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Friday, January 14, 2011

Dah namanya daie…

gambar diambil dari blog Jom Talaqi~
Sheikhul Mahbub.

Selepas talaqi ustaz Muhadhir, berebut-rebut muslimat keluar dari Mahallah Abu Bakar. Nak masuk kesana pun fikir tiga empat kali. Kalau bukan sebab talaqi, memang tak menjejaknya kesana. Terfikir, macam tu agaknya perasaan muslimin yang kena datang ke Mahallah Khadijah. Afham sekarang. J datang ke talaqi sedikit lambat. Azan Isya' berkumandang. Sebelum itu ada sedikit tugasan yang perlu diselesaikan. Walau dihalang juga beberapa kali sebelum menapak ke talaqi, ada yang nak ajak berbincang, ada yang ajak meeting dan sebagainya. Tapi lambaian talaqi lebih menggamit hati untuk melangkah ke surau ABC. J

Selepas Berjaya menusup keluar dari Mahallah Abu Bakar, melepasi segerombolan muslimin-muslimin yang berlagak mentang-mentang mereka berada di Mahallah mereka. Oh, berlagak. Takpe, bagi can lah. Biasanya kita yang selalu berlagak bila muslimin datang KC. JJ

Menjejak sebentar ke Zainab Jahsyi. Sempat melihat persembahan kumpulan terakhir Battle of Nasyeedian. Tak semeriah dulu. Takpe, berpada-pada dalam berhibur. Cukuplah. Dulu sound system mantop sungguh. Takpe, tahniah semua peserta Battle Of Nasyeedian. Semoga ada manfaatnya. J insya Allah.

Sambil-sambil menunggu, ternampak kelibat dua orang, berlainan jantina sedang berbincang di tengah parking lot ZC. Gelap jugak tempat tu. Walaupun Nampak kertas yang mereka pegang, dan yakin mereka sedang berbincang, tapi tetap tak manis mata memandang. Saya memerhatii sambil mendekati. Rupa-rupanya adik-adik MEDCY. Mereka berbincang soal SMAC yang bakal berlangsung. Saya yakin mereka berbincang. Tapi keadaan tetap tak menghalalkan. Saya mendekat. Menemani mereka. Mendengar mereka berbincang. Sesekali menjampuk. Membantu mereka membuat sedikit keputusan. Bila dah habis berbincang, saya berkata,

"Haa. Bagus-bagus. Kerja elok-elok eh. Lain kali kalo nak jumpa ajak teman ye. Kamu ajak teman kamu, kamu ajak teman kamu. Ok?"

Mereka mengangguk. Mendengar. Itu kelebihan kalau ada kuasa. Bukan gila kuasa. Tapi menggunakan apa yang ada sebaiknya. Apalah sangat jawatan Vice President MEDCY nak disbandingkan dengan jawatan Presiden FSCC kan? Tentu mereka lebih berkuat-kuasa. Maka, gunakan kuasa sebaek mungkin ya. Ada kelebihan di situ andai Islam kita nak laksanakan. J

Kita nak daie. Dah namanya daie. Gunakan pelbagai uslub untuk menyampaikan dakwah. Daie. Pendakwah. Menyambung perjuangan Rasulullah. Tanda kasih dan sayang padanya. Jadi aplikasi sebaeknya. Buktikan rasa cinta pada Allah dan Rasul dengan menjalankan dakwah sebaiknya.

Kita kan daie. Dah namanya daie. Ada kuasa guna, jangan salah guna. J

Kata Ustaz Muhadhir, minggu depan talaqi semua yang ada kat sini (surau ABC) jangan menguzurkan diri,mesti datang. Ada tetamu istimewa. Jangan lepaskan peluang ye.

Tadi datang lambat talaqi, terpaksa duduk di belakang,muka pintu. Ramai sungguh pencinta ilmu. Bangga dengan penduduk UIA. Tahniah. Saya bangga dengan anda!

Taman-taman ilmu dan budi di UIA, terus subur ya! Warga CFS memang pencinta ilmu. J

Ketika Cinta Bertalaqi~


:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

No comments:

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.