♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Monday, January 10, 2011

Dulu KTM, sekarang BAS?




Dulu. Tak suka sangat naik bas. Kalau bas ramai orang, bergesel dengan lelaki, macam tu je. Haih. Tren pun tak suka jugak. KTM. Waktu tu guna KTM dari KKB ke Rawang. Itu tak ada masalah sebab tak ramai orang. Bila dok PJ, KTM asyik full. Tapi hamdalah, ada koc wanita dah sekarang. Hanya orang yang tak reti bahasa je masih tak reti nak naik koc mana bila naik KTM. Kadang2 ter….masuk jugak dalam koc lain selain wanita. Itu sebab terpaksa bila berlari-lari nak dapatkan trend an pintu tren hamper tertutup. Tapi setakat ni baru sekali la. Hamdalah. Mmg usaha jugak nak naik koc wanita. J Sekarang dah ada koc wanita, kalau kita tak naik, kalau jadi apa-apa, sila tanggung dan jawab sendiri. Bukan kita yang tidak menjaga kebajikan mereka, tapi mereka yang tidak menjaga kebajikan mereka, pesan penaja dari KTM. J

Waktu mula-mula dok PJ, selalu naik teksi. Nak pergi Mid Valley pun naik teksi. Kalau nak balik seremban pun, dari CFS naik teksi. Kemudian pergi ke mana-mana stesen KTM terdekat. Ayah pun tak kisah, kalau itu lebih selamat. Spend sikit pun takpe, kata ibu. Tapi kalau naik teksi ni masalah lain pulak yang timbul. Kalau sorang-sorang, biasanya balik Seremban sorang-sorang. Jadi bila nak naik teksi tu fikir panjang jugak. Kang jadi apa-apa kang susah hati pulak orang2 yang tersayang. J Tapi hamdalah, setakat ni balik Seremban sorang-sorang tak pernah jadi apa-apa lagi. Bila naik teksi pun hamdalah dapat pak cik teksi yang baik-baik. Petuanya mudah, jangan lupa solat Musafir bila nak keluar, tambah-tambah kalau sorang-sorang. Plus, doa banyak-banyak. Dan sepanjang perjalanan baca Ayat Kursi dan Ayat Seribu Dinar. Insya Allah, pasti Allah tolong. Yang penting, bila baca tu, kenalah yakin~ J

Kadang-kadang kalau nak ke Seremban, banyak kena spend. Tambang teksi ke Mid Valley RM10. Tiket KTM ke Seremban RM5.60. Total tambang, RM15.60. Pergi balik, RM31.20. itu tak termasuk air minuman yang dibeli dan buah-buahan bekalan perjalanan. Tak termasuk jugak beli jajan bila tunggu kakak kat stesen KTM. Tak termasuk beli eskrem waktu tunggu kakak datang. J kalau bersenang lenang dalam perjalanan, bajet mencecah RM40++.. wah! Mahal tu. Cukup untuk duet makan selama 5 hari. Tambah pulak sekarang minyak petrol naik lagi. Mesti pakcik teksi tu nanti lagi berlagak pau duet kita mahal-mahal. Aduiyaa.. kenapa laa minyak naik lagi?? Tension sungguh, tambah-tambah kami ni pelajar. Kalau Encik Kerajaan naikkan minyak, dan naikkan biasiswa kami, itu lain ceritalah. Ini minyak mendadak-dadak naik, tapi biasiswa masih sama, di takuk lama. Haih. J

Waktu event Heal The Soul, ada talk ustaz Syaari. Waktu temankan Ustaz makan lepas talk, beliau ada menceritakan tentang Bas Rapid KL dah buat bas khas untuk wanita. Teruja sungguh! Sungguh teruja. Lepas ni tak perlu berkepit-kepit dengan lelaki bila nak naik bas dan KTM. Bagus, kan? Kalaulah semua orang ada kesedaran yang sama. Tentu Malaysia menjadi sebuah Negara yang harmonis. Wah! Teringin nak lihat Mlaaysia jadi sebuah Negara Islam yang betul-betul Islam. Yang Islamnya secara keseluruhan~ J bukan separuh-separuh. JSungguh teringin~

Dan hari ini, bila membaca update di sini, saya sungguh teruja, dan semuanya menjadi nyata.! Hamdalah! Gembiranya rasa.

Bayangkan lepas ni, saya hanya perlu membayar RM2 untuk ke Mid Valley. Dan tambang KTM, RM5.60 untuk ke Seremban. Jumlahnya RM7.60! pergi dan balik, jumlahnya Cuma RM15! Subhanallah! Berganda dari sebelum ni. Itu pun kalau tambang bas dan KTM tak naik lah kan? J

Gembira. Sebab lepas ni ada bas khas untuk wanita. Tak adalah basi. Dan sebagainya. Moga-moga perlaksanaannya mantap dan bersistematik. Moga-moga usaha RapidKL Berjaya mencapai objektifnya. J

Tengok, bila ikut cara Islam, banyak masalah boleh selesai. Dan Islam itu memang syumul. Menyeluruh dalam segala perkara. Apply Islam seluruhnya dalam hidup kita, dan dalam Negara kita, insya allah, harmoni!

Nak tahu lebih lanjut tentang pelaksanaan bas ini, boleh tekan link diatas. Atau rujuk pada mana-mana website yang berkaitan. [link]
[link]
[link]
[link]


p/s: lepas ni boleh balik Seremban selalu2 laa nampaknya. Tapi masih sorang-sorang. L Moh poie Seremban~~ J


p/s: yang Lelaki pulak, jangan naik koc wanita. Usahakan supaya anda tak naik koc wanita. Rasanya senang saja, sebab tempat menunggu untuk wanita dah di khaskan. tapi ada jugak KAUM ADAM yang menunggu di tempat wanita. Musykil sungguh. Ada polis, baru keadaan betol2 terjaga. Kalau tak, sticker punyalah besar, buat-buat tak nampak je. Haih.


p/s: tentu musuh-musuh Islam tidak gemar dengan pelaksanaan yang menarik dan mengikut syariat ini~ jangan kita menjadi musuh Islam!


:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

8 comments:

Anonymous said...

anak manja..

Anonymous said...

yang dapat pahalanya sebut hamdalah ke sebut alhamdulillah?

tolong jawab said...

alhamdulillah.

Anonymous said...

jap g tukar ea... sebut hamdalah tak dapat pahala tu taktau lak. tapi sebut alhamdulillah itu lagi molek ea.

husnataqwa said...

asif ana tatau. tadapat pahala ke? subhanallah. mmg tatau. mohon pencerahan.

insya allah bakal perbetul unt entri2 akan datang.

[mohon tunjuk ajar atas kejahilan ini]

malas said...

lain kali nak beramal kena ada ilmu.
jgn membuta tuli.

Anonymous said...

belagak gile dah kalu ada ilmu kongsi a. kutuk2 gi2 lg a takde ilmu. belagak je lebih

husnataqwa said...

insya allah. ya,kena ada ilmu. terutama ilmu adab. insya allah..

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.