♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Friday, January 21, 2011

EAP. You drive me crazy..

Hari Rabu.

"Ko tahu tak EAP kena submit Jumaat ni before 4?"

"Jumaat minggu depan ke?"

"Tak lah. Jumaat ni. 21 Januari la."

"Hah???"

Tatau kenapa saya selalu ketinggalan maklumat berkenaan EAP.

Sape suro main-main dalam kelas. Tengok kat Madam, tapi bayangkan orang lain. (perumpamaan semata-mata)

Pengajaran; jangan main-main dalam kelas. Sila tengok Madam dan bayangkan itu adalah Madam. Jangan bayangkan orang lain ok.


Khamis? Full planning. Dah takleh buat apa. Perancangan telah diatur. Dan bukan jenis saya melepaskan kerja begitu saja. Ahha.

Kalau terbayangkan EAP yang baru siap 15% dan kena hantar pada hari Jumaat, mustahil!

Tapi saya terus dengan perancangan yang dirancang. Khamis, meluangkan masa dengan begitu bermanfaat.


Akhirnya, malamnya, kami bertalaqi. Kerja sekolah tak pernah dijadikan alasan untuk tidak menghadiri talaqi. Sejak semester lepas, esok nak exam pun, malamnya masih ke talaqi. Sebab masing-masing tahu ada keberkatan di situ. Lepas talaqi, ustaz doa macam-macam yang baek-baek. Ameenkan sepenuh hati. Alhamdulillah. J

Selepas talaqi, berada di bilek kembali lebih kurang 11.30 malam. Dan mula membuat kerja-kerja EAP. Totally, its drive me crazy. L

Berganding bagu dengan roommate, Farah Adlina menyiapkan kerja. Beliau sudah menyiapkannya sehingga 80%, tak jadi masalah. Ini masalah saya. L

Sepanjang malam, burn the midnight oil.

Esoknya ada kuiz Chemistry. Buku langsung tak sentuh. Kira ok lah. Dua soalan je yang takleh jawab. J Ok sebab tak study pun. Alhamdulillah Allah mudahkan. J

Balik kelas, nasik pun tak lalu nak makan. Kemudian, terus hadap laptop lagi.

Nak termuntah tengok skrin laptop.

Facebook jadi pengubat bosan. J

YM jadi pemberi semangat. J


Dan akhirnya, Allah telah membantu saya dengan rahmat kasih sayangNya.

Saya menyiapkannya, 100% walaupun mungkin kadar kualitinya sederhana. Dan saya mampu menghantarnya mengikut due date yang ditetapkan.

Alhamdulillah.

Bila tengok luar tingkap, rasa macam, lamanya tak tengok cahaya dunia.

Jom keluar petang ni.


EAP. Moga-moga ade ibrah diatas tarbiyyah masa yang Allah beri.

Semuanya adalah tarbiyyah.


Mari berehat mala mini. Recharge tenaga yang telah hilang.

Eh, cancel. Malam ni ade benda best nak buat. Perkongsian ilmu. Insya Allah kalau tak pengsan. J


:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

3 comments:

Anonymous said...

haiii.. bayangkan sapa husna... bayangkan Mr S ke..

classmate said...

erk... ape kat atas tu??

teror lah! orang buat dalam mase berminggu2. ko siapkan dalam mase 2hari. hebat2!!

nurulhusna said...

dua hari ke..

takde laa hebat sangat.
korang buat dalam mase seminggu tu mesti berkualiti tinggi.. siapalah saya nak menandingi korang..

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.