♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Friday, January 21, 2011

Kawan ke lawan?


Kenapa susah nak mencari kawan yang baik? Yang menegur sahabatnya dengan penuh hikmah. Yang menegur sahabatnya di depan, tidak disambung di belakang. Yang menegur sahabatnya kerana menghendaki kebaekan buat sahabat, bukan kerana mahu melemahkan sahabat.

Mana mahu dicari sahabat yang mengajak sahabatnya sama-sama menjadi hebat? Mana mahu dicari sahabat yang sentiasa mengingatkan sahabatnya akan Allah dan kecintaan pada akhirat?

Kenapa. Susah nak dapat sahabat yang baek.

Mungkin kerana tak pernah menjadi sahabat yang baek?

Ya! Mana mungkin sahabat yang tak baik di damping sahabat yang baek.

Maka, jadilah sahabat yang baek sebelum mendambakan sahabat yang baek mendatangimu.


[tercari-cari sahabat yang jujur dan ikhlas dalam bersahabat. Jujur dan ikhlasnya itu membuatkan segala teguran dan nasihat diberikan dengan hikmah dan tidak menyakitkan]


Sahabat. Kita berkawan hingga ke syurga. Tapi sepanjang jalan menuju syurga, kau tolong aku jangan sampai aku tersasar ke neraka. Set?


:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

No comments:

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.