♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Tuesday, January 04, 2011

Erti TAQWA pada diri.

>



"Husna, buku TAQWA karangan Nik Aziz, kau kena beli ni."

"Nah, buku Mutiara Taqwa. Tengok ni teringat kau. Husnataqwa."

Sungguh, menggali erti taqwa sejak mula meninggalkan alam persekolahan. Kembara taqwa sungguh memeritkan. Mencari erti sebenar taqwa. Dan mengaplikasikannya sebaek mungkin pada diri. Dari jahiliah, menjadi yang lebih baek.

Taqwa; satu perkataan yang mengundang gah pada yang mendengar. Dengar saja taqwa, pasti semua undur diri. Tidak, aku tidak mencapai tahap hamba yang bertaqwa. Susah benar rasanya nak capai taqwa. Bertahun diri ini memburu taqwa. Tapi entah berapa peratusan yang boleh diberi.

Taqwa. Indah namanya. Berhasrat menamakan zuriat dengan nama TAQWA. Bila ada anak saudara baru, bersungguh-sungguh saya meminta ia dinamakan TAQWA. Tapi rayuan sentiasa ditolak. Mungkin kakak dan abang ada impian tersendiri menamakan anak. Atau alasannya, tak mahu nama anak mereka kelak sama dengan nama anak saya. Hah, tak mengapa. Kelak saya pasti membalas dendam. J

Tadi, ada sedikit perkongsian ilmu. Butir bicara yang enuh hikmah dan bijaksana saya kutip sekadar termampu. Otak dan fikiran terganggu juga dengan kerja-kerja sekolah yang tertunggak di bilik. Tapi majlis ilmu, jangan ditolak, banyak kelebihannya.

"Taqwa ni adalah meninggalkan perkara maksiat, tidak membuat perkara sia-sia dan menjaga diri dari dosa."

Sungguh. Susah meninggalkan maksiat. Mungkin kita senang membaca Al-Quran, mengerjakan amalan-amalan sunnat yang laen. Ratib Al-Haddad di baca setiap petang. Wirdullathif dibaca setiap bagi. Dhuha memang tak tinggal. Tahajjud memang istiqamah. Puasa Isnin Khamis memang juara. Tapi apalah ertinya taqwa andai amalan kebaekan dilipat gandakan tetapi segala maksiat dan dosa masih seronok dilakukan saban hari dan waktu.

Benar. Allah, jadikanlah hati ini benci pada maksiat. Benci pada dosa. Jatuh cintakan hati ini pada akhirat dan segala kebaekan yang membawa hati dekat padaMu.

Allah, jadikan hati ini jauh dari riya' dan bangga dengan sedikit amalan kebaekan yang dilakukan. Dan semoga sekecil-kecil amalan sekalipun, diterima Allah.

Azam kita, tinggalkan maksiat, tingkatkan ibadat. Apa guna perbanyak ibadat, perbanyak maksiat. Sesungguhnya perkara batil itu tidak dapat bercampur dengan perkara yang haq. Jangan disebabkan dosa kita, kita terhalang dari segala kebaekan.

Jangan kerana dosa dan maksiat yang kita lakukan, orang laen terkena tempias ketidak ada barakahNya.

Saya risau. Contoh, dalam MEDCY. Kecundang atau cemerlangnya MEDCY, saya risau kerana diri saya. Sebagai salah seorang pemimpin di dalam MEDCY, saya risau kerana dosa saya menyebabkan MEDCY kecundang dan hilang barakahNya. Saya risau dan cukup risau. Saya juga risau kejatuhan MEDCY kerana ahli-ahlinya kelak dipertanggungjawabkan juga pada saya. Semuanya merisaukan. Maka, bersihkan jiwa dan hati. Berusaha sebaeknya,segagahnya meninggalkan maksiat. Bimbang maksiat bukan saja memakan diri, malah member kesan pada orang laen serta persatuan yang kita perjuangkan.

Ilmu itu cahaya. Dan cahaya itu tidak diberikan kepada orang-orang yang melakukan maksiat.

Ya, cahaya. Dalam doa, kita selalu meminta diberikan cahaya dan petunjuk Allah. Maka, ingatlah, cahaya dan petunjuk itu tidak akan menetap di dalam hati yang pelakunya seorang yang melakukan maksiat. Jangan megah dengan kejayaan yang anda ada.

"Saya couple, tapi pointer saya lagi baek dari orang tak couple."

"Saya couple, tapi saya lagi cemerlang dari orang tak couple."

Ingatlah, itu bukan kemuliaan, tapi itu kesesatan yang nyata. Istidraj mungkin. J

Berhati-hati menutur kata. Dan berusaha sebaeknya mencari erti TAQWA.

Masing-masing punya definisi masing-masing.

Mungkin taqwa bagi anda, ibarat berjalan diatas paku tanpa memakai selipar. Yakni sungguh berhati-hati.

Apa saja erti taqwa, aplikasikannya dalam diri, moga meberi impak maksima kepada diri. Insya Allah.

Erti taqwa sungguh bermakna untuk hati ini. Dengan taqwa, saya banyak belajar menahan diri.

Menahan diri dari segala kesukaan. Kerana memikirkan tahap TAQWA yang ingin didakap erat sebagai hamba, saya mahu cuba berjuang sehabes baek. Insya Allah dengan izinNya.

Moga Allah membantu saya dan kita semua dalam usaha baek mencapai keredhaanNya.

Ingatlah, dunia ini hanya sementara. Dosa dan maksiat itu tidak kemana, kelak bakal dihitung olehNya.

Sama seperti segala kebaekan. Biarpun penat lelah menanam pohon kebaekan, ingatlah, kebaekan itu kecik mahupun besar bakal dihitung kelak. Maka jangan takut penat melakukan kebaekan. Tuhan sediakan yang terbaek buat yang cinta pada kebaekan.

Mencari erti taqwa pada diri.

Kembara ini tidak berakhir disini. Moga nanti bakalku ketemu erti taqwa yang boleh menambah rasa cinta pada Ilahi.

Moga nanti bakalku ketemu erti taqwa yang boleh membuatkan diri berubah dengan lebih pantas dan maju.

Mahu berubah dengan kefahaman, bukan berubah kerana ikut-ikutan.

Insya Allah. Berubah kerana iman, bukan teman atau si idaman. J

Mohon Allah mempermudahkan segala. L


Sebut TAQWA, ingatlah HUSNATAQWA.

J


:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

1 comment:

murabbi said...

mekaseh atas prkongsian ye kak...
huh..
taqwa...
selalu sebut, tapi msih x tahu ape sbnarnye tqwa ni...
bile trbace..
"Taqwa ni adalah meninggalkan perkara maksiat, tidak membuat perkara sia-sia dan menjaga diri dari dosa."
jauh sgt2 lagi ke taqwa..
rupanya..bukan snag nk mmburu taqwa ni...btul2 kena lwan nfsu.huh

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.