♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Tuesday, January 25, 2011

Jadilah engkau seperti Hanzalah. =)



Suka untuk saya bingkiskan berkenaan sirah Hanzalah. Baru habis kelas , earphone dipasang ke telinga. Ikim pilhan utama. Daripada dok fikir bukan-bukan, elok juga dengar Ikim. Time Ikim zikir, mulut dan hati turut teringat Allah. Saya tak sehebat entum yang sentiasa mengingati Allah, maka saya perlu menggunakan dan mencari jalan supaya hati saya sentiasa mengingatiNya. Dan tidaklah hati saya keras kerana melupakan Allah. Saya juga risau seandainya Allah terlupa kewujudan NURUL HUSNA KAMARUDIN kerana saya melupakanNya. Maha Suci Allah, mengingati Allah adalah satu azam yang saya nukilkan setiap hari apabila bangun tidur. Sebab tu bila bangun tidur, roommate asyik bising dengar saya 'menjerit' dengan suara yang tak berada merdu mengalunkan zikir yang saya mahu praktikkan. Maafkan saya roommate sekalian. Malang sungguh nasib kalian dapat roommate macam saya. L

Saya diperkenalkan dengan Hanzalah sejak saya masih kecil. Ibu saya selalu menasihati kami adik beradik dengan memperumpamakan kami dengan Hanzalah. Kata ibu,'Hanzalah tu sanggup tinggalkan isteri untuk jihad, kita nak tinggal makwe pun tak boleh?' sindir ibu. Masya Allah. Waktu kecil-kecil dulu abang pernah juga ada couple, ibu pula tak marah-marah. Tapi ibu nasihatkan dengan ibrah-ibrah yang baik. Subhanallah. Dan ibrahnya tertempias pada saya yang masih kecik-kecik cili padi. Alhamdulillah.

Bila saya Tanya ibu tentang Hanzalah, ibu ceritakan secara rambang. Tidak secara mendalam. Kemudian saya diperkenalkan dengan lagu Hanzalah. [liriknya ada dibawah]

Malah ibu juga turut sama meminati lagu Hanzalah. Bila saya selak sejarah hidup Hanzalah, bukan calang-calang orang rupanya. Hebat sungguh. Ternyata, ada sesuaut yang cukup istimewa tentnag Hanzalah yang ibu sebut sejak dulu. J

Tarbiyyah dari sirah Hanzalahh saya semai di dalam hati.

Sebelum saya teruskan nukilan saya yang panjang manjang baik entum baca dulu sirah hidup Hanzalah yang saya minta Pak CIk Google tolong carikan tadi. Insya Allah. J

Baca dengan khusyu' ya!

Perkahwinan Hanzalah bin Abu Amir dengan sepupunya, Jamilah binti Ubay sudah siap diatur. Kebetulan pula, hari berlangsungnya perkahwinan Hanzalah bertembung dengan hari peperangan tentera Islam menentang musuh di Bukit Uhud. Hanzalah bin Abu Amir mendekati Rasulullah s.a.w., "Saya bercadang menangguhkan sahaja perkahwinan saya malam nanti." Pada masa itu, Nabi Muhammad s.a.w. dan tentera-tentera Islam di kota Madinah sibuk membuat persiapan akhir untuk berperang. "Tidak mengapa, teruskan sahaja perkahwinan ini," balas Rasulullah s.a.w.. "Tetapi saya sungguh berhajat bagi menyertainya, " Hanzalah bertegas. Rasulullah s.a.w. berkeras supaya Hanzalah meneruskan perkahwinannya dan memberi cadangan supaya Hanzalah menyusuli tentera Islam di Bukit Uhud pada keesokan hari, setelah selesai upacara perkahwinan.

Hanzalah mendiamkan diri. Ada benarnya saranan Nabi Muhammad itu; perkahwinan ini bukan sahaja melibatkan dirinya bahkan bakal isterinya juga. Pada malam Jumaat yang hening, perkahwinan antara Hanzalah bin Abu Amir dan Jamilah binti Ubay dilangsungkan secara sederhana. Suasana yang hening dan sunyi itu tidak tenang hingga ke pagi. Kota Madinah tiba-tiba dikejutkn dengan paluan gendang yang bertubi-tubi. Paluan gendang mengejutkan para pejuang bersama laungan menyebarkan berita.

"Bersegeralah! Kita bersegera perangi musuh Allah."

"Berkumpul segera! Keluarlah! Rebutlah syurga Allah!"

"Perang akan bermula!"

Pukulan gendang dan laungan jihad itu mengejutkan pasangan pengantin yang baru sahaja dinikahkan. Hanzalah bingkas dari tempat tidurnya, "Saya harus menyertai mereka." "Bukankah malam ini malam perkahwinan kita dan Nabi Muhammad mengizinkan kanda berangkat esok?" Soal isterinya. Hanzalah menjawab tegas, "Saya bukanlah orang yang suka memberi alasan bagi merebut syurga Allah."

Jamilah terdiam dan hanya mampu memerhatikan suaminya bersiap memakai pakaian perang dan menyelitkan pedang ke pinggangnya. Hanzalah menoleh ke arah isterinya, "Janganlah bersedih, doakan pemergian saya semoga saya beroleh kemenangan." Suami isteri itu berpelukan dan bersalaman. Berat hati Jamilah melepaskan lelaki yang baru sahaja menjadi suaminya ke medan perang. Namun, Jamilah menguatkan hatinya dan melepaskannya dengan penuh redha. "Saya mendoakan kanda beroleh kemenangan."

Hanzalah melompat ke atas kudanya dan terus memecut tanpa menoleh ke belakang. Akhirnya, dia berjaya bergabung dengan tentera Islam yang tiba lebih awal daripadanya.

Di medan perang, jumlah tentera musuh adalah seramai tiga ribu orang yang lengkap bersenjata manakala jumlah tentera Islam hanyalah seramai seribu orang. Perbezaan itu tidak menggugat sanggar wibawa tentera Islam termasuklah Hanzalah. Dia menghayun pedangnya menebas leher-leher musuh yang menghampiri dan apabila dia terpandang Abu Sufyan, panglima tentera Quraisy, Hanzalah menerkam Abu Sufyan umpama singa lapar. Mereka berlawan pedang dan bergelut; akhirnya Abu Sufyan sungkur ke tanah. Tatkala Hanzalah mengangkat pedang mahu menebas leher Abu Sufyan, dengan kuat panglima tentera Quraisy itu menjerit menarik perhatian tentera Quraisy. Tentera-tentera Quraisy menyerbu Hanzalah dan Hanzalah tewas, rebah ke bumi.

Sebaik sahaja perang tamat, tentera Islam yang tercedera diberikan rawatan. Mayat-mayat yang bergelimpangan dikenalpasti dan nama-nama mereka, tujuh puluh orang kesemuanya, dicatat. Sedang Nabi Muhammad yang tercedera dan patah beberapa batang giginya diberi rawatan, beliau mengatakan sesuatu yang menyentak kalbu, "Saya terlihat antara langit dan bumi, para malaikat memandikan mayat Hanzalah dengan air daripada awan yang diisikan ke dalam bekas perak." Abu Said Saidi, antara tentera yang berada dekat dengan Nabi Muhammad bingkas mencari jenazah Hanzalah. "Benar kata-kata Nabi Muhammad. Rambutnya masih basah bekas dimandikan!" Abu Said Saidi menyaksikan ketenangan wajah Hanzalah walaupun beliau cedera parah di seluruh badannya. Rambutnya basah dan titisan air mengalir di hujung rambutnya sedang ketika itu matahari terik memancar.


Apakah ibrah yang mampu saya nukilkan? Biarlah. Kalau boleh mahu saya lontarkan idea-idea yang bersarang dalam kepala. Tapi sayang ada wajibaat lain yang harus saya aulakan sebentar lagi. Maka, biarlah saya ringkaskan disini. Kalau tak puas hati, boleh emelkan saya. [tapi sila senonoh bila emel dengan saya. Saya tak suka orang kacau YM tanpa sebab dan nak menggedik. Harap maklum]


Ibrah Hanzalah-Muslimin,contohilah Hanzalah.

Muslimin yang saya hormati kerana ketangkasannya, contohilah Hanzalah. Kajilah sejaraj hidupnya. Dan ambillah semangat juangnya. Semangat cintanya yang terlalu tinggi pada perjuangan dan Islam tentunya. Ramai di kalangan muslimin, tewas dengan godaan bernama WANITA. Hakikatnya, bagaimana Hanzalah sanggup meninggalkan WANITA yang sudah halal buatnya semata-mata kerana cintakan Islam? Dan kita bagaimana? Sanggup bergadai maruah, menggadaikan duit, menggadaikan tenaga untuk wanita yang belum tentu HALAL untuk kita selagi akad yang indah itu tidak bergema dilafazkan. Muslimin, usah tewas dengan godaan yang bernama WANITA. Kenapa mahu dijadikan dunia ini pendek dengan mennyerahkan hidup untuk cinta yang belum tentu kemana? [terkecuali untuk suami isteri ok]

Saya kagum dengan semangat cinta Hanzalah pada perjuangan. Dan mampukah saya kelak berdampingan dengan seorang lelaki sehebat Hanzalah? Yang cintanya benar-benar bulat-bulat untuk Allah. Yang benar-benar mencintai perjuangan tanpa syarat. Yang benar-benar sanggup keluar berjuang meninggalkan nikmat dunia?

Hanzalah keluar dari rumah dalam keadaan junub. Hebat. Sungguh hebat. Muslimin, bagaimana nak jadi hebat anda kita nak solat kat masjid lima waktu pun susah? [maaf, saya sekadar ambil kata-kata tazkirah dari seorang Muslimin]

Ibrah Hanzalah- Muslimat, mari menjadi pendamping hebat buat Hanzalah Junior. J

Bagaimana seorang isteri tidak merengek, tidak menghalang perjuangan Hanzalah. Subhanallah. Hebat sungguh. Jiwa tarbiyyah apakah yang dimiliki oleh seorang isteri yang sanggup melepaskan suaminya pergi selepas malam pertama perkahwinannya? Kemudian suaminya pula syahid. Alhamdulillah. Bertemu di syurga kelak insya allah. Muslimat, siapakah kita mahu memiliki lelaki sepenuhnya?

Teruja dengan kata-kata azimat yang pernah dikutip [lupa dah kat mana],

"infaqlah untuk Islam. Kalau takde harta, infaqlah suami untuk Islam. Relakan beliau bekerja kuat untuk Islam. Sekali-sekala ditinggalkan, anggaplah itu infaq anda untuk Islam"

Tu dia aih. Naik semangat dengar. J

Menjadi muslimat yang solehah, jangan menjadi muslimat yang menjadi penghalang pada perjuangan suami. Mungkin kita buta untuk mengaplikasikan sejarah Hanzalah. Sekarang mana ada perang-perang dah. Habis tu nak benarkan suami berjuang ke mana?

Berjuang bukan hanya dimedan perang. Berjuang di pentas mengeluarkan idea dan pendapat. Menyeru pada kebaikan. Itu juga perjuangan. Jangan kerana muslimat, semua kulaiti yang ada pada muslimin terbantut dek kerana kononnya cinta. J habis, cinta Allah letak dimana? Tanyalah pada diri.

Belum pun kawen lagi, tapi ada dah yang sanggup membantutkan gerak kerja muslimin. Sehingga muslimin jatuh dan jatuh di medan 'peperangan'nya. Tak jadi suami lagi tu. Kalau dah jadi suami tak tahu lah macamana. Sepatutnya sebagai seorang muslimat, walaupun belum bergelar isteri, jagalah kaum muslimin. Lihatlah dimana kelemahan mereka dan kita jadilah penguat buat mereka. Kalau mereka lemah dengan wanita, maka kita kuatkan diri kita untuk tidak menggodanya. Supaya kelak, kita menjadi pembantu buat muslimin bukan pembantut.

Suka untuk saya katakan, sedih melihat ramai muslimin yang ter'sungkur' dek kerana muslimat. Kita,muslimat, kena ada kesedaran bahawa, kita dijadikan di sini,dunia hari ini, untuk menjadi penguat buat muslimin. Seperti mana Hawa menjadi penguat buat Adam AS. Bukan menjadi penggodam semangat juang mereka.

Tidak ada yang halal melainkan yang nyatanya adalah halal.

Maka, mencari yang halal itu fardhu bagi ummat Islam. J


Akhirul Kalam, saya hidangkan lirik lagu Hanzalah buat tatapan pembaca. Ambillah ibrah yang ada padanya. Kalau tak puas hati dengan segala maklumat yang ada disini, boleh minta bantuan Pakcik Google. Anda sanggup minta pakcik Domino hantarkan Pizza ke UIA, kenapa tidak menaip sedikit untuk meminta bantuan Pakcik Google untuk sedikit pencerahan ilmu. J

Insya allah. Kalo rajin carilah lagu ini dalam internet. Best lagu ni. Best sangat. Maksudnya pun mendalam. JJJ

Handzalah - Lirik Lagu Rabbani

Relakanlah perpisahan kita ini
Iringailah pemergian daku nnti
Dengan doa yang tidak berhenti
Moga Islam terus berdiri

Usapilah genang airmata kasih
Senyuamanmu penguat semangat daku
Andai kita tak jumpa lagi
Ku semai cintamu di syurga

Bepisahlah dua jiwa
Meninggalkan kuntum cinta
Mekar di istama taqwa
Menyahut panggilan Allah

Dengan nama Mu Allah yang Maha Gagah
Langkah ku atur pasrah daku berserah
Menangkanlah kaum Muslilin
Hancurkanlah kaum musyrikin

Demi Islam ditegakkan

Hanzalah pergi ke medan jihad
Bersama dengan para sahabat
Bertempur hebat penuh semangat
Sehingga dia syahid akhirnya

Turunlah Malaikat ke bumi
Mandikan jasadnya simpati
Sucilah jasadnya mewangi
Diarak rohnya ke firdausi


Hening malam menyaksikan
Korban cinta dua insan
Baru diijab kabulkan
Rela menyahut seruan
Demi islam ditegakkan
Jihad menjadi pilihan

Hanzalah pergi ke medan jihad
Bersama dengan para sahabat
Bertempur hebat penuh semangat
Sehingga dia syahid akhirnya

Turunlah Malaikat ke bumi
Mandikan jasadnya simpati
Sucilah jasadnya mewangi
Diarak rohnya ke Firdausi


Moga apa yang baik dijadikan tauladan dan yang tidak baik dijadikan sempadan.

Hidup adalah perjuangan. Jangan berhenti mencari tarbiyyah buat hati.

Kerana tanpa tarbiyyah jiwa kita pasti kegersangan.

Ditarbiyyah untuk mentarbiyyah.


p/s: kalau orang lain sebuk-sebuk nak namakan anak mereka dengan nama Abdullah Khairul Azzam,watak utama dalam movie Ketika Cinta Bertasbih, dengan harapan anaknya menjadi sebaek acuan Abdurrahman El-Shirazy keatas Abdullah Khairul Azzam dalam KCB. Biarlah saya bercita-cita menamakan zuriat bakal pneyambung perjuangan dengan seindah nama,

Abdullah Hanzalah.

Moga-moga Abdullah Hanzalah mencintai Syurga melebihi dunia dan isinya.

Ameen. :)


:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

6 comments:

Anonymous said...

husna...husna... (sambil geleng kepala)

nurulhusna said...

?

Anonymous said...

terpegun dengan mantapnya impian dan cita-cita awak.

kita doakan awak capai cita-cita awak ea.
kelak, awak mendapat pasangan yang memberi sinergi.

1+1 = 111.
harap-harap impian awak tercapai ea.

nak membina generasi untuk Islam bermula dari pemilihan suami.

Carilah yang terbaik. Yang mampu membantu awk aktif di medan sebenar kelak.

ehem...ehem...

Allahu Rabbi.. naik semangat baca post-post Husna.

Take care ea..
moga tsabat selalu ea..

nurulhusna said...

ehem...ehem..

insya allah.

mohon doa berterusannya.

1+1 = 1 to the power of 100.
:)

insya allah, kerana Islam, semuanya sanggup dilakukan hingga mampu.

mencari suami yangterbaek bermula dengan membentuk sakhsi, jiwa haraki, sufi dan thaqafi dengan terbaek...

Anonymous said...

abdullah hanzalah...

siapalah bakal ayahandanya..
yang bakal bersama membentuk abdullah hanzalah dengan acuan islam yang terbaik...

moga abdullah hanzalah mendapat ayah yang terbaik. sebab ibunya memang dah hebat dah. menunggu untuk melihat siapa ayahnya yang juga hebat untuk bergandingan bersama.

abdullah hanzalah, dunia dan islam sedang menunggu kelahiranmu. =)

nurulhusna said...

subhanallah.

terlalu awal lagi nak tunggu kelahiran ABDULLAH HANZALAH...
*MASYA ALLAH*

ameen~

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.