♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Friday, January 07, 2011

Kalau kita punya banyak masa.


Kalau takde meeting tadi, mesti aku dah dapat siapkan tutor!

Kalau tadi takde talk, mesti aku dah ready untuk Quiz esok!

Kalau tadi takde usrah, tentu aku dah siapkan lab report!


Kalau dan kalau.. terlalu ramai yang suka mengeluh tentang masa.

Mengharapkan masa bertambah panjang dan segalanya mampu diselesaikan.

Tapi..

Masalahnya,

Bila ada banyak masa…

"Malam ni nak tengok movie ape eh?"

"Nak pinjam komik awak boleh tak? Malam ni takde ape2 program pun.."

"Jom tidur. Nantilah study.."


Pelik sugguh. Bila ada masa lapang tidak diaplikasikan sebaeknya.

Bila sibuk, mula menyalahkan itu dan ini.


Sebenarnya, kita boleh mengawal masa kita.

Bagaimana?

Dengan mengawal aktiviti kita.

Bagaimana?

Elakkan aktiviti yang tidak berfaedah.

Bagaimana?

Ubatilah hati supaya cinta pada masa.

Kenapa?

Kerana sebagai hamba, kita mencari keberkatan masa.

Moga Allah permudahkan segalanya.

Hargailah masa, bila ada.

Kerana masa lapang merupakan nikmat yang sering dilupakan.

Allahu allah…



:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

No comments:

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.