♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Tuesday, January 04, 2011

Kita adalah apa yang kita baca.

Kalau asyik baca komik, nanti ayat kita pun macam ayat komik. Pemikiran pun macam dalam komik.

Kalau kita suka baca komik detective Conan tu, nanti sepanjang masa asyik nak menyiasat saja. Dan berharap ada pembunuhan, supaya boleh menyiasat. J

Kalau asyik baca komik Sin Can, nanti asyik nak main Action Kamen je. Alahai Nohara Sinosuke. J

Kalau baca kitab-kitab, jiwa rasa dekat dengan Allah. Rasa nak pertingkatkan amalan, nak rasa dekat dengan mati. Berkesan sungguh bahan bacaan yang kit abaca pada pemikiran kita. J

Kalau kita suka baca buku perjuangan, fuh! Berapi-api semangat perjuangan kita. Pantang ada demo,mesti kita jadi frontliner. Memang semangat jihad tinggi. Alhamdulillah. J

Kalau kita suka baca novel cinta, mesti waktu hujan kita suka berangan-angan. Membayangkan cerita novel tu berlaku pada kita. Dicintai,direbut dua jejaka idaman dan sebagainya. Lepas tu mula la nak couple, kalau segan nak couple, pakai istilah cinta Islamik dan sebgainya. Penangan novel ni hebat. Ada novel yang boleh buat kita termimpi-mimpi! Tapi ada novel yang bagos inputnya. Ada pengajarannya. Yang penting, berpada-pada dan pandai-pandai memilih bahan bacaan yang baek. J

Kalau kita suka baca Quran, bibir kita gemar menyebut asma Allah. Bibir kita murah zikir kepada Allah. Wah, best dan bahagianya hati yang selalu ingat pada Allah. J

Kalau baca buku pasal kawen?? Oooh, mesti jadi makin tak sabar nak kawen. Walaupun umur dah 20++, tapi jangan syok sangat baca buku kawen, kalau mampu laen cerita, kalau tak mampu, bimbang jadi benda lain pulak nantinya. J

Bukan tak boleh, boleh membaca buku soal kawen, bagi menambah ilmu didada, tapi biar berpada-pada. Bukan nak marah, tapi nak nasihatkan saja, buat diri sendiri terutamanya. Seronok baca buku soal cinta,kawen,tuning atau sewaktu dengannya. Nanti asyik benda sama yang kita fikirkan.

Semangat baca buku kawen ye, semalaman boleh habiskannya, tapi kalau disuruh pada buku perjuangan, liat sungguh nak habeskan. Kalau habeskan pun,bila dapat taklifat kena buat pembentangan (saya lah tu). J

Bacalah buku tentang perkahwinan, tapi yang berbicara dekat dengan Islam dan Iman. Supaya kita tak lari jauh dari jalan Tuhan. Jangan baca buku sembarangan, bimbang nanti kita tak terkawal perasaan. Mulalah terjadi kes bertukar-tukar pasangan, atau kes mencari cinta murahan. Jangan dan jangan!!

Seimbangkanlah bahan bacaan. Baca buku perjuangan, baca kitab-kitab, baca novel, baca buku motivasi, supaya kita serba serbi tahu, serba serbi ada.

Bila disuruh bicara soal perjuagan, kita boleh.

Bila disuruh bicara soal agama, kita lancar.

Bila disuruh bicara soal kitab dan Quran, kita mafhum.

Jangan nanti bila disuruh bicara soal cinta dan kawen saja kita bersemangat, tempat lain kita tak ada maklumat. Malu tu!

Baca apa yang anda rasa bermanfaat, jangan hanya baca apa yang anda rasa minat. J


p/s: saya mencari jalan untuk mencintai sirah dan sejarah. Sehingga hari ini, membaca 3 baris perkataan dari buku sirah atau sejarah saja sudah membuatkan mata saya kabur dengantulisan-tulisannya. Tapi hairan pula sejarah kat SPM dulu boleh dapat A. J musykil bin ajaib! Tapi hari ini saya tewas bahagian sirah dan sejarah. Ada tips? Sila kongsikan. Jangan ditanya saya soal sirah dan sejarah, pasti saya pandang anda semula dengan pandangan simpati dan mohon maaf. J itu kekurangan, dalam usaha memperbaiki. Insya allah. Mohon doanya. J


:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

2 comments:

Jamilah Mohd Norddin said...

Setuju.

Kita adalah apa yang kita baca.

Anonymous said...

kak husna. terbaiklah. membaca buku sirah mmg mengantuk kalau baca atas katil. tapi tetap mengantuk walau baca atas kerusi. kena pupuk hati cintakan sirah dulu nampakny.

wah, umur dah 20++ seronoklah cakap pasal kawin yee kak.. elok lah tu, lepas ni takde dah yang ter.........

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.