♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Wednesday, January 19, 2011

Pengalaman interview.

Wah. Macam otai sangat. Sikit interview dah nak heboh seblog dah. J

Kira ok lah.

Nasib tak heboh satu dunia. J

Dari jam 9 pagi dok tunggu depan Information Centre. Skema jugak, padahal dah tau dah nombor giliran last-last. Budak baek. J

Hizib Nawawi. Hizib Bahar. Sume dah kutip baca. Sambil menunggu. Hanya zikir yang sesuai menjadi peneman. Takkan nak baca buku chemistry pulak kan?

Dok tunggu tu, borak-borak dengan budak ni. Emielia. Adlina. Sarah. Aina. Macam-macam cerita mereka semua. Layan sajalah.

Kol 12.45 tengahari baru masuk ke conference room. Cuak. Tapi tak la sangat. Sebab dah biasa dah interview ni. (cover line). Cuma bezanya kali ni kena 'speaking'. Frankly, I don't like. Memang tak pandai cakap omputih ni.dulu masuk debat BI pun tatau gane buleh menang. J

Kebetulan, yang masuk tu sume budak-budak sekapal. (Kami generasi 9 DQ). 6 orang. Memang makin cuak. 3 lelaki 3 perempuan. Orang kata kalau interview ramai-ramai kurang sikit cuaknya. Tapi sebenarnya tak jugak. Bila interview ramai-ramai, kalau kita salah, alamak. Malunya. Tambah-tambah sekali dengan budak-budak sekapal. J segan nak lobi diri lebih-lebih. Memadai sajalah yang mana terkeluar. Allah. Lobi diri bukan perbuatan yang baek. Sila jangan tiru aksi ini. J

Mula-mula orang-orang besar yang dihadap tu, suro introduce diri sendiri.

Start lah dengan yang pertama.

Sume yang pernah sekelas.

Hisyamuddin Lois. Razani Azmi. Mustafa Syawal. Emielia. Aina Fauzi. J

Lepas perkenalkan diri. Ditanya tentang pilihan. Pada awalnya, pilihan hati adalah …. Tapi lepas ibu call 13 minit sebelum interview, semuanya berubah. Takpelah. Kali ni saya wala penuh kasih pada ibu. Mungkin itu yang terbaek. Allah tunjuk jalan melalui ibu. Ibu kata, "Rasa berat je nak suro kakak amek ni…..(state the specific course)" maka, saya melaksanakan pesan ibu. Takpe, takkan menyesal. Wwalaupun ibu tidak memaksa. Ibu kata, terpulang lah. J Sungguh. Pilihan ibu tentu yang terbaek. Kerana ibu cukup kenal siapa saya. Cukuplah saya menghampakan banyak harapan ibu. (seperti makan eskrem tengah-tengah malam. Minum ais. Maen lasak-lasak) J


Allah.

Bila tiba giliran saya disoal, saya confident jawab.

Tapi saya dicabar oleh Dean Allhs. "Make sure you make it."

Allah. Tercabar ni. Memang tercabar. J


Lepas keluar bilik interview, perut dah tak rasa lapar, sebab excited sangat nak pergi Kuantan. Tak sabar sangat kot. J

Kuantan, September, wait for me. J


Interview bukan segala-galanya, pointer lebih diutamakan. Bab pointer saya kalah. Saya tak terror. Tak dapat 4.00 flat pun.

Pinta saya, hanya pada Allah saya serahkan. Maka, dibidang mana sekallipun DIA meletakkan saya, syariah dan Islam yang ingin saya bawa. Jadi tiada masalah. Masalah minat? Dah 2 tahun saya berada di dalam bidang yang saya tak minat. Alhamdulillah. Saya mampu berada sehingga hari ini. Maka, benarlah, Allah satu-satunya tempat pergantungan saya. J dan tentunya kamu semua. J

Harapan saya, dimana sekalipun saya berada lepas ni, saya mampu bawa Islam dengan sempurna. Maka, ini semua memerlukan persediaan yang mantap. Mari bersama saya.


Sebentar lagi bakal melangkah kea lam yang lebih mencabar. Persediaan besar mesti diusahakan. Semoga tidak tersasar dari landasan sebenar. J


Allah, letakkan aku ditempat yang Kau tahu ia terbaek buatku. Dan menyenangkan hati kedua ibu bapaku. J


:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

3 comments:

Anonymous said...

tertanya tanya, amik ape? pilih ape?

husnataqwa said...

rahsia setakat ni.

orang tertentu dan perlu saja yang diberitahu.

(macam pelik je,pasni mesti orang tahu jugak)

zati said...

waaahhhh dah interview!!!
cepat2 dtg kuantan...rindu semua...rase x seronok korang semua xde...huhu

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.