♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Thursday, January 20, 2011

SMAC 2011

Entah kenapa SMAC tahun ini tidak terasa auranya seperti tahun lalu.

Haih. Sejak akhir-akhir ni suka sangat bandingkan keadaan tahun lalu dengan tahun ini.

Sudah. Sudah lah tu.


Selepas makan malam bersama Khadijah dan Atiqah Razak, kami berborak panjang.

Itu ini. Itu ini. Berbincang masalah ummah.

Perbincangan yang membuahkan idea untuk melalukan sesuatu demi ummah.

Orang kata, tak guna cakap pasal masalah ummah kalau tak come out with penyelesaian.

So im trying. Gunakan apa yang ada pada kami untuk melakukan yang terbaek.


Lama tak duduk-duduk dengan mereka. Terlalu banyak kenangan yang pernah dibina.

Tak mungkin dilupa.


Sedang menjamu macaroni goring telur mata, menjeling ke padang bola.

Melihat permainan dari jauh.

Bola. Memang tak dapat dipisahkan dengan lelaki.

Sekilas terkenangkan abang-abang kesayangan. Tersenyum.

Pernah Nampak pemain-pemain bola (bukan waktu SMAC) main bola kat padang pakai shortpant.

Nak pandang pun segan.

Dan tak puas hati jugak melihat pemain-pemain wanita SMAC pakai baju aci-aci lepas punggung je.

Aduhh.. budaya baru lagi nampaknya.

Kalau sebelum ni risau budaya muamalat yang sangat tak terjaga, kini mula risau trend pakaian yang berubah-ubah.

Kalau dulu, susah nak tengok budak UIA pakai selendang, tapi hari ini.. hem… belambak sangat.

SMAC oh SMAC.

Sukan. Bagus. Sunnah tu! Tapi kalau dalam melaksanakan sunnah, bercampur dengan maksiat dan segala bagai rencah, apa lagi yang tinggal untuk dibanggakan?


Sedang duduk-duduk.

Kedengaran laungan,

TAKBIR!!

Disahut dengan laungan ALLAHU AKBAR.

Kuat sungguh jeritannya.

Jeritan kemenangan mungkin.

Berkobar-kobar nak tengok dari siapa laungan itu. Tapi memang tak Nampak.

Moga-moga laungan itu bukan saja kuat di pendengaran, tapi hebat terkesan di dalam hati.


Tahniah kepada yang bertungkus lumus bekerja menjaga biah solehah SMAC.

Apa guna ada jawatan, tapi berfoya-foya dengan jawatan yang ada.

Sesiapa ada kuasa, sila jaga biah solehah di UIA. Kelak bakal dipersoalkan semuanya.

Bersiap siagalah!


:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

No comments:

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.