♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Thursday, January 20, 2011

Usah kecewa dengan sambutan mereka!


"Kak saya kecewa laa."

"Kak kenapa mereka buat macam ni.. Kita buat ni untuk mereka."

"Saya tak paham. Entah la kak. Takde jiwa agaknya mereka ni."


Usah kecewa dengan sambutan mereka. Berbalik kembali pada niat kita melakukannya. Sesuatu program yang kita buat, jadikan ia adalah untuk diri kita sendiri belajar. Kemudian baru target kita untuk memberi manfaat pada orang lain. Ramai orang apabila membuat sesuatu program, mereka selalu mengharapkan sesuatu kesan yang baek bagi sasaran mereka. Tapi bagi saya, apabila saya ditugaskan membuat sesuatu, saya lebih suka menjadikan program itu adalah pengajaran buat diri saya. Makna kata, tidaklah terlalu kecewa jika tak mampu memberi persembahan terbaek dan menarik mereka ramai-ramai ke program kita.

Contoh, anda ditugaskan membuat satu talk. Dan anda bertungkus lumus membuat persiapan untuk melaksanakan tugasan. Benar, sasaran kita untuk membuat program kepada mereka dan mereka. Tapi dalam masa yang sama, jadikan program itu adalah satu medan untuk kita melatih diri. Makna kata, sekiranya program talk itu terlaksana, maka kita yang menimba banyak ilmu dari program tersebut. Meskipun, program itu Berjaya ataupun tidak. Ramai orang datang atau tidak. Sekiranya banyak masalah menimpa dalam sesuatu program, maka senyum dan katakanlah, "ini adalah latihan buat aku. Ini medan untuk aku mengasah bakat kepimpinan aku." Walaupun masalahnya mungkin tak ramai yang sudi menyertai program yang kita laksanakan. Meskipun program itu adalah untuk manfaat mereka juga, dilakukan memberi faedah kepada mereka. Namun, jadikan sesuatu yang kita lakukan benar-benar untuk melatih diri kita. Kalau tak ramai orang memberi penyertaan, lihat kembali bagaimana diri kita mengatasi masalah yang berlaku. Bukankah ini satu medan yang cukup hebat untuk memberi tarbiyyah pada diri kita? Tak kesah sekiranya kita melakukan program, kemudian program tersebut dihentam dan dibaham oleh segenap orang. Itu tandanya ada sesuatu ibrah yang cukup baek untuk kita jadikan pengajaran dalam gerak kerja kita akan datang.jangan putus asa. Ramai orang yang down dan kecewa apabila event yang mereka lakukan dihentam oleh orang lain. Ingat kembali, gerak kerja adalah medan latihan menuju kesempurnaan. Bukan kita sempurna untuk melakukan aktiviti yang sempurna sentiasa. Malah berbanggalah dengan segala teguran yang kita dapat. Mungkin dek kerana kesalahan kita, ramai orang belajar untuk tidak melakukan kesalahan yang sama. Jangan pandang rendah pada teguran. Tapi hormatilah. Tak kesah walaupun teguran itu diberikan dengan cara menghentam, mengkondem atau sebagainya. Yang penting, input teguran itu yang kita ambil ,simpan dan jadikan azimat sepanjang zaman.

Contoh. Saya membuat satu modul. Kemudian modul itu terlalu banyak kesilapannya. Sehingga menimbulkan provokasi yang melampau. Contoh. Sehingga menyebabkan berlaku perubahan mood yang tidak sepatutnya berlaku. Ya, harus saya akui kesalahan saya. Kerana ketidak perihatinan saya. Maka, ini adalah latihan buat saya. Bagaimana saya mengatasi kekurangan dalam modul yang saya anjurkan. Bagaimana saya menangani masalah yang berlaku sepanjang modul itu berlangsung. Semuanya menguji minda. Walaupun saya mungkin dihentam oleh banyak pihak. Dituduh dengan perkataan=perkataan zalim seperti tidak peka, tidak berfikir panjang, kurang penelitian dan sebagainya. Itu biasa. Tak mungkin saya menjadi sempurna. Senyumlah sekiranya itu jua yang berlaku pada anda. Kerana apa? Kerana kesalahan itu akan menjadi ibrah buat semua orang. Lepas ni kita tak boleh buat benda macam ni. Nanti jadi macam ni. Tengok Husna buat, jadi begitu. Kita kena buat macam ni. Supaya tak jadi macam tu. Betol? Maka, bukankah itu juga satu teladan yang baek? Contoh tak bererti contoh yang baek. Ada masanya contoh yang tidak baek juga perlu untuk mengatakan bahawa begitu begini tak boleh dilakukan. Maka, berlapang dadalah atas setiap teguran. Walaupun mungkin sewaktu postmortem, saya dan kumpulan saya dihentam secukup rasa oleh semua pihak. Tapi takpe. Usah kesah dengan cara mereka memperbaiki kesalahan kita. Yang penting kita faham dan kita tahu, kita buat salah dan kita kena sedar bahawa kesalahan yang sama kita tak boleh ulang sebab kita dah buat sejarah. J

Kadang-kadang, manusia bila ditegur tentang kesilapannya. Mereka lebih suka memandang cara orang menegur. "alah hari tu dia tegur aku macam-macam. Sinis. Sindir-sindir laa.. " itu yang menjadi perhitungan kita selepas kita ditegur. Tentang input yang hendak ditegur langsung kita tidak ambil kisah. Malah seolah-olah mahu melupakan teguran orang terhadap kita dengan mengungkit aib orang lain. Itu sesuatu yang sungguh tidak patut berlaku di antara kita.

Berkenaan penyertaan. Sedih saya melihat adik-adik MEDCY saya bermuram durja dengan penyertaan yang tidak memuaskan dari 2nd year MEDCY untuk AGD 2011. La ba'sa adik-adikku. Ingatlah pesanan ini, bahawa program ini latihan buat kamu. Maka kamu mesti menjayakannya. Kalau penyertaan tidak memberangsangkan, maka jayakannya dengan penyertaan yang ada. Tidak perlu berfikir pada mereka yang tidak sudi. Teruskan latihanmu dengan orang yang menyertaimu.

Pada orang yang tidak mahu memberi komitmen, anda sebenarnya yang patut risau. Sekiranya saya membuat sebuah talk dan anda tidak datang, percayalah saya tidak rugi apa-apa. Saya tetap menadpaat latihan.saya mendapat input dari talk tersebut. Disamping mengasah bakat kepimpinan saya. Tapi kamu yang mengasingkan diri, kamu yang sepatutnya merasa rugi. Orang nak suap pun masih mengelak. J macam-macam. J

Sendiri tidak paham. Kadang-kadang orang yang faham pun melakukan perkara yang sama. Atas apa saja alasan, tidak mengapa. Percayalah urusetia, anda tidak rugi. J Anda mendapat tarbiyyah yang baek dari apa yang telah anda laksanakan. J

Menolak usaha penat orang lain dengan tidak menyokong usahanya merupakan sesuatu yang sungguh mengecewakan. Hargailah usaha mereka walaupun mereka hanya menyediakan sepinggan bihun goreng buat kita. Bayangkan, sebuah event yang dianjurkan oleh anda, tidak mendapat sambutan. Malah dipersoalkan lagi akan kepentingannya. Apakah yang akan dirasai oleh Pengarah Programnya? Bayangkan anda adalah Pengarah tersebut.

Saya kadang-kadang terlepas pandang. Sungguh rugi rupanya apabila saya melepaskan event-event yang dianjurkan untuk saya. Kerana sayalah yang rugi. Mereka yang berpenat lelah tidak pernah rugi. Malah mendapat balasan baek disisiNya.

Sayang-sayangkan akademik. Semua orang sayang. Dimana jiwa kita? Buktikan dengan kelakuan. J - kata seorang sahabat. J


:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

2 comments:

serikandi said...

tambah lau tak dapat sokongan dari orang atasan pun an..
sob sob sob

husnataqwa said...

berhusnu zon sajelah kita mampu supaya tidak timbul masalah hati yg membinasakan..

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.