♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Thursday, January 06, 2011

Thousand story of a night. – Terima kasih kerana mengingatkanku-

Have a nice nite. Love the quote. Kenapa have a nice nite? Sebab setiap malam, mesti mencabar. Dua tiga benda kena setelkan dalam satu malam. Menarik. Itu seni dalam perjuangan. Kena siapkan tutor. Kena ready untuk kuiz. Kena pergi meeting itu. Meeting ini. Kena follow up itu dan ini. Menarik sungguh hidup ini diciptakan. Malam diciptakan bukan untuk berehat menggoyang kaki dibilik~

Teringat dan menarik untuk merenung lirik lagu Sunnah Orang Berjuang.

Malamnya bagai rahib merintih sayu
Dihiris dosa air mata
Siangnya bagaikan singa di rimba
Memerah keringat mencurah tenaga
Itulah sunnah..berjuang..ke jalan Allah..

Terima kasih kepada sahabat sekeliling yang tak jemu meminpin saya. Walau mata saya celik, takkena pakai spek tapi boleh jalan laju, walau hakikat sebenarnya saya rabun. Pimpinlah saya kerana kadang-kadang saya juga buntu.

Sejak akhir-akhir ni, saya seperti terlupa saya menyandang jawatan Vice President dalam MEDCY. Saya seolah-olah melupakan MEDCY. Apa nak jadi. Saya sendiri taktau. Excited sangat buat benda lain,mungkin. Sehinggalah mala mini akhirnya saya ditegur oleh beberapa orang. Atau lebih tepat, di'sound' sinis oleh beberapa orang. Itu kesilapan saya, bukan silap siapa-siapa. Saya mohon maaf pada semua komiti MEDCY atas kelalaian saya. Saya mohon kalian tidak jemu memanggil saya kembali.

Bukanlah satu perasaan yang menarik apabila di terjah dengan persoalan-persoalan provoke yang best, tapi Alhamdulillah, ia membawa kesedaran pada saya, bahawa saya ada taklifan yang ditinggalkan, jua bakal dipersoalkan kelak di negeri abadi. Subhanallah. Mohon maaf pada semua komiti. Dan orang-orang yang terlibat. Dari Maghrib, sampai tengah malam, banyak orang menegur saya rupanya. Alhamdulillah. Allah masih sayang pada saya, diberinya peringatan melalui teguran rakan sekeliling. J


Dihadapkan dengan pelbagai dugaan, terutama akademik. Masalah akademik yang saya kira merisaukan. Dengan desakan ibu bapa. Opss. Bukan desakan, dengan harapan ibu bapa yang pelbagai, saya sedikit tertekan. Tapi tidak mengapa. Saya gembira tertekan, sekurangnya ia mampu member saya sedikit kekuatan. J akademik merupakan ujian yang saya kira mencabar. Setelah tinggal UIA kecemasan hamper seminngu, rupanya banyak yang saya ketinggalan. Dan hanya saya yang mengetahui, betapa blurrnya saya di dalam kelas. Tapi Allah masih membantu. Alhamdulillah. Saya terlepas banyak aktiviti. Dengan EAP dan segala bagai mehnah di tengah jalan, tapi saya gembira.

Tidak ada niat saya menganaktirikan MEDCY, tidak sama sekali. Saya masih mendapatkan update, tapi tidak secara langsung. Insya allah, saya kembali normal minggu hadapan. Jangan risau. J saya ada disini. J

Malam yang menarik, memberi erti untuk kehidupan keesokannya. Malam yang menarik, membawa kita ke muhasabah yang syahdu di waktu tahajjudnya. Malam yang menarik, menjadi airmata tanda kelemahan hamba menitis kepada TuhanNya. Malam yang menarik, menjadikan hamba yakin, Allah itu hebat dan perancangannya jua hebat. J

Sungguh, saya mahu menjadi seperti seorang pejuang yang tidak kenal erti lelah dan kalah. Dan tentunya mahu menjadi pejuang yang berjiwa SOLEHAH. Sesuatu yang diimpikan semua orang. J

Sungguh, saya mohon maaf diatas segala taklifan yang tidak tertunai, lama. Agak lama. Saya mohon maaf kepada semua.

Sebagai penjelasan juga, saya bukan seorang pejuang yang 'demand'.

Mohon maaf atas segala khilaf dan kesilapan.

Mohon Allah ampun segala taklifan yang tidak tertunai.


Mari menjaga hati, elakkan maksiat menyelubungi. Ini hati, milik Rabbi. Jangan kotori, jangan tidak diisi. Allah itu sayang pada hamba yang sentiasa mengingatiNya. Mari ingat Allah. J


:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

11 comments:

Anonymous said...

sabarlah. hanya orang tertentu yang memahami. jadikan krikitan mereka kritikan membina. takbir wahai pejuang agama allah! jangan lemah.

husnataqwa said...

+_____+

=)

husnataqwa said...

lemah.. mohon jauh darinya...

kuat...mohon dekat dengannya..

medcy80 said...

tak sangka pulak ada hati, waktu tegur tu nampak hang rilek, senyum2.. penyejuk hati sungguh waktu orang tengah nak marah. rupanya memberi kesan jugak ye teguran tu. sekadar teguran saja..lebih baik dari dok dengar orang cakap bukan2 kan.. kita tu figure, kena jaga apa yang perlu dijaga.

lain kali kalau nak marah hang,mesti tak jadi, tengok muka hang feelingless,senyum2... haiiiiiiii husna...husna...

husnataqwa said...

dah2 laaa tu.....
tak payah imbau..
rilek2 je..
bese je..
tade masalah.
teguran tu kita tak ambik part orang nak marah ke, orang sindir2 ke, orang cakap pelik2 ke.. kita amek part nasihat saje~ khair~~

Anonymous said...

terbaik sis!

husnataqwa said...

tak baek sangat pun..

tak kenal maka tak cinta. :)

Anonymous said...

...sebab kenal la ni jatuh cinta. senyum je manjang kak husna ni..




dah ada partner-to-be ke belum?

husnataqwa said...

partner-to-be tu amenda? tapernah dengar. doctor-to-be pernah dengar.



kalau dah jatuh cinta, mungkin tak cukup kenal lagi tu. kena leboh kenal~~

Anonymous said...

lebih kenal supaya lebih jatuh cinta? hamboih, kena jatuh cinta sedalam mana ni?? hehe. akak..akak..

salam juang buat kak husna~

partner-to-be tak tahu eh kak?
bersih sangat otaknya.. *tak percaya pulak ase*

doctor-to-be tu insya allah cita-cita kak husna kan? moga tercapai.

partner to be tu yang orang dok cerita2 tu eh kak? ehem3... sepadan elok dah tu...

husnataqwa said...

jatuh cinta sedalam2nya pada DIA dulu. itu penting~ ahha.. kena tarbiyyah kat sini pulak.

sesungguhnya doktor bukanlah cita-cita saya, tapi harapan keluarga saya. kalau lepas ni terjadi doktor jugak, itu kerja Allah lah kan.. serah saja pada DIA, tenang rasa hati~

haish, kamu ingat otak akak kotor ke? memang nak kena. memang bersih la, tapi kamu yg tatau.

sebab otak bersih, tapaham apa yang kamu maksudkan.

cakap2 orang tapayah dengar, tak best. belom tentu soheh. percayalah~

taperlu berbicara sesuatu yang tidak pasti, kelak semua orang rugi..

salam juang juga buat ukhti~~

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.