Credit to : this blog's owner.
tatkala diri sedang bermusafir mencari cinta Ilahi,,
kadang2 diri tercuit dengan cinta-cinta kecil,,
cinta yang jika tidak dikawal bakal menempa murka Ilahi,,
di saat hati semakin gersang dari cinta Ilahi,,
sudah cukup membuatkan aku merasa cukup jauh dariNya,,
"layakkah aku untuk mencintai insan itu andai diriku sendiri masih gagal meraih cinta Ilahi??"
aku semakin bingung memikirkan dua cinta yang harus ku utamakan,,
aku meminjam semangat darimu,,
hatiku kembali terisi dengan tazkirah-tazkirah yang kau berikan saban hari,,
setiap tutur kata dan budi pekertimu tersimpan rapi dalam kotak ingatanku,,
kau terkenal dengan kewarakanmu,,
cara kau beramal dengannya,,cara kau menjaga ikhtilatmu,,
setiap kuliah yang kau beri ku teliti satu persatu,,
lantas timbul keinginan untuk berubah,,
dan pastinya ia ke arah yang lebih baik,,
namun ku luruskan kembali niatku berubah hanya untuk Allah,,
masih banyak salah dan silapku di sana sini,,
namun itu tidak menjadi alasan buatku untuk membentuk diri ke arah itu,,
ayat-ayat cintaNya ku dalami dengan hati yang penuh tawadhuk,,
hidupku semakin terisi dengan cinta dariNya,,
aku semakin beroleh ketenangan,,
namun aku tidak berani menyatakan perasaan cintaku padamu pemuda soleh,,
kerana kita sama-sama masih memikul banyak tanggungjawab,,
tanggungjawab terhadap pelajaran,,
tanggungjawab terhadap dakwah,,
tanggungjawab terhadap ibubapa,,
dan pastinya tanggungjawab terhadap Allah,,
aku masih belum bersedia dan aku tahu kau jua begitu,,
aku yakin dengan janji Allah,,
"Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki yang keji adalah untuk wanita-wanita yang keji. Dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik….." (An-Nur:26)
aku kini sedang bermujahadah untuk menjadi solehah,,
namun keutamaanku bukan untuk mencari yang soleh,,
sekadar memperbetulkan diri yang semakin terpesong dari jalanNya,,
Akhir kata,,aku amat mengagumimu kerana agamamu,,bukan kerana kekayaanmu,,
bukan kerana keindahan wajahmu dan malah bukan jua kerana keturunanmu,,
aku amat menyenangi perasaan itu,,
maminatimu sahaja aku merasa tidak layak,,
mana mungkin aku mampu menganyam impian untuk menjadi teman hidupmu??
semoga kau beroleh rahmat dariNya,,
"Aku mahu lelaki yang apabila menatap bening matanya,,hatiku menjadi luas dan lapang,,
Aku mahukan lelaki yang apabila ku dengar suaranya melagukan ayat Al-Quran secara murattal,,
ketenangan melingkar di jiwa,,
Apabila aku berdiri di belakangnya sebagai makmum,,aku merasa aman dan selamat"
mencari wanita solehah dari IluvISLAM. Klik link untuk membaca.
3 comments:
Assalamu'alaikum.
Betul tu Husna. Terima kasih sebab share kat sini.
Kadang-kala kebimbangan mendamba yang terbaik menerjah di fikiran. Namun, kebimbangan adakah diri sudah menjadi yang terbaik juga menjadi persoalan.
Walaubagaimanapun, Allah telah menetapkan yang terbaik buat diri kita, walau dirinya bukan rupawan dan hartawan, namun keindahan agama yang ditonjolkannya menjadi pilihan.
Moga dirimu, diriku dan kalian mendapat apa yang diperlukan meski tidak memperoleh apa yang diinginkan.
Terima kasih~ ;)
uwafiq miah bimiah 'Aisyah.
Mari persiapkan diri menjadi yang solehah. sebelum mendamba yg soleh.
dah mencapai 20-an~
masa untuk melangkah alam baru dah dekat. itu seronok.
tapi yg tak seronoknya, masa untuk membuat persediaan semakin singkat. maksimakan segalanya.
moga berbuah hasil yang istimewa.
insya allah~
Salam 'alaik...mohon share ye...syukran =)
Post a Comment