♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Wednesday, January 12, 2011

Unlucky day.. Oh Allah,forgive me!




Bismillah. Alhamdulillah.

10/1/11 (Isnin)

Sungguh mengerikan untuk difikirkan. Tension. L

Ada quiz. Pergi kuiz lambat. Bangun pagi rasa lapar sangat-sangat. Tak jadik puasa. Makan dulu sebelum pergi kelas. Makanan pulak sungguh teramat pedas. Saketnya perut. Pergi kuiz, bila dapat kertas soalan, semangat nak jawab. Sekali bukak beg, takde pencil box. Ada pen sebatang? Macam mana nak mengira. Pastu cari kalkulator. Fuh! Pun tertinggal. Allah.. syadid sungguh tarbiyyahmu Allah. J terpaksa mengira guna phone. Memang lambat. Dengan touch screennya lagi.sekali dah habis masa jawab kuiz, dan saya tak dapat jawab semuanya, tak cukup masa! Sedangkan saya tahu nak jawab soalan tu macamana. Sungguh kecewa. Kepala rasa berat. Berjalan ke Mahallah. Sampai di lif, keluarkan hset. Alamak! Stylus pen phone pulak dah hilang! Ni mesti waktu mengira pakai hset tadi. Tragis. Mesti abang marah ni. Terngiang-ngiang ayat yang bakal dia marah, "Ingat semua benda ada spare part ke? Jaga barang pun tak pandai. Bila nak pandai?" maka bertambahlah tension. Sampai di bilik nak berqailulah. Tapi masya allah,tak dapat nak lelapkan mata. 45 minit cuba untuk lelapkan mata. Tercabar sungguh. Dah pasang Quran sebagainya. Tapi tak berkesan pun. Tarbiyyah dari Allah. Pujuk hati. Dalam kelas lepas ni mesti mengantuk sebab tak tidur tengahari. Sungguh syahdu. Hari yang begitu syadid. Dengan urat-urat kaki yang masih terasa tegang. Sakit dan sengal untuk berpijak. Masih terasa sisa-sisa kepenatan berhujung minggu. Terasa seperti mahu pulang ke kampong halaman. Berhenti belajar dan tanam jagung dan bendi kat kampong. JJJ (manja sungguh, kata pejuang?)

Terasa banyak dosa. Sehingga Allah kafarahkannya seharian dalam hari Isnin yang dilalui. Maka, mohonlah ampunannya yang melangit luas terhadap dosa-dosaku yang menggunung tinggi. Ampunkan hamba ini Ya Allah. Sungguh, dosa-dosa yang terlalu banyaklah yang menghalang rahmatMu sampai kepadaku. Mohon ampun…. Dengan sangat….

11/1/11 (selasa)

Tarikh yang cukup cantik. Lihat saja nombornya. Ada ke yang melangsungkan perkahwinannya hari ini? Pasti tak dilepaskan peluang kan? J hari ini langsung takde kelas. Membahagiakan ke? Langsung tidak. Sebab lepas ni mesti tiap-tiap malam ada kelas ganti. Tarbiyyah yang sungguh membahagiakan. Kafarah dosa hamba, mungkin. Ke library. Study bersama kawan-kawan. Alhamdulillah. Ada jugak manis yang boleh dikenang. J

Sungguh, Allah menguji pasti Dia mengubati. J


"Kak Husna merajuk dengan MEDCY?"

"MEDCY menunggu kehadiran akak."

Tidak. Saya tidak merajuk dengan MEDCY. Bahkan, saya sayang MEDCY. Baca post ini,kalau tak percaya.

Saya tidak merajuk. Tapi entah bagaimana saya nak katakan. Entah..

Susah untuk dinukilkan. Mungkin saya kecewa. Ya, kecewa.

Kerana apa yang saya nak bawak dalam MEDCY banyak yang tidak tercapai.

Amar maaruf Nahi Mungkar yang saya cita-citakan tak Berjaya saya laksanakan seluruhnya. Jangan katakana kepada semua ahli MEDCY di CFS yang mungkin mencecah seribu orang pelajar, tapi kepada committee pun saya tidak mampu melakukan apa-apa. Sungguh, itu saya kecewa.

Mungkin kekecewaan ini terlalu awal untuk diluahkan. Jangan risau. Saya pasti kembali pulih dari luka kekecewaan yang sedikit.

Beginilah yang terjadi apabila harapan terlalu tinggi. Rosak di tengah jalan. Tersungkur entah dimana.

MEDCY. Saya sayang MEDCY. Tapi saya kecewa dengan apa yang berlaku dalam MEDCY.

Mungkin salah saya sendiri. Silap saya. Kafarah dosa saya,mungkin.

Entah. Jangan risau MEDCY, saya bakal kembali. Minggu ini biarlah saya merawat dulu kecewanya rasa hati. Insya allah minggu depan, saya kembali.

Dan saya mahu mengubah apa yang saya mampu, dengan bantuan adik-adik saya yang baru. JJJ

Korang bantu akak eh! MEDCY tak boleh jadi macam sekarang. MEDCY kena lagi baek. MEDCY kena jadi persatuan contoh. Dan nak jadikan MEDCY sebagai persatuan contoh, semuanya bermula dari kita sendiri, komiti-komiti MEDCY.


[apabila rasa hormat telah hilang, rasa menyampah dan tak thiqah mendatang]


:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

7 comments:

Anonymous said...

wow. rilek hsna. husna. sabarlah ye. ada hikmah tu

medcy80 said...

kalu ko cakap cam ni.. aku lagi laa rase down. ak tau ko kecewa. takpe, ujian allah buat kita.. husna,kuat ye. medcy syang husna. rindu pada husna..

nurulhusna said...

takpe2. sementara masa yang bersisa, kita cube perbetulkan. tapi memerlukan bantuan semua la.. huhu.

entah laa. sejak akhir2 ni, rasa takde hati langsung. walaupun untuk pergi meeting medcy. mmg susah bila tiada thiqah.
patutlah thiqah tu dijadikan rukun.. hem.... wondering..

Anonymous said...

jgn putus asa ea nk betulkan semuanya. insya allah. tinggalkan sejarah medcy di tenure ko dnegan cara yg baik.

pergilah meeting. kalau tak pergi meeting, lagilah susah nak mengubah..

takpelah, saya faham cik husna. kalau dah kata takde hati tu, mmg takde hati lah kan. keras kepala kalau dipujuk pun. takpe, take ur time dear. insya allah sume kembali macam biasa. jangan risau dear, allah ada. tak lama insya allah kita kembali izzah macam tenure lepas. cume kena usaha sikit laa.

kuat ye husna. ini mmg ujian buat husna. allah uji sebab dia tahu husna kuat. :))

Anonymous said...

rasanya tak patut nak rilek dah.. buatlah apa yang patut. sampai bila kita nak rilek tengok maksiat berlaku depan mata. moga-moga allah membantu. moga-moga kita sama-sama mendapat hidayah. insha allah

caliph said...

ayah tanya bakpo tak bawak kalkulator lagi?

nurulhusna said...

kasik pinjam kat orang yang lagi 3 tu. tinggal 1 je. takpe, kasik pinjam kat orang, dapat pahala berterusan. boleh jawab je kuiz tu. jangan risau. klo tak caya nanti dapat markah kuiz kite tengokkkkk. ahak

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.