Saya bercerita kisah saya sewaktu hendak ke medan peperangan di hari terakhir,iaitu untuk paper PHYSIC. Dengan pelbagai mehnah pada malam peperiksaan, paginya mmg saya luangkan masa dengan SERWAY PHYSIC sebaeknya. Ter'miss' kuliah ustaz Muhadir walaupun didesak Siti Khadijah untuk hadir ke Kuliah. Tapi kondisi saya memaksa saya menolak,maka beliau kehampaan.Maafkan saya,Khadijah.
Dijadikan cerita, saya terlambat ke dewan peperiksaan. Pada pukul 2.20petang saya ditemani Adlina yang membawa makanan tengahari untuk saya. Saya kira sudah cukup lewat,maka makanan Adlina saya tak sempat makan. Sori Ad..
Maka saya tinggalkan Adlina bersama laptop.
Keluar dari bilik,saya dapati kasut saya tiada! Ya Allah. Saya hanya ada sepasang kasut dan selipar tandas. Saya memang tidak suka bersandal. Masa tu hanya Allah yang tahu ketakutan dan kecuakan dalam hati saya. Tapi saya tetap bertenang. Saya pakai kasut lama. Kasut lama saya niat nak buang dalam tong sampah sebab sudah tiada tapak. Nasib baik,berguna jugak di saat genting begini. Saya pun tidak pasti kemana kasut saya menghilang. Semalaman saya tiada di bilik. Sekarang kasut kesayangan dan satu2nya kasut yang saya ada telah hilang.
Saya melangkah ke dewan peperiksaan. Dengan kasut tanpa tapak. Saya kata, "agaknya beginilah orang miskin yang tak ada duet nak beli kasut baru berjalan. Sakit. Perit."
Sampai saja di dewan peperiksaan, saya merupakan orang terakhir yang masuk ke dewan. Saya paling lambat. Dan saya sangat tak suka menjadi lambat. Saya mahu sensitif dengan masa. Kerana masa adalah amanah buat saya. Saya tak boleh lewat melainkan terlalu darurat. Saya tak suka orang lewat. Kalau kita lewat, kita bukan zalim pada diri sendiri. Malah, zalim terhadap orang lain sebab kita dah rosakkan masa dia. Dan kita zalim pada Allah sebab kita khianat dengan amanah masa yang Allah bagi. Itu persepsi saya. Jadi saya tak suka lambat.
Dalam dewan peperiksaan,saya tak boleh tumpu pada soalan peperiksaan. Saya asyik fikirkan kasut saya. Esok, (23hb Feb), saya ada picnic MEDCY. Saya kena pakai kasut. Saya tak suka pakai selipar,nampak leceh. Macamana saya nak dapatkan kasut. Saya asyik fikir sepanjang peperiksaan. Nak pinjam kasut orang? Saya 'demand' jugak. Saya tak suka kasut yang boleh mengeluarkan bunyi. Bagi saya, kasut yang keluarkan bunyi (yang biasa orang perempuan pakai), boleh tarik perhatian orang. perempuan dilarang menghentak kaki untuk menarik perhatian. Kalau tak silap dalam surah Annur ayat 33 juga ada larangan ini. Kalau saya tak salah lah. Saya ni sentiasa berangan nak jadi QURANistic, tapi masih belum cair dan tadabbur semuanya. Mungkin perlukan masa lagi. Doakan saya. Mari,sama2 kita menjadi ahli Quran. Insya allah.
Kemudian,dengan lemah gemalainya saya berjalan menuju ke KC selepas exam tamat. Memang tension sangat. Macam orang putus tunang jadinya. Yelah,kan tu exam last paper,semua senyum sampai ke mata. Gembira tak terkata. Saya pulak yang sedih tak tentu hala. Semua orang riang gembira makan2 dan bergelak tawa. Saya pulak dengan muka yang pasrah,naik lif,menekan butang 5 dan tersandar syahdu di pintu lif. Semua serba tidak kena.
Kemudian saya teringat satu hadis yang mana Rasul meriwayatkan doa untuk menghilangkan rasa sedih dan duka. Doa tu semua ornag dah pandai.
"Allahumma inni a'uzubika minal 'ajzi wal kasal..."
Doa ini mujarab untuk mengubat hati yg sedang bersedih. Insya allah. Cuba lah istiqamah amalkannya. Kemudian selepas saya berkali2 membaca doa ini,saya rasa tergerak nak spy dalam stor cleaner. Apalagi, selepas beraksi macam EJEN007, saya pun menyelinap masuk ke dalam stor tersebut. Punyalah busuk dengan sampah. Sabar saje. Bile saya menyuluh dengan lampu dari henset murah saya,dengan bersinar2 saya melihat kasut saya disitu. Allahuakbar. Saya rasa tak tau nak kata apa. Saya terus amik kasut dan lari keluar sebab stor itu sangat busuk dan penuh dengan sampah. Sampai hati makcik cleaner ingat kasut saya tu sampah,walaupun kasut saya dah buruk,tapi ia tetap kasut yang saya pakai kesana kemari. Makcik cleaner memang nak kena. Isbir ya ukhti! Kataku pada diri sendiri.
Keesokan pagi, saya bersiap untuk picnic MEDCY. Gembiranya dalam hati. Nak pegi picnic! Ni kali pertama pergi picnic sepanjang di CFS. Kalau kat DQ selalu juga ke Kalumpang. Picnic kli ni dibuat di Taman Tasik Perdana. Memang best. Semua committee MEDCY nampak gembira dan tak nerd dalam biasa. MEDCY ni sangat sinonim dengan nerd,saya pun tak tahu kenapa. Semua komiti beraksi dengan baik. Tambahan dengan Master of Ceremony yang kelakar dan lawak,memang tak tahan dan pecah perut. Tahniah Ku Atif dan Asyrafuddin. Bangga saya!
Setiap orang pulak kena bagi ucapan pengakhiran. Apa yang paling disukai dalam MEDCY dan apa yang paling dibenci. Selepas Azam meluahkan rasa gembira dengan AGD,saya pula diminta memberi ucapan. Kaku dan batu. Nak kata AGD jugak,sama pulak dengan Azam nanti. Maka saya pun mengarut sahajalah. Semua sangat gembira. Saya lebih2 lagi. Bila presiden saya memberi ucapan, tiba2 saya sedih dan sebak. Selepas ini saya dan kawan2 bakal menerajui MEDCY. Kakak2 dan Abang2 bakal meninggalkan kami. Ustaz,kalau nak dikira rasanya tak mampu lagi nak pikul MEDCY,tapi bila tengok muka Azam,Najwa,Hafizah,Lukman,Sidqi,Nik,Zaleha,Fahmi,Afiq,Qistina semuanya menjadi tenang. Insya Allah.
Adat bertemu,mesti ada perpisahannya. Adat berjumpa mesti ada pengakhirannya. Adat bermula,mesti ada penamatnya. Begitulah adat. Adat hidup,mesti ada matinya. Kesedihan memang tak dapat nak kira jika membayangkan bahawa inilah kali terakhir bersama2 komuni MEDCY yang besar punya!! Saya suka MEDCY. Walaupun MEDCY selalu buat saya sakit kepala. saya Suka MEDCY sebab komini MEDCY walaupun kadang2 nerd,tapi kadang2 satu kepala. saya suka MEDCY walaupun MEDCY selalu buat saya tak duduk dalam bilik. Saya suka MEDCY,saya selalu kena jadi matang untuk MEDCY. Saya suka MEDCY. Saya selalu busy sebab MEDCY. Saya suka MEDCY sebab saya ada adik beradik MEDCY yang semuanya baik2 dan hensem serta comel2 belaka. Saya suka MEDCY sebab MEDCY buat saya lebih pandai untuk berkomunikasi. Saya suka MEDCY sebab MEDCY ajar saya kawal emosi. Saya suka MEDCY sebab presiden dan vice presiden MEDCY memang nak menghala MEDCY ke jalan Islamik. Saya suka MEDCY sebab walaupun MEDCY suka tindas saya, orang dalam MEDCY suka marah saya, buli saya,kutuk saya, Saya tetap suka MEDCY sebab benda2 yang pahit dalam MEDCY tetap ada manisnya dalam kehidupan saya akan datang. Saya suka MEDCY!
Waktu makan pun tiba. Yang lelaki pergi hayun Ku Atif. Sebab Ku Atif kenakan Fathiah sempena Birthday Fathiah on the that day(23 February). Fathiah, the person yang mesej Ku Atif tentang ur birthday tu,its me! :) Sorry~
Makanan banyak sangat sampai tak habis. Alhamdulillah rezeki melimpah ruah. MEDCY kan kaya! Selalu dapat bajet dari STAD! (ye ke? Dengan penuh sakit hati melafazkan ayat ini)
Apapun, brothers memang part makan takle blaa. Senyap je mereka makan. Tapi yang peliknya tak habis jugak makanan tu. Masa makan, Kak 'Amali bukak lagu "BARAKALLAHULAKUMA". Semua excited nak kawen. Presiden pun kata,"ni makan pindah2 tempat ni kena kawen awal ni. :)" Saya sokong presiden saya sepenuh hati!! Sokong! Sokong presiden. Saya yakin kalau Presiden masuk mengundi,mesti menang punya! :) (macam takde kena mengena)
Kak Mas tak dapat datang. Tidak mengapalah. Awal2 pagi lagi kak Mas datang bilik saya. Kak mas bagi surat untuk dibacakan. saya suka MEDCY. Sebab semua komiti MEDCY baek jiwanya~ Dan saya harap,selepas pemergian kakak2 dan abang2 MEDCY, MEDCy teros bersemadi antara ABS(Academic Based Society) antara yang terbaek dan terislamik di CFS. Malah,saya mengharapkan anjakan paradigma yang sangat hebat dari komiti serta MEDCY umumnya. saya menyandang harapan in kepada Bakal PRESIDEN dan Bakal VICE PRESIDEN MEDCY. Menghala MEDCY ke arah sesuatu yang jauh lebih baek daripada apa yang telah sedia ada. Melakukan perubahan kepada aktiviti2 di dalam MEDCY untuk semua ahli MEDCY. Maka,memang MEDCY memerlukan komiti yang berkaliber dan hebat2 belaka. Insya Allah. Saya suka MEDCY sebab MEDCY adalah MEDCY dan selamanya MEDCY! Insya Allah.
Family Besar MEDCY!
No comments:
Post a Comment