Menyayangi ibu bapa.. |
Who should I give my love to?
My respect and my honor to
Who should I pay good mind to?
After Allah
And Rasulullah
Comes your mother
Who next? Your mother
Who next? Your mother
And then your father
Cause who used to hold you
And clean you and clothes you
Who used to feed you?
And always be with you
When you were sick
Stay up all night
Holding you tight
That's right no other
Your mother (My mother)
Who should I take good care of?
Giving all my love
Who should I think most of?
After Allah
And Rasulullah
Comes your mother
Who next? Your mother
Who next? Your mother
And then your father
Cause who used to hear you
Before you could talk
Who used to hold you?
Before you could walk
And when you fell who picked you up
Clean your cut
No one but your mother
My mother
Who should I stay rigt close to?
Listen most to
Never say no to
After Allah
And Rasulullah
Comes your mother
Who next? Your mother
Who next? Your mother
And then your father
Cause who used to hug you
And buy you new clothes
Comb your hair
And blow your nose
And when you cry
Who wiped your tears?
Knows your fears
Who really cares?
My mother
Say Alhamdulillah
Thank you Allah
Thank you Allah
For my mother.
My respect and my honor to
Who should I pay good mind to?
After Allah
And Rasulullah
Comes your mother
Who next? Your mother
Who next? Your mother
And then your father
Cause who used to hold you
And clean you and clothes you
Who used to feed you?
And always be with you
When you were sick
Stay up all night
Holding you tight
That's right no other
Your mother (My mother)
Who should I take good care of?
Giving all my love
Who should I think most of?
After Allah
And Rasulullah
Comes your mother
Who next? Your mother
Who next? Your mother
And then your father
Cause who used to hear you
Before you could talk
Who used to hold you?
Before you could walk
And when you fell who picked you up
Clean your cut
No one but your mother
My mother
Who should I stay rigt close to?
Listen most to
Never say no to
After Allah
And Rasulullah
Comes your mother
Who next? Your mother
Who next? Your mother
And then your father
Cause who used to hug you
And buy you new clothes
Comb your hair
And blow your nose
And when you cry
Who wiped your tears?
Knows your fears
Who really cares?
My mother
Say Alhamdulillah
Thank you Allah
Thank you Allah
For my mother.
Saya cukup yakin, mesti semua orang tahu lagu ni, paling kurang pun pernah dengar. J waktu kecik-kecik dulu, suka sangat lagu ni. Sampai sanggup tulis lirik dan tampal kat dinding. Takde keje sangat,mungkin. Bila dah dewasa, baru faham. Bila sedih, kecewa.. orang pertama yang kita jumpa selepas Allah tentu ibu bapa. Indah sungguh segala anugerah yang Allah bagi bagi.
Macamana 'give my love' kepada ibu bapa?
Senang. Bagi sesetengah orang. Susah, bagi sesetegah orang. Tak kira la berapa tengah orang pun, yang penting memberi kasih sayang kepada ibu bapa adalah suatu kebaekan yang dinilai tinggi di sisi Allah. Jika tidak manakan tidak Rasul menyebut "ibumu. Ibumu. Ibumu." Yang keempat baru disebut "ayahmu.". Tingginya martabat ibu ayah. J Masya Allah.
Saya tertarik dengan kata-kata seorang 'guru' saya ketika mana saya ditanya tentang haluan saya. Maka,saya berbangga mengatakan bahawa saya memilih science-base kerana ibu bapa. Lantas katanya, "Ibu anda mahu melihat kebahagiaan anda. Bukan saja hari ini tapi selamanya. Kalau anda bahagia hari ini, tapi tidak bahagia esok hari, saya yakin ibu anda akan tetap bersedih. Jalan hidup anda adalah pilihan anda. Jangan memilihnya kerana mereka. Kelak, anda kecewakan mereka, berganda-ganda mereka kecewa."
Namun saya tetap dengan prinsip saya, saya yakin jalan yang saya lalui hari ini, adalah jalan yang ditentukan Allah. Maka,saya berlapang dada.
Bagi pendapat saya sendiri, kasih sayang kepada ibu bapa memang terlalu abstrak untuk diungkapkan. Ada yang kata, kalau buat macam ni tandanya kasih pada ibu. Kalau buat begitu tandanya cinta pada ayah. Kalau buat itu tandanya sayang pada ummi abah. Benarlah, ia terlalu abstrak.
Maka,jika ditanya, bagaimana kasih sayang pada ibu ayah ditunjukkan, cukuplah jawapannya;
'gembirakan ibu ayah dunia dan akhirat.'
Sesungguhnya dunia itu tidak pernah boleh lari dari kesudahannya yakni akhirat. Maka, apa saja usaha kita untuk menyenangkan hati ibu ayah, pastikan jalan yang kita pilih tidak membelakangkan Tuhan. Dan jua, pastikan jalan yang kita pilih memberi bahagia bukan saja di dunia sementara, tapi di akhirat yang kekal selamanya.
Mungkin ada ibu ayah yang suka melihat anaknya mengikut trend pakaian semasa. Kata sang anak, ibu saya meminta begini dan begitu. Lalu kerana kasihnkan ibu saya menurut. Bagi saya, ini bukan kasihkan ibu. Tapi ini menurut nafsu. Sekiranya arahan yang kita terima bercanggah dari hukum Islam walaupun dari sang Ibu yang tercinta, timbanglah kembali dengan iman. Bukan kasih sayang sekiranya ke jalan neraka ia membawa kita bersamanya. Bukan kasih sayang andai syurga bukan matlamatnya.
Kasih sayang yang abadi itu bukan kasih sayang yang matlamatnya dunia. Malah, matlamatnya lebih dari itu. Syurga,akhirat dan rahmat Ilahi Rabbi. Masya Allah. Kalau semua manusia berkasih sayang mengikut cara yang Allah tetapkan tentu aman damai dunia ini hari ini.
Tapi terlalu ramai yang songsang dan melawan arus. Kononnya cintakan ibu ayah tapi.. memberi mereka bahagia di dunia saja, tidak terfikir akan kebahagiaan akhirat yang lebih hakiki. Masya Allah. Segala kebaekan itu dari Allah. Cinta dan sayang juga dari Allah. Maka, kenapa cinta dan sayang itu tidak membawa kita kepada Allah? Fikir-fikirkanlah.
Sebagai seorang anak yang mempunyai iman dan ilmu pengetahuan, taatilah ibu bapa dengan ketaqwaan, bukan semata-mata untuk kepuasan dunia yang sementara.
Mencintai ibu ayah juga adalah dengan menjaga maruah mereka. Baik maruah di dunia mahupun di akhirat. Seperti yang saya sebutkan sebelum ini, dunia ini tidak pernah boleh dipisahkan dengan akhirat. Kerana apa saja yang berlaku didunia yang fana ini, kelak bakal dihitung satu persatu di negeri abadi. Jagalah air muka ibu ayahmu. Usah malukan mereka dengan sikap dan perangaimu yang menjelekkan. Usah bebankan mereka dengan bebanan dirimu yang menyusahkan. Jagalah maruah mereka di hadapan manusia dan dihadapan Allah yang Esa. Jangan biar mereka malu dengan sifat kita yang tidak tahu dosa pahala seolah-olahnya. Usah bebankan ibu ayah dengan bebanan kita. Cukuplah mereka yang komited melaksanakan tanggungjawab mereka kepada kita, apalagi yang mahu kita balaskan dengan keburukan? Cukuplah Allah ada untuk menilai segalanya.
Mungkin semua pernah endengar quote ini, "KASIH IBU MEMBAWA KE SYURGA." kan? Benar. Kasih ibu membawa ke syurga andai dunia dan akhrat berjalan selari. Kasih ibu benar membawa kita ke syurga kerana dengan kasih kepada ibu kita menjadi berhati-hati di sepanjang jalanan kehidupan. Kasih ayah tiada terhingga. Kasih ibu hingga ke syurga. sungguh, yang manis itu jangan terus disimpan dan yang pahit itu jangan terus dibuang. Cintailah ibu sehingga cinta itu benar membawa anda ke syurga. :)
Ilahi Rabbi,
Seandainya kasih sayangku kepada ibu ayahku tidak seperti yang selayaknya aku beri untuk mereka, maka tunjukkan aku jalan yang benar untuk aku mengambil peluang mencintai ibu dan ayahku. Moga kecintaanku pada ibu ayah dinilai baek disisiMu Ya Rahiim. J
Ibu ayah,
Mungkin anakanda tak menjadi anak yang terbaek. Namun anakanda berusaha sebaek mungkin. Bimbinglah anakanda andai anakanda lalai. Moga kecintaan anakanda pada ibu ayah membawa kecintaan anakanda pada Allah seterusnya membuahkan hasil yang masak ranum yang membimbing anakanda ke Syurga yang indah. Anakanda mohon maaf andai ada perbuatan anakanda menyinggung perasaan ibu ayah. Perkataan anakanda yang mengecilkan hati ibu ayah. Maruah ibu ayah yang anakanda perlekehkan. Anakanda mohon maaf. Insya Allah, anakanda memohon kekuatan dariNya untuk anakanda menjadi anak yang solehah buat ibu ayah. Bukan saja solehah di dunia, malah solehah di akhirat. Bukan saja menjaga maruah ibu ayah di depan manusia, malah di depan Tuhan yang Maha Berkuasa.
Ibu Ayah,
Teruskan menyokong anakanda pada jalan kebaekan. Bimbing anakanda pada jalan mencintai Tuhan. Menerbangkan anakanda tinggi kea wan biru buat menikam awan kejayaan. Ibu ayah, terima kasih yang tidak terhingga dari anakanda yang selalu menyusahkan dan membebankan kalian. Hanya Allah yang boleh membalas jasa ibu ayah mendidik anakanda sehingga menjadi manusia seperti hari ini.
Sahabat,
Menjadi anak yang soleh dan solehah di dunia mungkin senang, tapi menjadi anak yang soleh dan solehah di dunia sehingga membawa pada kebahagiaan di akhirat kelak, sedikit payah. Perlu pengorbanan dan perlu penelitian dalam setiap segalanya. Moga kita menjadi anak yang memberi kebahagiaan kepada ibu ayah bukan saja di dunia malah di sebuah negeri abadi kelak. Insya Allah Taala.
permata ayah bonda,
husnakamarudin.
permata ayah bonda,
husnakamarudin.
No comments:
Post a Comment