♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Friday, February 11, 2011

Annual Grand Breakfast.

Bismillah. kalau semua orang sibuk dengan AGD (annul grand dinner), pagi Jumaat yang mulia ini, saya menghadiri Annual Grand Breakfast yang pertama dalam hidup di CFS. :)
Menarik. seawal 6.30 pagi kami berkumpul. wah! awal kan? menghirup udara yang segar, melihat matahari yang mula menunjukkan sinarnya, disertakan juga dengan kedinginan udara pagi yang menggigit tulang sumsum. :) Mungkin ini detik-detik terakhir kaki ini melangkah kelur seawal itu di CFS. Kenangan-kenangan lepas terasa manis pula tiba-tiba. Kenangan pergi meeting tak sempat mandi, terlajak tidur dan sebagainya. Menarik. Mana nak dapat kat tempat lain ni. :)

Pagi itu termenung di tingkap (jiwang pulak). Makin banyak 'cerita-cerita' kurang enak didengari,tertangkap oleh telinga. Rasa kurang senang dan..entah. Semakin perjalanan di CFS mahu menamatkan lariannya, semakin banyak hati ini ditarbiah. Indah seni tarbiyyah Allah. :) Kebetulan sudah lama merindui tausiyah-tausiyah yang boleh menghidupkan hati, dan alhamdulillah, ifthor semalam memberi ubat buat hati. Bercakap soal tarbiyyah. Soal iman dan keberkatan. Masya Allah. Jauhkah hamba lari dariMu? Sehingga hamba seolah lupa pada erti tarbiyyah. Mujur disebut,diingatkan kembali. Terima kasih-3-

Sambil merenung kenangan di CFS, kedengaran zikir "Amitnaa 'alaa diinil islam..." dari UKC1. Zikir sebelum azan Subuh dikumandangkan. Zikir mendayu-dayu itu seolah tahu hati sedang diulit kekecewaaan yang terparkir tanpa diundang. Kecewa. Ya, mana mungkin tidak kecewa. Menamatkan pelarian yang panjang tanpa hasil yang memuaskan. Inilah masalah saya, yang saya cuba untuk atasi, saya selalu merasakan 'tugas' yang saya lakukan tidak memuaskan. Menyebabkan kecewa dalam hati. Tak puas hati. tak tenang dan sebagainya. Subhanallah.. Mungkin ada tanggungjawab yang saya abaikan sehingga saya berasa sungguh kecewa untuk meninggalkan PJ.. Dan tbertambah kecewa dengan 'cerita' yng entah betul entah fitnah yang menyapa lembut telinga hamba. Lantas teringat ayat dari surah Al Hujuraat.  "pabila datang kepadamu seorang fasiq membawa berita, maka buktikanlah kenyataannya.." Bertimbang tara, mahu bertanya atau tidak.. Kalau bertanya, jika betul 'cerita' tersebut, kekecewaan bagaimana lagi yang mahu dirasa? Bukan kecewa.. tapi rasa tak sangka. Sungguh tak sangka. Sama saja semua orang rupanya. :) Zikir itu diganti dengan azan, maka bersedarlah diri. 'Hem,ada AGB pagi ni..." senyum. sambil kaki diatur menuju ke tempat yang tenang untuk menunaikan kwajipan pagi itu sebelum kaki dilangkah di AGB. :)

Keadaan CFS sunyi dan tenang, tidak seperti kebiasaannya. Bersyukur Tuhan meletakkan saya di CFS. Walaupun kadang-kadang tertanya-tanya, kenapa cita-cita saya tak tercapai dan saya tercampak ke CFS.. tapi rpanya memang aturan Tuhan yang terbaek buat hambaNya. Tiba di tempat kejadian, sudah biasa menjadi orang paling awal. :) Perasan sikit. :P

Majlis dimulakan 'SEAWAL' 8 pagi atas musyaqqah yang tidak dapat dielakkan. :) La Ba'sa. Ini tarbiyyah namanya. :)
Sebelum tu, kami menyiapkan minuman untuk AGB. Hidangan koktail warisan turun temurun DQ memang menarik. Tahniah Naimy. :) Dah tengah proses air,mesti kena rasa testing kan, maka semangatlah Cik Husna dan Cik Afiqah mencuba rasa minuman jus koktail terebut. Dek kerana susu cair asli diteguk tanpa ditambah apa=apa perasa tambahan, maka 'keracunanlah' kami berdua. Mula pening-pening kepala. Ceyt, saya penggemar susu, tapi entah kenapa kali ni rasa macam.... teruk... Maka muntah-muntah dengan begitu menarik. Rosak mood AGB. :(

Lepas sharing moment dan pesanan-pesanan yang menyentuh hati, memang mennusuk ke dalam hati, tapi still potong stim sebab tekak rasa loya dan ke tandas saje kerjanya. Namun begitu, tetap banyak kata-kata menarik buat hati. Terima Kasih incik dan puan sekalian. :)

Kemudian sesi makan-makan pun tak rasa nikmat sebab perut pun macam dah merajuk. Nasib baik cik-cik tolong meriahkan suasana dengan lagu-lagu yang best untuk di maimingkan. kih3. :)

Dah mmg tak sedap rasa, terus balik tanpa sempt bersalam buat kali yang mungkin terakhir dengan mereka. :) Sedih pulak. Lepas ni tak dapat dah nak 'lepak' same-same macam ni. Ada yang bakal ke Gombak. Maka terpisahlah kita oleh jarak yang tak berapa nak jauh. Namun hati kita pasti bersatu dalam kalimah tauhid. Insya Allah.

Kalian memang mengujakan. Membantu disaat beban terasa tak larat untuk dipikul. Kalian mendengar walau mungkin kalian tidak memahami. Kalian sabar dengan hambur marah dan kecewa walau kalian sendiri tidak tahu mana punca dan musabbabnya. Kalian banyak menyedapkan hati dengan kalimah yang menenangkan jiwa. Kalian banyak menaikkan semangat dengan tausiyah yang menghidupkan semangat dan ruh perjuangan. Waktu untuk kita 'lepak' bersama sudah hampir tiba pada kemuncaknya. Entah dimana kita selepas ini, hanya Allah yang mengetahui. Tapi teman sahabat, yakinlah, kita berusrah hingga ke syurga. :)

Kita berkongi rasa hari ini, kesannya sampai bila-bila.
Kita berkongsi cita hari ini, kesannya pasti kekal di jiwa.
kalau kita kongsi Mee Goreng? kesannya pasti kenyang rasanya. :)

Keberkatan yang kita cari dalam berukhuwwah bukan keberkatan yang biasa, tapi keberkatan yang luar biasa yang tunjangnya adalah islam dan perjuangan.

Jika selama kita 'lepak', saya pernah tidak menyenangkan hati kalian, maafkan lah. maafkan lah kekurangan saya yang tidak disengajakan mahupun yang disengajakan.

ukhuwwah hari ini, selamanya berjalan bersama, menuju syurga idaman selamma-lamanya.

AGB; walaupun menyedihkan untukku, tapi ia tetap memberi kenangan yang bakal saya kenang sampai bila-bila. Terlalu banyak kenangan bersama kalian. Tak tercatit, Tak tertulis, tapi tersemat di dalam hati tanda ikatan jiwa sahabat yang sejati.

Kita terus bangkit. jangan jatuh, Jangan lemah, Jangan undur.

:)
:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

4 comments:

Anonymous said...

:)

kak,berusrah hingga ke syurga....

nurulhusna said...

insya Allah

Anonymous said...

kenapa kecewa? kecewa dengan apa dengan siapa? jangan kecewa dengan sesuatu yang belum benar ceritanya.

husna, respek pada orang, tak hilang hanya dengan sebuah cerita yg entah dimana kebenarannya. =)

halimatonsaadiah said...

menarik!!!
AGB dan tarian nasyid beserta maiming itu..hahaha walau saya xtahu lirik namun masih tegar nk teruskan tarian..hahahaha

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.