Alhamdulillah.
Sekadar perkongsian. Mungkin juga peringatan. Sebab saya tahu semua orang dah tahu pasal Sunnah Nabi yang memang common dalam hayat hidup kita sebagai seorang Muslim. J
Dulu, waktu kecik-kecik, selalu pelik bila tengok ayah bangun tido je terus mandi. Belum Subuh pun lagi. Abang pun sama. Rupanya MANDI pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk. Orang-orang yang berniat nak diet, hah, boleh la cuba amalkan mandi sebelum solat Subuh. Erk, tapi kalo solat Subuh pukul 8 tak menjadi la ye. J Mandi pagi best. rasa segar. Solat Subuh pun rasa bersemangat. Lepas solat Subuh nak baca Quran pun tak liat sebab mata dah terbeliak. Kalo tak mandi, lepas solat Subuh, nak doa pun berat. Apa lagi nak baca Ma'thurat. J Meh kita sama-sama amalkan mandi awal pagi. Moga ada manfaat. J
Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit). Oo.. Lepas Ayah mandi, dia minum air suam. Pastu makan madu sesudu kalau dia rajin. Patut Ayah tak sakit dulu-dulu. Sekarang umur Ayah dah 60++, Ayah dah tak sehat. Badannya selalu kebas-kebas. Demam-demam tak henti. Suara dia pun laen. Tengok Ayah pun dia macam cepat letih je. Orang suro pergi Hospital, Ayah tak nak. Dah ramai anak-anak Ayah paksa ayah pergi Hospital. Tapi Ayah tolak. Ayah kata lama-lama nanti OK lah! Tapi sampai sekarang tak OK. Semoga Ayah cepat sembuh. J Bila Ayah sakit, Ayah tetap tak kesah nak masak sodap2 bila kami balik kampong. Kadang-kadang semput tengok Ayah masak laksa, kari ayam, nasi dagang…. Ayah.. Ayah… J
Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang berkenaan. Yang ada migraine, sila-sila jadikan amalan. Mana tau bole sembuh. J dengan IzinNya. J Saya tak pasti saya ada migraine atau tidak, tapi saya sering sakit kepala. Bila sujud, terasa satu kenikmatan yang memang beshh lah. Ada hikmah rupanya. J Rajin-rajin solat, boleh kurangkan sakit kepala. Proved!
Banyak lagi Sunnah Nabi yang kita tak sedar pun benda tu Sunnah. Sedangkan terlalu senang nak buat. J Kan best kalau kita boleh hadam kitab Syamail Rasulullah. J
Menkaji bagaimana cara hidup Baginda. Ramai orang mengaku sayangkan Rasul, tapi ramai orang yang buat endah tak endah dengan Sunnah Baginda.
Sollu 'ala Nabi……..
Semoga ummat ini bakal dikenali baginda kelak. Amiin Ya Rabbil Izzati. J
alhamdulillah. sejuta kesyukuran hamba panjatkan padaMu. tinggal lagi berdoa mendapat keputusan yang memuaskan dan berusaha dalam final paper untuk subjek ini. masa depan di Kuantan. :) Chaiyok..! |
P/S: Alhamdulillah dah selamat submit EAP. Fuh. Syukur tak terhingga. Walau cincai-cincai, tapi puas hati. Suke je rasa. J Lepas ni boleh senyum panjang dan boleh tumpu untuk benda laen pulak. J Waktu EAP tak siap, roommate pun tension tengok muka. Berkerut sana, masam sini. Kasihan mereka. Terima kasih bersabar dengan saya wahai roommates sekalian. J Rasa lega dan bahagia. Agak-agak apa perasaan kita waktu kita submit kitab amalan kita kelak pada Allah? Adakah sebahagia ini? Atau lebih lagi? Atau mungkin sengsara? Nauzubillah……
Menjaga diri untuk kepentingan ummah sejagat. J
[husna] : belum apaapa dah rindu ibu. J
No comments:
Post a Comment