♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Friday, February 18, 2011

Bukan tak penting, tapi masih belum terlalu penting.



Petang yang damai, kami berkongsi pendapat.

"Eh, pernah baca tak Hilal Asyraf punya post? Yang pasal Muslimat lembap sebab fikir Baitul Muslim?"soalnya.

"Eh ye ke lembap?" soalku.

"Haa. No comment until kau baca apa Hilal tulis. Nah, amek link ni http://ms.langitilahi.com/perkongsian-muslimah-lembik-sebab-fikir-baitul-muslim/"

aku baca. Argh. Betol Hilal. Credit untuk anda. J

"Kita nak berjuang, tapi benda macam ni selalu jadi penghalang. Terutama belah gender kita ni. Seolah-olah perihal hati dan perasaan ni jadi benda nombor satu untuk dibincangkan. Sedangkan… Perancangan dan gerak kerja masih banyak lagi neuron kita diperlukan untuk kita berfikir."

"Muslimat ni risau kot takde calon nanti."

"Risau tak ada calon tu seolah-olah tak yakin dengan janji Allah. Nak takut apa. Kalau kita hebat, dapat pasangan yang hebat. Bukan tu janji Allah ke? Kalau kita asyik dok lembik piker benda ni, dapat pasangan pun yang lembik jugak nanti."

"Entah. Aku pun penat. Pergi mana-mana mesti muslimat cakap pasal muslimin. Macam-macam. Masalah hati ni dah jadi common problem pulak."

"Aku rasa macam dah balik ke sekolah menengah. Benda dah jadi macam budak-budak. Saya suka dia, saya nak dia, saya usya dia, saya chop-chop dia. Sebijik macam sekolah. Dulu, waktu kat DQ benda ni tak pernah ada pun dalam otak. Punya lah bersih."

"Aku pun rasa dah penat dah nak layan semua masalah-masalah ni. Rasa macam tak nak dah cakap pasal BM ni lagi. Bukan penting pun. Mengarut je."

"Soal BM ni bukan tak penting. Sangat sangat penting. Cuma buat masa sekarang masih belum terlalu penting. Setuju?" kataku menggulungkan perbualan.

"Setuju. I like. Kalau ni status FB aku dah like dah ni."

"Kita ni sebuk nak jadi isteri solehah segala bagai. Bagi aku, sekarang ni aku nak tumpu 4 perkara. Sebelum start seriously pk benda-benda tu. Sufi. Haraki. Thaqafi. Shakhsi. Biarlah aku menjadi sufi, mencari cinta Ilahi sebelum mendamba cinta manusia biasa. Aku mahu menjadi penggerak kepada Islam, maka biar aku menjadi haraki. Aku juga mahu mantap dengan ilmu pengetahuan, beri aku peluang untuk aku tingkatkan thaqafah. Selain itu, biar ketiga-tiga elemen ini menjadi catalyst untuk aku memperindahkan akhlah dan peribadi. Maka, beri aku ruang dan peluang memperelok sakhsi aku, erk,siasi pun ok gak."

"Tapi kau tertinggal satu.."

"Apakah.."

"Lupakah kau kita ni Hamalatul Quran. Tambah satu lagi, sufi haraki thaqafi sakhsi dan MASYI. Paling kurang 10 juzuk cair dalam kepala otak to make ur self ready. Macamana kita nak jaga sebuah keluarga, Bait Muslim, kalau Quran yang ada 30 juzuk pun kita tak mampu nk jaga."

Aku terangguk-angguk. Ya, aku terlupa pada kalamNya.

Kalau betul cintakan Quran, buktikan pada kelakuan. Baca, iadah, tadabbur.. Kalau dah masyi di mulut, masyikan pula dengan perbuatan. Bagaimana seorang yang memegang Quran tetapi tidak berakhlak sepertinya? Moga Allah membuka jalan untuk kita sama-sama mantopkan hafazan. Sungguh, ramai yang rendu sama DQ. Tidak terkecuali saya. DQ, masihkah kau kenal aku keluaranmu? Walau kalau tebuk konfom berlubang. :(


"I will not be affected with marriage talk not after 3 years." Ikrar seorang teman.

"Jangan cakap besar. Nanti Allah uji."

"Dan sememangnya manusia itu layak untuk diuji. Bukan mahu mendabik dada, tapi mahu memberi cabaran pada diri."

Aku senyum, mendengar harapan tinggi sahabat. Hebat. Itu yang mampu aku katakan.

Fatrah kita yang sedang berjuang, soal hati dan perasaan datang selepas semuanya selesai. Sekarang, tumpukan pada perjuangan.

Perjalanan baru nak diteruskan. Bukan mahu berakhir.

Sejak nak grade dari CFS, penat mendengar luahan-luahan 'suka'. Tidak salah jika betul caranya. Tapi salah kalau perkara itu diletak didepan berbanding apa yang sepatutnya.

Kalau nak sangat, fikir semula, kalau bertaqdim hari ni sekalipun, berapa lama jangka masa untuk anda kawin? Bukan esok lusa.

Saya terfikir, (ini saya lah) kalau sekarang kita dah berpunya, paling kurang 2 tahun akan datang (minima) soal kawen boleh dibangkitkan dalam keluarga. (Tunang tu boleh la awal). Dua tahun bukan jangka masa yang pendek untuk menahan diri dannafsu dari kecundang dalam bercinta.

Hebat macamana sekalipun iman kita, jangan mendabik dada. Aku mampu. Aku mampu. Tapi berusahalah untuk menjaga. Supaya kehebatan itu terjaga. J

"Jom kita baiki diri dulu."

"Aah. Diri sendiri pun tak terurus. Teringinnak urus anak teruna orang."

Ketawa pecah antara kami.

"Tapi kalau dah sampai seru, aku tak halang kau nak ke depan dulu.."

"Eh, itu semestinya. Kalau dah Allah kata itu yang terbaek, apa salahnya aku tinggal kau dulu. Tapi jangan risau, prinsip kita tetap sama. Bina diri dulu. Kemudian, benda-benda alah tu datang kemudian dengan sendirinya."

Dia mengangguk. Setuju engan hujahku.

"Hah, macamana orang-orang yang dok tanya hang pasai muslimin tu?"

"Tah. Aku jawab semampunya. Kasihan.."

"Itulah aku pelik. Berani pulak orang tanya hang. Takpelah, hang jaga molek-molek 'adik' hang tu. Dia hebat, pastikan pendampingnya juga hebat."

"Oh, itu semestinya. Aku takkan benarkan sape-sape 'musnahkan' dia dengan benda-benda macam ni."

"So, berapa tahun kau nak untuk bersedia? Target?"

"Dua tahun?"

Dia senyum.

"So biar aku tiga tahun." Katanya pula.

"Senget. Sukati lah. Yang penting kita kena selari sunnatullah dan syariatullah."

Dia angguk lagi. Tanda bersetuju.

Matahari mula mahu pulang. Senja berlabuh.

"Harap-harap lepas ni tak dengar dah benda-benda macam ni."

Doanya sebagai satu harapan. Aku mengaminkan dalam hati. J

Sungguh.

Muslimat, jangan lembik sebab fikir Baitul Muslim.

Ada masa yang bersisa, gunakan sebaeknya untuk mencari dan membina diri kearah yang lebih baek. J



Ilalliqa'. Sucikan jalan jihadmu dengan kebenaran. Usah selit dengan masalah yang membuatkan kita futur dan terhenti di tengah jalan.

Al Faqirah Ilallahil Qadir,
HusnataqwaJ

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

38 comments:

Anonymous said...

touching..touching..

husnataqwa said...

touching?

=)

Anonymous said...

touching sungguh a kak. menyentuh kalbu wanitaku. malu ase..

siapalah kita mendamba yang hebat. sedangkan jiwa masih tidak subur dengan ruh perjuangan.

tak mampu saya menandingi akak.

p/s: kongsikan gane nak jadi 'keras hati' macam akak. ngeh3.

husnataqwa said...

keras hati? tak elok keras hati ni.. =)

Anonymous said...

erk. bukan kita kate akak keras hati aa.
kongsi gane nak jadi takdop perasaan macam akak. tengok akak rilek je.

husnataqwa said...

smapai hati budak ni kata akak tade perasaan. =)

tade apa yg nk dikongsikan.

bese2 je.

Anonymous said...

dok baik kedekut ilmu. kabo la. gane nak lawan mende2 ni eh. kadang ye datang, kite dok dang nak kawal kak. doh kite tengok kak keje rilek je. nok tau a mende rahsie.. dop leh ke?

kite dok mboh la lembik sebab mende2 gini.

kabo a kak.
ke rahsia mende... ngeh3

zubaidah said...

haha..lawok ye kato k.husna tadop perasaan..tumpang gelak..haha..tp betul la entry diri..kena tarbiyah diri dulu..azam diri sendiri:"kena grad dulu n keje baru buleh kawen..jangan gatal gletik nk blaki..exam chem dop abih g.."hua3...thumbs up k.husna..hehe

husnataqwa said...

tu yg rase geram tu. tade perasaan tu zalim sangat. =) sabar je la... macam orang tengganu je. nasib baek die gune anonymous. klo tak, sekarang kak husna terbang cari dia. hehe

hebat la siti. kak husna tak mampu menyaingi kehebatan siti. mmg berjiwa tarbiyyah la entum. malu rase.. =)

harap2 tak kena repeat year supaya cepat siti keje and cepat akak merasa nasik minyak siti. yang penting, hati ini perlu kita jaga. =)

kawen awal mmg penuh keberkatan. itu kawen tadak hal. klo yg betol2 nk kawen, i said to u, i like. tapi klo yg dok maen2 tu... hem.. tambah2 yg couple mcm budak2 tu... allah.... malu sungguh... =(

meh amar maaruf nahi mungkar. ujian allah datang tak mengira siapa. sebab ujian mmg tujuannya nak uji sape paling beriman.

argh...why mention chem2 here. fuhhh.... [besarkan semangat untuk terus berjuang hingga ke titisan peluh terakhir]

Anonymous said...

hehe. lawak la kak husna ni.
mesti kuat studi kan. jeles2.

rahsia dia sebab dah ade yang tunggu ni.. sebab tu boleh jadi tough macam ni. :) tak gitu akaknya? keh3

Anonymous said...

ye ke??

patutlaaaaa.......sape laaa orangny....
(sedang bayangkan sapa yang tough lagi kat sini)

kak husna, hati nk jaga susah. perlu mujahadah.

husnataqwa said...

=)

bukan saje mujahadah dik..
tapi perlukan jua muhasabah, muraqabah, muaqabah..
baru lengkap tarbiyyah kita. =)

[soalan tak berkaetan malas nak layan]

Anonymous said...

hooho. terbukti lah akak memang tough.

ape benda tu muuaqabah dan macamanae tu muraqabah. terangkan sket kat saya yang jahil ni kak..

Anonymous said...

kalu cari kat PJ takkan jumpa. ada di kuantan orangnya. kan? kan?

,,,,,,,,, said...

Maybe , the reason we have 'down' moments , is just because God wants us to learn the hardest part of life first . Then ,the moment we are going 'up' , we would be like helping instead of teasing other 'down' people , cause we know how it felt to be like one .

Anonymous said...

thumbs up cik husna...sufi+haraki+thaqafi+masyi=muslimah power..amin..tq cik husna..perkongsian yang hebat=)

husnataqwa said...

akak pun tade la hebat sangat.

pertama sekali kita kena muhasabah diri. sejauh mana kita. bagaimana kita dalam menjaga hati.

kemudian teruskan dengan step kedua, mujahadah. melawan hawa nafsu yg sentiasa menggoda kita. ini part yang ramai orang kecundang.

maka,jika kecundang,
step ketiga diapply, iaitu muaqabah.
iaitu iqab diri kita. makna kata denda lah. bile kita dah langgar 'pantang', pandai2 la denda diri sendiri, supaya kita tak ulang benda yang same.

dan yang paling penting, muraqabah iaitu dekat dengan tuhan. mendekatkan diri dengan ALlah serta mencari jalan taqwa.

i wrote this with a lot of feeling.
one of them is, i myself cannot do all this thing well.

so lets make it up together.

=)

i like the quote dari ,,,,,,

=)

kite kuat same2. insya allah. =)

husnataqwa said...

anonymous kat atas tu,

syukran sudi baca. =)

muslimah power!

sufi haraki thaqafi masyi = susah dan perlu banyak pengorbanan.
moga allah mudahkan. =)

teman mesra said...

husna, aku suka tagline name ko tuh.

bernafas dalam jiwa hamba husnataqwa...

suke suke. comeyl. macam ko.

selamat bermujahadah husna.

perkongsian yg menarik.

aku sayang ko lillah.

Anonymous said...

saya setuju dengan teman mesra. saya suke tagline tuh.
lawa dan menarik.

mendalam pulak maksudnya...

like.like.

hihi

husnataqwa said...

=)

jazakumullah ukhti semua...

=)

j_h said...

sape eh kawan kak husna ni.... macam tahu jah...

Anonymous said...

tagline akak sama mcm tagline arwah amar yg meninggal kt mesir tu..

husnataqwa said...

arwah ammar?

ye ke?
subhanallah.
tak pernah tengok pula tagline nya.

bole bagi link mane2 nak tengok?

syukran..

Anonymous said...

cakap senang a. buat susah.

mentang2 a penulis takdak skandal. senang a nak cerita

husnataqwa said...
This comment has been removed by the author.
husnataqwa said...

wallahu a'lam...
maaf, ni mungkin jawapan yg menyakitkan hati..

percayalah, tidak ada sape pun yang tidak pernah diuji dengan masalah hati. jangan mengatakan sesiapa pun tidak pernah melaluinya. percayalah, semua orang ada fitrah yg same.

pengalaman saya, beberapa makhluk allah yg mengetahuinya.

cume, kata saya, tak ada manusia yang tidak pernah diuji dengan masalah hati, kerana itu lumrah. mana mungkin kita lari dari fitrah.

cume, bezanya mungkin mujahadah..

tapi, cukup sekadar jawapan, tidak ada seorang pun terlepas dari ujian perasaan ini..

cume, ingat satu pesanan seorang sahabat, kite berada di jalan jihad. jangan lembikkan diri dengan sesuatu yang kita sendiri cari. :)

mohon maaf....

Anonymous said...

thumbs up husna ^,^

abaikan persepsi orang yg sedang mahu menyedapkan hati mereka. ^-^

post yg mmg membuatkan followers anda bertambah mendadak!

dari 140 menjadi 165!

mantap..!!

srikandi7 said...

saya setuju dgn kak husna.
kadnag2 masalah hati ni kite sendiri yg cari.
tak menjaga hubungan, ikhtilat yg melampau. berutama sekali dalam berorganisasi.
berbalas-balas status YM paling ketara yang saya nampak sekarang kak.
kalau dulu, kat FB. bile ditegur, digunakan cara lain pula. pelbagai cara ikhtilat kelihatan.
lantas, bagaimana kita nak jaga hati kalau ikhtilat sebegitu macam? saya tertanya2, kadang2 saya malu pada diri sendiri, kaum saya, khususnya kaum hawa, seolah2 menjadi kebiasaan bersenda mesra di ruangan FB atau YM. itu yg kite nampak, yang kita tak nampak?
kemudian, bile tiba masanya, datang menangis meraung dek kerana masalah hati yg menimpa.saya sungguh tidak senang. sedangkan masalah hati itu yang dicari sendiri. melalui apa? melalui muamalat yg tidak terjaga dalam organisasi. kecewa dengan apa yg ada sekarang. sungguh kecewa. dan saya tahu, akak sendiri tahu apa keadaannya sekarang. tapi kita macam ni sajelah boleh buat, salah satu usahanya...hem...entahlah kak....
susah jugak kalau orang dah terlebih2 faham agama ni... desperate kan saya ni....
mungkin saya sendiri melakukan kesilapan, tidak menjaga ikhtilat dengan sempurna, tapi saya menyeru pada semua, kita mesti usaha jaga ikhtilat kita. bukan minta unt terlalu syadid, tapi jangan terlalu linean... malu saya memandangnya...
sunggh kak, kata akak, makin nak habis tenure, makin galak benda2 macam ni. macam la dah nak kawin esok lusa. yg pasai dok tanya akak, itu saya tahu jugak.. dengar2 cerita.. jaga je laa baik2 'adik' akak tu.. moga2 allah jaga kita dan keberkatan kita dalam berorganisasi..thanks kak atas perkongsian yg bagus dan mantap.
ternyata masih ada orang yg peka dengan keadaan kita hari ini..... (mengeluh)

husnataqwa said...

srikandi7,
panjang komen, terkejut... =)

apapun, jangan putus asa untuk terus menyeru pada jalan kebaekan. akak faham perasaannya. insya allah.

yang penting, srikandi ini tidak boleh luntur semangat untuk sentiasa memberi peringatan kepada yang laen. jgn putus asa..

kita masing2 faham situasi yg berlaku, anggaplah mereka sedang diuji tuhan dan kita mendapat taklifat untuk menyelamatkan mereka.

desperate juga bunyinya. takpe, lelah di jalan dakwah besar ganjarannya insya allah.

tentang berbalas2 status YM dan FB semua tu, tak layak akak nak komen. tapi, mai kita same2 usaha hentikan benda2 macam ni. =)

sebagai daie, kita mesti semakin galak unt berusaha apabila usaha yang pertama tidak membuahkan hasil. ya, bertenagalah dalam memberi peringatan kepada yang lain.

dah namanya pun dalam satu organisasi.. apa hak kita terhadap mereka, mari kite tunaikan... insya Allah.

akak teringat sewaktu berjumpa dengan ust muhadir, pesannya sentiasa terngiang2 di telinga,
"enti Husna, mesti tegur mereka, jangan cepat rasa puas hati dengan usaha kita..."
dan disambung beberapa tips yang ustaz bagi..

insya allah, kita ada banyak cara untuk menyeru pada jalan kebaekan. jika tak dapat melalui satu cara, maka carilah melalui jalan yang laen. bila lagi nak menguji kekreatifan seorang daie..

inilah masanya kan..

=)

insya allah. saling menguatkan dan mengingatkan antara kita.

kalau suatu hari nanti akak berada di tempat merena (mintak jauh sangat2 ya allah), kamu tarik akak mati-matian ye?

syukran atas pandangan.

wahai hat sang daie, bahagialah kamu di jalan dakwah ini.. kerana besar ganjarannya kelak.. =)

Anonymous said...

ku kagum...teruskan usaha.. chaiyook2...

p/s: dengan pengalaman lepaslah ko dapat menulis dengan sebegini mantap kan? maka, menyesallah orang yg berkata, ko tak pernah diuji..and become this kind of..very tough!

do well in ur exam... :)

husnataqwa said...

arigato gozaimas =)

Anonymous said...

berlari keluar dari kepompong ini kalau mampu ku lakukan sendiri. tapi tidak mampu nyatanya. bawaku lari dari kehidupanku yang tidak sebaikmu..

husnataqwa said...

same2... =)

mujahid islam said...

if i got u i will never let u go.. never..

Anonymous said...

erkkk........
kak husna, so i let u go lah.keh3.

kite berusaha tapi allah tetap sebaik2 penentu. tak gitu akaknya?
tapi sbg hamba kita jangan berhentu berusaha..

nurhusna said...

Allahu Allah..

penulisan santai yang sangat bermanfaat kak.. terima kasih..

bila la nak jadi macam kak husna ni. huhu

husnataqwa said...

husna- becomes better than me. =)

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.