gambar ni bukan waktu talaqi, tapi waktu IIUM Berselawat. Ustaz Muhadhir sedang memberi tausiyah. :) |
Untuk semester ni, insya Allah pertemuan terakhir dalam majlis talaqi. Patutlah ramai semacam tadi. J Walaupun semuanya dalam fatrah exam termasuk diri sendiri, tapi pencinta-pencinta talaqi tetap istiqamah dengan talaqi. Tentu sekali tak bermaksud taksub dengan Sheikhuna. Banyak kali Ustaz sebut tentang taksub. Saya faham Ustaz. Saya faham. J
Ramai yang bersedih hati dek kerana selepas ini bakal ke Kuantan dan Gombak. Pasti AX102 dirindui. Allah. Tuhan saja tahu. Bercuti hamper 3 minggu saja sudah membuatkan hati merindui AX102, dengan jubah-jubah putih, rida', serban yang mendamaikan mata memandang. (please jaga mata Cik Husna J)
Antara kenangan yang menarik, bila nak masuk, susun selipar dengan menarik. Kemudian pilih tempat letak selipar paling jauh dengan pintu, sebab takut kasut kena pijak nanti. J Namun, masalah yang timbul pula, bila nak balik, kasut-kasut dikerumuni oleh Muslimin. Terpaksa balik paling lambat. Dulu, waktu buat kat Surau ABC, lagi menarik. Susun selipar sampai kiosk ABC. Hiperbola.
Kemudian tertarik dengan dialog petang tadi sewaktu habis meeting bersama Bendahari Medcy.
"Kak Husna, talaqi malam ni kat mana? ABC ke?"
Dek kerana saya tak dapat mesej, saya sendiri tak confirm, tapi saya teringat kata-kata Ustaz waktu bertemu dengannya baru-baru ini.
"Kat Annex. Insya Allah. Datang awal ya nanti tak dapat tempat."
"Oh, dari Annex talaqi datang, kepada Annex talaqi kembali."
Tergelak pulak dengar lawak budak sorang ni. J Macam-macam. J
Karenah talaqi juga, bila Ustaz bagi kertas untuk ditalaqikan, biasanya orang belakang tak dapat. Tak cukup. Almaklumlah, ramainya sampai terkeluar dari Annex 102. Yang belakang tu pulak komplen sebab tak dapat kertas, kononnya orang depan tamak sebab ambil semua kertas. Aiyoo. Susah eden nak jawab. Last-last, masalah macam ni di atasi dengan memberikan kertas kita untuk difotostat. Tengok, tak tamak kan kami? Bukan tak nak bagi, tapi kata seorang senior, makhruh ithar dalam ibadah. J
Kenangan talaqi memang banyak. 2tahun bertalaqi bersama Ustaz Muhadhir. Memang terasa auranya. Moga-moga dua tahun itu bukan dua tahun yang sia-sia. Moga-moga walau Cuma dua tahun, ia ada kesan buat hati. Seterusnya memberi kesan pada ibadah dan mahabbah lillah dan Rasulillah. J Masya Allah, kalau dulu saya orang yang paling liat nak duduk diam tanpa gerak tapi sekarang saya mampu bertahan hamper 2 jam. Dalam meeting yang memboringkan pun, kadang-kadang membuatkan saya menjadi 'nakal' jika terlalu lama. Sapa suro buat meeting boring-boring. Tak efektif pulak tuh. J (macam la saya buat meting baeeek sangat..insaf lah.)
Saya mendapat amanah untuk meletakkan kisah CINTA TALAQI ini di ruangan blog saya. Malah saya berbesar hati untuk meletakkannya disini. Di emailkan kepada saya dari seorang Ukhti pencinta talaqi. Allahu Allah. Saya terharu membaca emailnya. Erk, entum baca sajalah dibawah. Kang panjang pulak kalau saya huraikan nanti. Selamat membaca kisah CINTA TALAQI. J
Moga Allah merahmati Al Fadhil Ustaz Muhadhir. |
"Dulu saya seorang yang liat nak bangun Subuh. Lepas Subuh nak baca Mathurat tu, susah sangat. Solat selalu lambat-lambat. Nak pergi majlis ilmu yang berlambak kat UIA ni lagi la malas. Saya seorang yang tidak menjaga ikhtilat. Saya ber'sms' dengan lelaki itu adalah perkara biasa. Malah, ada beberapa lelaki yang menaruh harapan tinggi pada saya.saya cukup kejam dan jahat. Menutup aurat memang liat. Bertudung cukup syarat itu pilihan. Hamper saya terjatuh dalam lombong couple yang nyatanya haram. Tapi Allah masih sayangkan saya. Suatu hari, selepas makan di ZC, seorang kakak mengajak saya untuk ke Annex. Katanya ada majlis ilmu. Dek kerana malu dan segan untuk menolak dengan seorang kakak yang saya hormat padanya, saya pergi, tapi sungguh, tanpa hati. Saya pergi kerana saya segan pada hamba Allah. Di sana, saya dikenalkan dengan majlis menadah kitab dengan Sheikh. Saya langsung tidak tertarik. Sama sekali tidak ada hati. Saya menunggu sehingga majlis itu berakhir. Apabila azan Zohor berkumandang, saya lihat semua lelaki ke masjid. Menunaikan solat Jumaat. Hati saya sedikit lembut. Tapi, sungguh, lembut kerana lelaki. Benar, hati saya tidak ikhlas. Saya tertarik pada seorang hamba Allah yang turut sama menyertai talaqi pada waktu itu. Jubah putihnya dan selendang yang dipakainya, Berjaya menambat hati saya. Dek kerana itu, saya menempah kitab Bidayatul Hidayah pada seorang ukhti yang sangat saya kenal. Saya juga diminta menulis nama dan nombor telefon di satu kertas kajang. Saya menurut. Dalam hati, langsung tidak kerana Allah. Kemudian, selepas sesi talaqi kali pertama, setiap pagi Jumaat, saya mendapat mesej pemberitahuan berkenaan talaqi. Sungguh hati saya melonjak gembira. Saya hadir dan antara orang terawal yang hadir. Saya mencari kelibat lelaki yang menarik hati saya. Dan dia ada disitu. Saya mengambil tempat dan meneruskan sesi pengajian, dengan hati dan mata tidak pada Ustaz, tetapi pada lelaki yang menarik minat saya. Ustaz seolah mampu membaca gerak hati saya, mungkin. Ustaz bercerita tentang niat menuntut ilmu dan sebagainya. Jiwa saya mula rasa bersalah tapi nafsu tetap menafikannya. Dalam diam, setelah hamper sebulan mengikuti talaqi setiap hari Jumaat, saya mula berubah, sedikit demi sedikit. Saya tidak pasti perubahan itu kerana apa atau siapa. Tapi Alhamdulillah, hari demi hari, saya mampu meneutralkan perasaan saya terhadap lelaki yang saya minati. Dengan bantuan seorang rakan, saya berubah dengan mendadak. Daripada yang jahil kepada yang mencari ilmu. Daripada yang liat Subuh, kepada yang menunggu azan Subuh. Sungguh, saya tidak pasti perubahan ini kerana apa. Pada seorang sahabat saya luahkan rasa. Alhamdulillah. Saya tidak mendapat sahabat yang salah. Beliau memberi banyak kesedaran kepada saya. Dan beliau antara orang yang masih 'hebat' bertalaqi sehingga hari ini. Tribute untuk beliau. Daripada Ku Atif, sehingga Syafiq Kamil, saya setia dengan talaqi. Waktu itu saya mula memahami diri. Saya tidak lagi mencari lelaki yang pada mulanya mengikat hati saya pada talaqi. Kata-kata Ustaz sewaktu talaqi menyentuh hati saya. Saya mula faham matlamat menuntut ilmu dan saya mula mahu menjaga keberkatan majlis ilmu. Saya menolak sebarang godaan yang datang. Saya tidak lagi liar dengan lelaki. Malah, saya menjadi terlampau syadid dengan lelaki. Tidak lagi bergurau-gurau boleh di FB atau YM. Tidak lagi bersenda mesra di SMS mahupun di alam maya. Saya lebih menumpukan perkara yang lebih penting. Yang paling saya rasa bahagia, saya Berjaya memutuskan hubungan yang hamper menjadi istimewa dengan seorang lelaki yang telah lama dikenali. Kerana kuatnya jiwa saya dengan talaqi, saya berani melakukannya. Sesuatu yang saya tidak pernah terfikir. Subhanallah. Allah membantu saya dalam banyak perkara. Allah memperkenalkan saya dengan orang-orang yang saya segan dengan mereka. Orang-orang itu tidak lain orang-orang yang mantap bertalaqi, disebut namanya oleh Ustaz. Sungguh, itu satu kemuliaan yang saya cemburui. Kini, saya hamper mengakhiri talaqi, dan saya makin sedar, hati saya benar-benar sudah jatuh cinta pada talaqi, tidak lagi kerana manusia atau duniawi. Kalau dulu, lelaki itu yang saya cari sebelum saya mengambil tempat untuk bertalaqi, tapi sekarang, melarikan diri dari lelaki itu adalah pilihan hati. Peringatan dari Ustaz menyentuh hati saya. Membuat saya semakin bertambah rasa untuk menambah ilmu di dada. Sungguh saya katakan, talaqi benar memberi kesan pada hati. Ada bezanya talaqi dengan majlis Ilmu yang lain. Walaupun kitab bidayatul hidayah tidak mampu saya khatamkan, tapi saya bersyukur secebis ilmu dari lautan Allah, mampu saya cedok semampunya di CFS PJ. Yang mungkin tidak ada ditempat lain. Bila pulang kerumah untuk bercuti, ibu ayah gembira dengan perubahan positif saya. Malah, saya lebih digemari oleh adik-adik saya dirumah berbanding sebelumnya. Hidup saya rasa lebih bermakna dan saya mula Nampak jalan mana yang mahu saya tuju. Ibu ayah pernah mengatakan, "Sejak masuk PJ, banyak perubahan abi tengok. Alhamdulillah, sejuk hati ummi dan abi." Saya bangga dengan pujian Abi tentunya. Saya berterima kasih kepada semua orang yang pernah mengajak saya ke jalan kebaikan. Semua orang yang pernah membantu saya istiqamah dengan talaqi. Yang tak terhingga jazakillah, buat ukhti yang selalu membuat saya kuat untuk terus memilih jalan yang baru bagi saya. Saya malu melihat orang lain yang bertalaqi, tentu jauh lebih hebat dari saya. Siapalah saya, muncul dari lembah dosa yang melimpah berbanding kalian yang lahir dari lombong pahala yang bertimbun. Ukhti Isdiyanti, Ukhti Fatimah, Ukhti Noratasya Aida pasti selamanya saya kenang. Tentu sekali tidak lupa ukhti yang seperjuangan sehingga hari ini, Ukhti Husna, Ukhti Syarifah Hidayah, Ukhti Khadijah, Ukhti Adlina dan semua yang pernah 'memimpin' tangan ini sewaktu 'mata' masih buta. Subhanallah, terima kasih Tuhan kerana memberi aku cinta dalam talaqi. Bukan cinta lelaki. Sehingga hari ini, lelaki yang pernah saya suka padanya, saya memohon pada Allah atas segala kebaikan. Jika benar dia untuk saya, maka permudahkanlah. Jika tidak, maka tenangkan hati saya, dan sekalun gpenghargaan buat lelaki tersebut kerana pernah menjadi calalyst untuk saya sebelum saya benar-benar jatuh cinta dengan talaqi. Allahu allah. Saya mohon kisah ini diletakkan di blog Ukhti Husna yang saya hormati dan sayangi. Moga-moga, bingkisan saya yang sedikit mampu memberi manfaat kepada orang lain. Saya tidak hebat seperti mereka, tapi saya sedang mencari jalan untuk menjadi lebih baik dari mereka. Kepada rakan-rakan setalaqi, terima kasih buat anda semua. Moga-moga kita istiqamah di jalan kebenaran. Saya mohon maaf pada nama-nama yang telah saya sebut disini sebagai penghargaan saya buat mereka. Kepada Akh Ku Atif, Akh Syafiq Kamil, Akh Hafiz Zakaria, Akh Ku Faiz, Akh Amir, Akh Aizat, Akh Syahmi Syazeril, Akh Faiz, Ukhti Syarifah Hidayah, Ukhti Noorini, Ukhti Hajariah, Ukhti Husna, Ukhti Khadijah, Ukhti Isdiyanti, Ukhti Fatimah, Ukhti Adlina, Ukhti Tasya Aida. Moga-moga jasa kalian hanya Allah yang mampu membalasnya. Sungguh, saya bangga melihat kalian dan bercita-cita menjadi seperti kalian. Biarlah saya yang baru mula untuk belajar bertatih ini, kalian teruskan dengan momentum kalian. Doa saya, moga Allah mengikat hati kita dengan CINTA TALAQI. Saya yakin, pasti ramai yang menembak Ukhti Husna kesayangan saya ini dengan pelbagai soalan, tentang siapa diri saya tentunya. Saya yakin dan Ukhti Husna sendiri mengatakan demikian. Tapi kepada yang berniat bertanya, usahlah kalian mengaibkan saya, biarlah kisah ini saya ceritakan sebagai panduan dan coretan buat yang bakal terus bertalaqi. Jangan desak Ukhti Husna untuk mendapatkan jawapan siapa saya, saya yakin Ukhti Husna tidak akan membocorkan rahsia, saya cukup tsiqah dengannya. Tapi jangan pula kalian mengugut untuk membunuh Ukhti Husna semata-mata untuk mengetahui siapa saya. Tidak berbaloi. Saya orang yang biasa-biasa. Jangan aibkan saya. Saya mohon dengan sangat. Kepada Akh dan Ukhti yang saya sebut namanya diatas, percayalah, kalian banyak memberi inspirasi kepada saya untuk berubah. Dari Tuhan semuanya datang, tapi perantaraannya kalian. Saya cukup tsiqah dengan semua. Saya doakan, kalian semua mendapat apa yang dihajati. Cinta talaqi yang membawa pada Baitul Muslim pun apa salahnya. Pilih jalan yang diredhai,bila tiba masanya. Indah sungguh CINTA TALAQI ini. Akanku semadikan sebagai chapter paling bahagia dalam dunia cintaku. Jazakillah Husna, bagi tumpang blog."
(Asif Ukhti Pengirim email, beberapa fakta ana telah betulkan disini. Harap maklum.)
Antara Pencita Talaqi,
Bintu Kamarudin.
8 comments:
pastiku merindui saat2 ini.....
aku juga antara pencinta talaqi.....
alhamdulillah =)
Assalamu'alaikum.
nampaknya saya memilih blog yang sesuai. Syukran Kak Husna atas pembetulan fakta tersebut. Saya baru perasan akan kesilapan itu. Jazakillah. Memang Allah saja yang mampu membalas jasa akak dan sahabat-sahabat akak.
Saya mohon maaf andai perkongsian saya tidak memuaskan. Tapi ambil apa yang baik, tinggal apa yang kurang. Saya juga minta maaf sebab tak mampu buat ayat tip top macam penulis blog ini. =)
Saya doakan Kak Husna diberkati Allah dan dikabulkan segala hajat yang bersarang di hati. Moga-moga harapan dan impian akak menjadi kenyataan. Saya tumpang bahagia.
Buat pencinta talaqi yang lain, hati kita telah diikat dengan CINTA TALAQI. Ukhuwwah berkekalan sampai mati, insya Allah. Saya kagum dengan semua.
Muslimin muslimat yang istiqamah talaqi memang hebat. =)
alhamdulillah.semoga kita semua terus istiqamah di jalan Allah
istiqamah bukan saja dengan majlis talaqi. tapi apa yang kita dapat di dalamnya.
ustaz tntu sedih kalau kita jadi jahat.
=)
betol2. istiqamah dengan segala kebaekan.
masyaAllah..milik siapakah tgn yg mendakwa saya telah memimpinnya???
tggi sgt tu dik...kot kot...awak yg pimpin tgn akak.....
-adlina-
kalau dikira tidak layak, ana juga tak layak untuk dikatakan membantu. rasanya siapalah ana..
=)
Post a Comment