♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Wednesday, February 16, 2011

Tuhan beri kebahagiaan.


cerminlah diri sendiri. Usah lihat pada orang laen. Kelak timbul dari tidak puas hati dengan diri sendiri. boleh membawa pada rasa kurang bahagia dalam diri. Katakan pada diri, "kau diciptakan dengan sebaek-baek kejadian, maka hiduplah dengan baek!"
HAKIKAT BAHAGIA 

Bahagia itu dari dalam diri
Kesannya zahir rupanya maknawi
Terpendam bagai permata di dasar hati

Bahagia itu ada pada diri
Bertakhta di kerajaan diri
Terbenam bagai mutiara di lautan nurani

Bahagia itu ada di jiwa
Mahkota di singgahsana rasa
Bahagia itu adalah suatu ketenangan

Bila susah tiada gelisah
Bila miskin syukur pada Tuhan
Bila sakit tiada resah di jiwa
Bukankah Tuhan telah berfirman
Ketahuilah dengan mengingati Allah
Jiwa kan menjadi tenang

C/O:
Kebahagiaan itu suatu kesyukuran
Bila kaya jadi insan pemurah
Bila berkuasa amanah
Bila berjaya tidak alpa
Bila sihat tidak lupakan Tuhan

Hakikatnya bahagia itu
Adalah ketenangan
Bila hati mengingati Tuhan
Semua insan kan mengerti
Maksud terseni Ilahi
Itulah zikir yang hakiki

 
p/s: susah menjadi manusia yang merasa bahagia atas segala aturan Tuhan. Tapi siapa kita untuk mengajar Sang Pencipta? Dia yang mencipta, sudah tentu Dia tahu apa yang baek untuk ciptaanNya. Sekalipun usah merasa bosan dengan ujian yang datang bertandang. Selamilah erti hakikat sebuah kebahagiaan semoga dengan rasa puas hati, kita merasa tenang dan senang.
[husna] mencuba untuk berlapang dada dengan segala aturanNya. Kadang-kadang kita mahukan begitu, Allah jadikan begini. Kelak lama-lama nanti, tentu kita sendiri bakal mendapat jawapan kenapa Allah jadikan begini, tidak begitu. Tuhan saja yang tahu yang terbaek. Maka, mengapa kita masih pertikaikannya?

 
[husna] tak perlu merapati bagaimana jalan hidupmu ditentukan Tuhan, tapi carilah bahagia pada jalan itu. Pasti engkau ketemu. J

 
[husna] katakan pada hati, tenanglah hidup dalam ujian Ilahi. J bukankah itu tandanya kasih sayang Ilahi Rabbi?

 
Tinta calon peperiksaan,
Dhaifatul Husna. J

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

6 comments:

akmal said...

suka lirik lagu tu..hehe. hai

nadira shahid said...

;) lirik itu mengajar kite bersyukur dngn diri sndiri.. kadang2 manusia x nmpk kebahagiaan didepan mata..

murabbi said...

jadi...katakan pd diri..
wahai husna @ k.husna...
ku syukuri segalanya...;)

s h e e said...

sedap lirik lagu ni...muhasabah diri...syukur dengan ape yg ade n sentiasa mengingati Allah...insyaAllah bahagia...huhuh...tammo merungut da lepas ni...thanx for sharing husna...

nurulhusna said...

murabbi - yesza. i like that statement. insya allah, HUSNA kuat. =)

betol.. like jugak lagu ni. suke dengar bila hati berbolak balik dengan kasih Allah.
untuk menambah iman, kesabaran mesti didepan. =)

ampunkan aku Ya Rabbi atas segala kekurangan. =)

nurulhusna said...

manusia tak nampak kebahagiaan diri sendiri. lebih cenderung untuk memandang kelebihan orang lain. itu yang membuatkan rasa bahagia hilang.
bersyukurlah dengan apa yang kita ada. tanda kekuatan iman si manusia.

allahu allah...

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.