♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Wednesday, February 02, 2011

Direhatkan. =(


Bismillah Alhamdulillah. J


jangan sesekali tinggalkan saya. Bawa saya terbang tinggi bersama. Berlari dan berlari mencari keredhaan yang Esa. Jangan Tinggal saya. 


Selesai AGD MEDCY 2011 pada 31 Januari 2011, saya mampu menarik lafaz lega. Tamatlah sebuah tenure di bawah pimpinan kami. Alhamdulillah. Senyum, bukan bermaksud puas hati dengan segala pimpinan tapi senyum kerana akhirnya sampai juga ke sebuah garisan penamat menerajui MEDCY. Keluar dari CFS, nama MEDCY takkan lagi menjadi sebutan. Hilanglah MEDCY selepas kami keluar dari CFS. L. Maka, senyumlah. Kalau ingin dibicarakan ketidakpuasan hati,sampai bila-bila tidak akan habis. Apapun tahniah adik-adik MEDCY 2011. Bahagia sungguh melihat Ahmad Bukhari memberi ucapan di stage selaku Program Manager. Dalam hati, "Alhamdulillah, anak didik aku dalam MEDCY.." Melihat Najihah Anuar, Nasreen, Daleela Azlan, memang mampu buat saya tersenyum dengan lebiiiih bahagia. Tahniah adik-adik. J Yang tak disebut nama jangan cemburu ye. J

Melihat pada tajuk, mesti entum fikir saya digugurkan. Sebenarnya tidak. Saya sekadar berasa direhatkan apabila tiada lagi meeting-meeting yang perlu saya hadiri. Tiada lagi task yang perlu saya selesaikan. MEDCY telah sampai ke garisan penamatnya. Tinggal lagi beberapa urusan yang masih tidak selesai. Paling ada pun, jamuan akhir dengan adik-adik LG. insya Allah Taala.

seronok sangat nak berehat sehingga meeting Postmortem TRIP to Kuantan malam ni pun terlupa. Maaf ye semua committee. Sebenarnya, tiada istilah rehat dalam kamus hidup seorang hamba Allah. Makmurkan bumi!


Memandangkan cuti raya cina bakal bermula lusa, maka hati sungguh girang untuk pulang ke kampong. Bakal berapa di istana kesayangan hamper 5hari. Kemudian dua hari meneruskan hari kuliah dan bakal diteruskan dengan study week. 14 Februari bermula paper yang perlu di'lanyak' hingga lumat.

Perancangan saya susun kemas. Bukan saya melepaskan diri dari bekerja, tapi mungkin masa yang bersisa Allah beri saya ruang untuk ibadah dan akademik. Alhamdulillah. Syukur masih diberi peluang untuk mengejar kembali pointer selepas mendengar briefing dari bakal-bakal senior di Kuantan. J


 bukan saya ingin berehat, tapi saya direhatkan. :):) alasan!
Gunakan masa yang ada untuk lebih dekat dengan Allah. punya banyak masa untuk beruzlah denganNya. Moga kebaekan pada setiap langkah mendekatiNya. Ameen.
Saya terasa kosong. Malam, tiada lagi meeting yang perlu saya hadiri. Tiada lagi meeting yang perlu saya pantau. Tiada lagi manusia-manusia yang perlu saya jumpa untuk menguruskan urusan. Kosong. Tapi, peluangnya untuk saya lebih memberi waktu untuk diri. Menambah tsaqafah dan ilmu dalam diri. Bukan untuk sepuas-puasnya tengok movie ye. J




Rasa lebih banyak menghabiskan masa di bilik. Bersama roommate, laptop, buku-buku nota dan kalkulator. J Alhamdulillah.

Moga masa yang bersisa memberi manfaat yang banyak untuk kita isikan dengan perkara yang baek.




Teringat perbualan saya dan Muna Adila,

"Husna nanti ko hadamkan buku haraki, aku hadamkan buku sirah Nabi. Pastu kita bergabung tewaskan ke'terror'an muslimin2 kita!" [yelah muslimin kan hebat dalam bab2 tsaqafah. mmg rasa tewas. selagi lagi tidak mahu tewas]

muslimat haraki. Impian dihati.
srikandi SUFI HARAKI!


Semangat sungguh Muna. Ahaks. Saya menyahut seruannya. Sedang berusaha untuk mengumpul buku-buku haraki yang baek untuk dibaca. Kalau ada cadangan, boleh syorkan pada saya.

Supaya nanti walaupun cuti saya lama, saya direhatkan jua lama, tidaklah semangat saya hilang ditelan masa dan kelalaian. Semoga bila seruling 'peperangan' ditiup, saya mampu bangkit penuh semangat walaupun direhatkan sebentar. J Insya Allah Taala.

Doakan saya penuh tsabat pada satu jalan yang penuh kebaekan. Mencari Tuhan. Mencari diri. Memaknakan kehidupan yang ada hari ini kerana esok belum tentu milik kita. J

Insya Allah besok saya bakal pulang ke kampong halaman. Bertemu ayah bonda dan keluarga kesayangan. RIndu tak tertahan. Istana kubang Batang, tunggulah aku datang! JJ



Semoga Allah menjadikan hati-hati kita jauh dari sifat dengki dan iri hati.

Takziah Ustaz Azam Amirdun. 




p/s: Doakan rakan sekerja saya, Mantan Vice President MEDCY II, Nur Azam Amirdun yang ditimpa ujian. RUmahnya dinaiki air banjir dan ayahnya jatuh sakit buah pinggang. Doakan beliau tabah menempuh ujian yang melanda. Dan ayahnya diberi kesembuhan. Insya Allah. Oh Work-mate, may Allah bless u and ur family. J Insya Allah taala.



[husna]: saya tak faham kenapa kita mudah lupa Tuhan bila dapat nikmat. L





Tinta duat,
Husnataqwa. J

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

4 comments:

Anonymous said...

direhatkan? kurang tepat istilah tu..

husnataqwa said...

jadi yang tepatny?

Anonymous said...

salam. direhatkan?seolah2 mutasaqitun pulak....
bukan direhatkan..enti tak pernah direhatkan.
jangan fikir direhatkan ye. insya allah. pejuang tak pernah fikir erti rehat. takpernah tahu pun... kuat ye husna..

Anonymous said...

dah direhatkan tu,guna masa unt berubat.. perlu pertingkatkan kesihatan diri. lepas ni banyak lagi tenaga dan khidmat dari jasad yg hebat itu diperlukan. recharge.. lepas ni lantang lagi jasad yang mantap itu perlu berjuang...
lamenya tak update blog...
take care..

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.