♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Wednesday, February 02, 2011

Going home.


Tonite. Depan FZC. Bas ke Kelantan.

Esok pagi sampai KB. Ibu ayah ambik. Insya Allah Taala.

Gembira. Sungguh. 5minggu tak balik. Bukan sekejap tu, lama. Sungguh lama. Rasa tak sabar dah nak balek. Memang rasa nak berlari-lari balek sekarang jugak. Tapi apakan daya, kaki original ini memang tak berapa sihat untuk berlari sejauh itu. J

Ibu telefon. Katanya, kakak abang semua dah ada di rumah. Dengar suara Munir tengah main kuda kat rumah. Dengar suara Aleeya tengah kejar kucing yang ada 9 ekor kat rumah. Huaish! Memang tergoda iman sungguh. Naim dan abi ibunya pula sampai malam ni dari JB. Whoa. OKB awainya balek. Tak sabau nak pau habes-habes. J

Khamis malam Jumaat ada tahlil untuk arwah Nenek. Dah 40++ hari dah Nenek meninggalkan kami, tapi masih terasa keberadaannya di sisi kami. Bila tefon Ibu kat kampong, mesti tergerak hati nak tanya, "Nenek sihat?" tapi soalan tu ditukarkan kepada "Rumah Nenek dah ada yang kemas?" untuk mengelakkan Ibu bersedih hati. Tiap-tiap Ibu call mesti tanya macam tu, sampai Kakak kata, "Jangan tanya lagi la, nanti Ibu sedih." Ya, Ibu sedih. Saya pun sedih. Asal ada talaqi je, mesti saya teringatkan Nenek bila tengok Ustaz Muhadhir. Pesanan yang Nenek selalu bagi, ada pesanan yang Ustaz Muhadhir bagi. Bila Ustaz Muhadhir bagi pesanan sama dengan pesanan yang Nenek pernah bagi, rasa menyesal dalam hati. Kejamnya cucu Nenek ni. Asal baca Yasiin pagi-pagi mesti teringat kat Nenek. Kalau kat kampong, bila bukak Quran je lepas Subuh mesti Nenek datang, duduk sebelah saya, dan betulkan makhraj bacaan Quran saya. Dan Nenek selalu pesan, "Warattilil Qurana tartiila.." Bacalah Quran dengan Tartil. Tapi cucu Nenek mesti tak dengar kata, bajet boleh baca Quran laju-laju sama macam Sheikh Ghomidi, bila laju tajweed entah kemana! Nenek.. Nenek.. Teringat sungguh kat Nenek. Bila saya pulang mesti Nenek datang, Nenek masuk bilik saya, Nenek kata, "Bacalah Quran, Nenek nak dengar. Jangan tengok Quran." Huh, mencabar tu. J Kali ni, kat rumah semua abang kakak adik ada, berkumpullah kami semua. Rindu sangat. Abang-abang dua orang tu mungkin ke Jepun lepas ni. Apa lagi, kerja lah. Menjana pendapatan yang baek. J Lagi satu topic yang ada dalam agenda, membincangkan perkahwinan kakak dan abang yang dua orang tu. Lamanya tak kawen-kawen lagi. Umur abang dah 27, kakak pulak dah 23. Abang tu calon pun tadak lagi. Kakak dah ada tuning. Jadi sekarang mereka berkumpul nak bincangkan tarikh perkahwinan mereka. Agenda besar ni. Kemungkinan perkahwinan mereka buat serentak. Almaklumlah,kami bukan orang kaya. J Oh, kakak abang, cepatlah kawen. Lambat pulak nak tunggu giliran saya nanti. J just kidding. Kalo saya nak kawen, saya tak tunggu kakak abang kawen ke tak. Saya kawen je. Jadi jangan perasan saya tertunggu-tunggu kakak abang kawen sebab saya nak kawen. Saya nak dapat anak sedara banyak-banyak je. Ok.

Lepas majlis tahlil, kami ada family day. Best ni. Kami jadi organizer. Maklumlah, Manager engineer baru dapat bonus. Makan besau la. J tasabar nak berfamily day. Mengerat ukhuwwah menjana keceriaan sejagat.

UIA, saya tahu saya kena submit term paper, saya minta maaf, saya kena balik jugak. Kalau saya tak balik, jiwa saya tetap disini, jadi tak guna saya tak balik. Maka saya balik. Jangan marah UIA. Saya tahu UIA sangat sayangkan saya. J

Kepada roommate, Farah Adlina yang tak balik, jaga bilik elok-elok. J erk, bilik je ke? Ok, jaga diri jugak. J

Doakan saya dan skuad UIA yang lain selamat tiba ke Kelantan dengan sejahtera. Amen. J

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

1 comment:

zubaidah said...

salam..jeles lah baca k.husna tulis..bahagia je buleh balik qlate..sob3

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.